dengan dia aku kelu. lidah tidak bertulang seperti dipotong pendek. hilang kata. hati becok monolog. bukan debar. tidak! bila temunya aku lagak biasa. cuma bila dia tiada aku keliru. keliru kerana kurangnya bicara antara kami kadang-kala.
kurang bicara pun banyak enaknya. kurang selisih faham namun itu kemungkinan bertukar ke salah faham.
beza antara kami menjadi satu keistimewaan. persamaan antara kami menjadi satu titik laluan. kesabaran selalu menguji jika dalaman tiada kekuatan dan malam ini aku menanti detik lahirnya dia dua puluh dua tahun yang lepas.
selamat hari lahir yang diingati!
setibanya puasa tahun ini, dan ini pertama kalinya blog dijenguk setelah ditinggal dengan entri rama-rama.
pinta kemaafan, kurang bicara kadang-kala ada baiknya dari terlajak bicara. salam ramadan semua.
13 yang simbah cat:
`selamat hari lahir yg diingati`.. :)
ehem, selamat! =)
May Allah bless U yang diingati.. :-)
abam tom kah ~
cinta hati la tuh!
apatah lagi tatkala mendengar lagu butterfly masa sedang membaca entri ni, secara siaran langsung dari pentas maya, maka berhamburan keluarlah rama-rama berkepak lembut..
salam ramadhan
diakah? ;p
salam ramadhan,Rain~
besday sape nih? bukan kau kan, rain?
ini besday kawan kau ghost,
kau kenal sangat orangnya.
happy birthday utk dia..!
cop! cop!
gf encik ghost kah? hihi!
BTK - tulisan entri ini untuk zoul, teman Rain.
ghost sudah punya teman hidup yang manis :)
Post a Comment