Monday, July 25, 2011

"dik, dik..."

21 yang simbah cat
cemei betei renbo keludi ni...

tak sangka selepas demam panas dua hari akibat menelan dua ulas durian sebaik sahaja berbuka puasa pada hari yang ketujuh di pengakhiran syaaban ini, dan apabila aku kembali bekerja, ayat pertama aku dengar

"dik, dik, tolong fotostat jap"
"dik, boleh print tak?"

dan orang yang bertanya itu pelajar STPM.

maknanya rupa paras aku ni persis 18 tahun ke bawah!

kah kah kah.

aku nak demam lagi sekalilah dan masuk wad kalau boleh buat aku makin comel, muda, remaja dan segerombolan dengannya.


sebelum aku demam tu, berminggu-minggu aku keje, aku dengar ayat ni je

"kak, fotostat ni jap"
"kak, pc6 'hang', camner nak buat"
"kak, awat tak connect ni"

paling sedap ayat yang aku dengar

"kak long, fotostat kat pakcik yang ni sat, 2 keping"


pastu, baru je tadi ada pakcik nak bayar, then cakap
"nah dua ringgit, ingat pakcik sampai bila-bila naa"

ha ha ha ha. baiklah PAK. ceq ingat! jawab lam hati je lah



moral satu : jangan baca entry budak saiko yang tengah gila mencari kerja. kih kih kih

moral dua : kematian sentiasa di ingatan bila kesakitan menduga.

Tuesday, July 19, 2011

love. attention

16 yang simbah cat
people need love and attention
need love
need attention

this is cat, not human


hide at the corner.
silent.
crying.

Saturday, July 16, 2011

rindu.

29 yang simbah cat
entah mengapa

rindu menggebu.
sarat emosi.

mahu ke masa lalu
bersama kebahagian itu
bersama kemesraan itu


saat melihat wajah-wajah ini


mesin masa, come to mama please... huhu


 personal*


kak iqa ,  u know the reason.

Wednesday, July 13, 2011

marah itu memberi 1 ilmu

29 yang simbah cat
dulu...
memang aku sensitif. tak boleh nak tegur sikit, mula nak berdrama air mata duyung.
mesti hujan punyalah mata aku ni.

kuat nanges pun tapi bukan jenis nanges tunjuk depan orang,
aku cari port lam bilik tidur tak pun tempat tersorok sikit kalau dah tak tahan sangat nak nanges.

pastuu... huihuihuiiii la bunyi...


lepas nanges tu rasa macam semua masalah tadi dah hilang. entah mana dunia zombie dia pergi tak tahu lah.





sekarang ni...
makin hari makin dewasa (tapi ada orang kata aku ni masih comel macam budak kah kah kah nak bodek aku la plak),

buat aku rasa yang dimarahi atau ditegur ni sebenarnya bukan satu kelemahan untuk meruntuhkan semangat kita.

tapi memperbaiki diri kita menjadi lebih baik malah berganda baik.
cumanya telinga dan hati ni kena kuat untuk menahan kata-kata yang mungkin kasar bila diri dimarahi seseorang yang lebih berkuasa.

bila diri dimarahi, ditegur, perasaan malu dan tercabar pasti wujud dalam diri bukan?
dari sinilah keegoan untuk meningkatkan maruah diri tu ada.
kita rasa diri kita boleh buat lebih baik dari tu,
dan kita bukanlah bahan untuk dihina dan dicaci, so buktikan kebolehan yang kita ada.

abg tak abg, lu marah gua, gua cincang lu

cuma spoilnya, awai-awai buta dah kena marah tu,
kadang-kadang buat aku macam orang dirasuk zombie pun ada.
kah kah kah


bagi aku mudah ja, orang yang marah kita ni sebenarnya nak bagi kita satu ilmu.

betol ke tidak?
cubalah untuk dimarahi oleh sesiapa. pasti dia akan bebel pasal cara keja. dalam bebelan itulah dia memperbaiki cara keja kita. itu ilmu beb!

kuneng-kuneng ni gua suka kah kah kah

ha ha ha. so always think positif.

ada sapa-sapa nak marah aku tak? kah kah kah.





*baru lepas kena marah. dia bagi ilmu printer trouble shoot. ha ha ha

Monday, July 11, 2011

kerjaya

26 yang simbah cat
siapa yang tak nak kerjaya yang bagus? kerjaya yang menjamin masa depan.
menjamin hari tua kelak, walaupun sentiasa bajet muda. konon.

kerja hadap lappy 

"aku peguam wei la ni". sambil mengangkat kolar leher baju. 
-> elok la tu. jangan menangkan gadis yang buang anak luar nikah sudah la.


"aku doktor haiwan". sambil membelai-belai tikus.
-> aku pantang betol la putera tikus ni. elergik youuuu!!


"aku dah kahwin. anak dah sorang. hang ada?"
->bagus. membuktikan kekuatan batin suami isteri tiada masalah. jadilah isteri solehah.
tu kerjaya yang boleh bawa hang masuk syurga.


*aku masih keliru dengan jalan yang akan aku pilih. 
ni pertama kali selepas sesuatu fasa, aku buntu dengan jalan hidup yang akan aku pilih.


ya Allah.. mohon petunjuk.

Saturday, July 9, 2011

tepu resah

9 yang simbah cat
hembusan nafas tepu resah
muka tenang akal melayang
tingkah beku
mata terpaku


buntu untuk hari ini.

Friday, July 8, 2011

jangan menyanyi di dapur

13 yang simbah cat
"mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku"

lalalalaaa...


nab... oooo nab!! jangan nyanyi time goreng ikan. kang tak de orang nak kat ang..

cepat-cepat jenab beralih ke sinki untuk basuh pinggan pulak.


*zombie, nak kat saya kan? luv u.
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template