Monday, May 2, 2011

semanis senyumanmu ibu

saya tak romantik, saya tak pandai berkata-kata, kalah dalam menyusun bicara kata, hanya dipendam sebagai rahsia. dengan kekuatan dan keikhlasan hati yang ada, cerita ini ditujukan buat mak saya sendiri, puan noraini salleh. bukan untuk memenangi sebarang contest. cuma tanda sokongan buat saudari YAN.

terima kasih buat belalang bagi peluang untuk rain bercerita.

sebarang cacat cela dan kekurangan dalam cerita ini datang dari saya. CERITA BERMULA.....


kungg.. kting..ktung..

bunyi periuk berlaga sesama sendiri membuat putera katak dalam mimpi aku hilang ditelan gelap malam.

mata yang berpisat-pisat dek silau lampu handset ditangan aku membuatkan aku berkalih dan melihat jam digital menunjukkan angka 3 :45am.



kung..ktung.. bunyi lagi.

awalnya mak dah bangun.. detik hati aku. ni mesti tengah goreng cucur.



kedinginan fajar subuh ditambah dengan rintik hujan membuat aku semakin enak menkapankan diri sehingga paras leher dengan selimut yang semerbak bau. ah..bau itu juga yang aku suka.



fikiran aku melayang.... beberapa hari lepas.. namun jam masa yang sama..



"mak... awai mak bangun dah. tak sejuk ka?"



"laa, ang bangun buat apa. p la tidoq. awai lagi. tak pun p solat sunat ka ada baik gak.."



aku masih tercegat.



"mak buat banyak cucuq ni. nak tolong gak"



"tak payah. p la sana. sat g nak p keja plak. nanti ngantuk, penat nak bawak moto jauh-jauh, sakit pinggang nanti duk merungut plak. p sana nuh."

penuh dengan gaya menghalau agar aku tidak menolong mak.



aku telan liur. dada aku sebak. sebu. mata aku menggebu dengan air jernih yang pasti melimpah dari saat sekarang.



aku sebak bukan kerna dihalau, tapi mengenangkan kasih yang terselit disebalik wajah dan sikap mak. kasih mak yang tiada galang gantinya.

kasih sayang yang tak mungkin sama dengan seorang cinta kekasih kerana ibu adalah kekasih hati penyejuk sanubari yang setiap suka duka air mata ini tumpah, dialah yang menghapuskannya. ya, aku kuat hanya kerna seorang mak.



saat kecilnya aku, aku yang paling manja. kuat merajuk. suka dipujuk. tika belum punya adik, aku sentiasa menang bila berebut dengan abang-abang.

dalam manja, aku tidak berlebihan. sikap aku mudah menawan hati orang lain. mungkin petahnya bicara. keletahnya manja namun masih ada kematangan walaupun kebudak-budakan.



aku masih ingat bagaimana mak memeluk dan cium aku bertubi-tubi sambil nangis. itu yang aku ingat. puncanya kurang pasti. yang jelas mak cakap mak sayangkan aku. saat ayat ini ditaip, hampir menangis aku rasa.



walaupun sekarang kurang kedengaran ayat-ayat itu, mungkin dewasa barangkali, tapi sikap mak menyentuh hati kecil setiap saat aku bertentang mata melihat kelopak mata tuanya yang semakin menginjak usia. kasih sayang masih sama seperti dulu. kehangatan tangan mak terasa bila menyentuh dahi aku bila aku demam. tangan itulah yang menjelum kepala aku, tangan itulah yang memasakkan sup sayur panas kegemaran bila aku demam.



dan tangan inilah yang akan aku rindui andainya suatu saat sukar mendatang kelak. penah aku terfikir bagaimana akan aku teruskan hidup jika mak tiada.

terlalu sukar untuk aku bayang...

12 yang simbah cat:

Belalang hijau Perisik said...

mcm membaca cerpen rasanya...jalan cerita yg sgt kemas...

cuma penguasaan pentas maih lemah. baiki kekurangan itu ya dik :-p

rainbowcloudy said...

akak tulis tanpa apa2 asas la dik, terima kasih buat adik yg sudi bg teguran yg kedengaran jujur dan sgt ikhlas.. :) :D

majulah belalang utk kehijauan alam! :P

.Dilla Nur. said...

hargaila ibu selagi die ada... :) hargailah org yg kita syg selagi kita masih memilikinya...tak guna menyesal pabila dia dah xde... :)

lawatan terakhir dr http://dillanur.blogspot.com/

selamat tgl sahabat...terima kasih utk segalanya...sayang kamu... :)

yan_ummi aathif said...

thanx rainbow sbb join.
sedey bc entry rainbow... makin membuak rindu kat mak di kampung..
makin kuat rase nak blk..
teringat mak kak yan..pg2 bgn goreng kuih tok ank2 skola...aduh3, nak nangis.. sob3!!
btw..thnx...hrp2 sume blogger akn bc entry rainbow neh...n akn lbey mhargai ibu memasing...

Rain said...

@DILLA - jgn la mcm ni... ni rain sedey ni.

jgn hilang terus tanpa berita. amik masa ye syg..nnt kembvali menulis.


@YAN - terima kasih sgt2 sudi baca.. ngis demi kasih seorg ibu lebih baik dari ngis utk seseorg yg blm tentu mngasihi diri kita. siapa boleh sngkal kasih seorg ibu? tulus penuh ikhlas... tiada ragu

Unknown said...

hargai apa yang kita miliki sebelum ia pergi tak kembali..jom baca pasal ayah pula..

http://wwwbucklemyshoes.blogspot.com/2011/05/ayah.html

Encik MamaT said...

ceq pon rindu kat mak jugak... T_T

ghost said...

hanya doa untuk ibu yang jauh.itulah hadiah yang rasanya bagi ghost suatu yang terbaik dari hadiah lain.

intan.maisarah said...

:)
ibu itu ibarat
permata yang tak boleh ditukar nilai
pengorbanan mereka
senyuman mereka
dan
believe it or not
kita akan rasa
mak kita ialah
mak yang paling best di dunia ini
:)

hargai mereka
tnjukan kasih sayang kita pada mereka.
sementara kita dan mereka masih bernyawa


<3

rainbowcloudy said...

@FARIS - :) betol . family je tmpat yg 100% nk percaya pun... rasa beruntung ada famili bila tgk org yg sebatang kara. tapi mereka sgt tabah n berdikari..

@CIK MAMAT - 'gayut' la ngan mak he...

rainbowcloudy said...

@GHOST - ya, mendoakan kedua ibu bapa merupakan cabang rezeki..

@SARA - love ur words :)

Mr.Superman said...

ya Allah..sedihnya... :'(

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template