Friday, March 30, 2012

membelai jiwa

10 yang simbah cat
sunyi pagi hari. hati terasa pilu. jauh ku khabarkan aku rindu masa lalu.

ayuh bangunkan hati, usah sedih tangis sendiri.

pemuda pemudi punya jiwa, ingin meneroka seluruh dunia.
ada leka ada sesat.
jika tiada panduan bertunjang al-quran hadis.




jauh ingin aku berdiri, kulontarkan dari atas, sayang aku pada kamu.

Sunday, March 25, 2012

ada maruah dan integriti pada nama

9 yang simbah cat
dahulu kiranya aku lebih mengikut. apa kehendak mereka turuti.

hati yang bentuknya pepejal namun sifatnya umpama cecair yang berubah-rubah perasaan apatah lagi masa yang tidak punya jirim dan sifat.

tegas, garang aku tidak mahu lagi disakiti. ah perit menelan janji orang. jangan kamu sesekali guna nama orang tanpa izin.

Saturday, March 24, 2012

aku tenang dalam zikir alam

7 yang simbah cat
merdunya siulan burung yang bebas terbang itu merupakan zikir. alam yang tenang hijau dalam rumpunnya itu turut berzikir. zikir kepaadaNya memberi ketenangan. ingin aku bermesra denganmu duhai alam. aku mahu ketenangan. aku mahu sentiasa mendekatiNya kerana jiwaku terasa lapang dan tenang. hanya kepadaMu aku merasa itu semua.

Friday, March 23, 2012

Dendam Terhurai

8 yang simbah cat
Zarin menghempas mukanya yang penuh tangis ke tilam Vono. Esakannya jelas berbunyi sendu yang pilu. Menyayat hati. Bantal peluk menjadi mangsa oleh pemangsa amarah seperti Zarin. Semuanya dilempar ke dinding. Amukannya memuncak. Emosi di tingkat atas yang boleh membawa hilang kewarasan akal.

Kejadian yang ditontonnya sebentar tadi meluluhkan hatinya yang menatang seribu kepercayaan terhadap Kamil, tunangannya yang bakal dinikahi dalam masa tidak kurang seminggu. Kecurangan Kamil jelas sekali apabila terlihat Kamil memilih Cincin Emas 916 kepada wanita disebelahnya. Dongkol sungguh hatinya.

"Kau perempuan akan mati dalam masa 7 hari dari sekarang!!" Zarin seperti kerasukan. Imannya yang tipis makin jarang dan tembus. Ketawalah para iblis rancak menghasut umat Adam yang berfikir berlandas nafsu tanpa soal siasat.

Zarin yang banyak menonton filem aksi Tom Krus telah terpengaruh dan merancang untuk melakukan Misi Mustahil yang akan disambut gembira oleh iblis.

hahahahaa kamu pasti merana perempuan!

Thursday, March 22, 2012

keputusan SPM adik

14 yang simbah cat
sesungguhnya aku belum bertanyakan adik tentang keputusan SPM dia semalam. isu keputusan peperiksaan dalam keluarga aku memang sangat sensitif. tiada seorang pun berani bertanya tentang keputusan yang sebenar melainkan secara umum.

"alhamdullah.. " kemudiaanya membuat senyuman lebar sepanjang hari. itu maknanya lulus cemerlang. atau "jangan tanya boleh tak" dan seterusnya memerap dalam bilik sepanjang satu hari setengah tanpa rasa lapar dahaga. dah boleh puasa sunat ni! dari sini dah boleh agak tahap keputusan seseorang. keluarga aku selalu bermain komunikasi psikologi. haha

apa pun keputusan adik, jangan pernah merasa putus asa kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian yang dikurniakanNYA. kita adalah produk yang berjaya dilahirkan ke dunia dengan jayanya kenapa tidak mahu terus mencipta kecemerlangan dan jangan pernah berhenti berharap.

aku sentiasa sokong kamu wahai adikku sayang!

Thursday, March 15, 2012

baru di tempat baharu, beri aku peluang

12 yang simbah cat
wahai tuan blog, bangunlah kamu sebelum anda ditidurkan selamanya.

aku penjaga baru di blog ini, bergelar SAWANGMAN kahkahkah (gelak besar versi gergasi ahmad albab)

tuan blog

-baru ditempat baharu
-sedang belajar menjadi baru dan lama (sesuaikan diri)
-setiap ujian yang menimpa diri jangan mudah melatah, pasti dan pastinya ada kebaikan tersembunyi dari kita insan yang kerdil dan lemah dalam menilai sesuatu.

untuk dipermudahkan rezeki dan urusan harian

surah al- waqiah
yassin
solat sunat istikarah

-tidak semua insan mampu menolong kita di saat kesusahn,Allah tempat kita berserah dan memohon pertolongan dalam memudahkan setiap urusan.

Saturday, March 3, 2012

kembali segar, kemas sawang :)

15 yang simbah cat
pagi ini ku bangun dengan nafas yang segar dari biasa, dengan gigi masih belum di berus memang mengagumkan baunya. lena yang panjang membuatkan aku terasa hidup perlu dihargai detiknya walau seteruk mana pun hati dipangut pilu.

bang! bangun bang.. solat subuh.

ah sudah.. rain rain. jangan bermimpi di subuh hari. kamu belum bersuami. jangan berangan hingga terbawa-bawa ke alam realiti. haih! - pujuk nget

kuatlah rain. Tum Kurus kan ke medan perang dan telah menemui ajalnya di sana. carilah penggantinya.

kini aku kembali untuk bersama kamu. ya kamu yang membaca, teman di blog ini :)

terima kasih pamer.



I hate to be cold but I got to let you go


 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template