Saturday, April 21, 2012

makhluk seram di UKM

berdasarkan kisah benar seorang pelajar UKM, Bangi.


uh uh.. laju Heliza lari. peluh memandikan badan. bimbang dikejar dua makhluk yang baru dilihatnya. hidung makhluk itu kelihatan sedikit panjang dan badannya bulat montok dan berduri tajam.

ah! mimpi apa petang-petang begini. bangun la woi bangun!

tidak. ini realiti. jangan menafi realiti hingga setiap kali dilanda musibah kamu mengatakan sedang bermimpi. jangan pernah kamu mengaku wanita jelita jika kamu cepat mengalah! seperti ada suara menyedarkan Heliza tentang hakikat itu.

dengan pantas Heliza mengangguk laju mengakui hakikat kejelitaan wajahnya.

habis tu, di UKM ada ke makhluk ganjil seperti itu? ah, dugaan apa yang berat ini. takkan sebab aku menolak ajakkan Tum Kurus untuk berdating di ladang kuda sehingga dia menghantar makhluk hodoh ini.

seram. seram!

dengan dua biji benjo dalam plastik merah di tangan, Heliza menapak tangga untuk ke biliknya. nafasnya laju seperti baru menjuarai larian 100meter. henfon Sonia Erikson dicapai lalu menekan nombor Aizat, bekas pelajar UKM.

" Aizat! wei tadi aku nampak tapir. hidung panjang-panjang, badan bulat-bulat montel. macam beruang. tapi seram weh. depa duk atas tangga kolej! "

" kahkahkah! bongok lah. belajar tinggi-tinggi tapi babi hutan dengan tapir pun hang tak reti beza! "

oh damn. carutan berlaku pada petang itu. malu!



Heliza segera membuka netbook dan google images babi hutan. ternyata benar. babi hutan yang dilihatnya sebentar tadi serupa dengan images yang digooglenya.


dan malam itu Heliza menghubungi maknya di kampung dan memberitahu dia bahagia benar tinggal di UKM dan punya ramai teman menemani dia di kala sunyi - kera dan babi hutan!

7 yang simbah cat:

alien said...

erk,UKM ada binatang najis berat.. ekeke..
kene redi air tanah la nak menyamak.

Rain said...

ada member kata 'dia' lalu slumber je sebelah kawan aku tuh. siap bawak 'wife dia' ikut belakang dia haha.

tabik ah.

Mawar Berduri said...

wahh.. saya mengharapkan aizat seorang hensem. bolehlah sampaikan salam saya.

Rain said...

aizat mahu Mawar untuk diberikan padaku kikikih

Asrul "iLham" Sany said...

seram nih...kah3

dill said...

hati2! usah sampai disondol tau. incase die kejar, usah lagi straight sokmo. belok2 sket. die tak de tengkuk, amik mase sket nak ejas. hehe

dill.

mama aini said...

ehem banyaknya binatang tersesat ke UKM !! ..

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template