Sunday, January 2, 2011

mereka ada tika senyum tawa menghias bibir...



     petang tu zainab rasa sangat sunyi. walaupun dia rasa semua orang ada di sekelilingnya tapi kesunyiaan tetap mencengkam jiwanya.

dia bingung dengan masalah yang melanda dirinya sejak akhir-akhir ini. dia tiada tempat untuk mengadu. dia tiada tempat untuk bergantung nasib. mereka di sekelilingnya amat dekat tapi terasa jauhnya berkilo bait.

    kawan-kawan datang dan pergi. masalah datang dan pergi. tapi maut yang datang hanya sekali namun tidak akan mengembali nyawa yang diambil. jasad yang ditinggalkan hanya untuk ditatap sebelum dikapan.

zainab terkenangkan arwah kakaknya. zainab terkenangkan emak dan ayahnya di kampung. zainab terkenangkan orang yang dia sayang tapi dia merasakan mereka hanya ada ketika dia bergelak tawa. mereka lesap sebaik nestapa menghinggap diri. mereka seperti embun pagi yang hilang ditelan terik mentari.

    zainab menapak di pesisir pantai itu. tapak-tapak kaki yang ditinggalkan hilang dipukul ombak pantai. angin petang itu mengingatkannya pada nostalgia lama.

zainab hanya memendam rasa. kolam matanya menitiskan air jernih. pandangannya makin kabur. dia sudah tidak nampak keyboard untuk meneruskan penulisan entry sehingga ke penghujung cerita, dia berhenti.


air matanya disapu



terdengan esakan kecil dalam sepi petang



tidak perlu untuk zainab menghabiskan penulisannya. biarlah rahsia. dia hanya memendam rasa. zainab hanya mengelap hingus yang mengalir. hidungnya berair. dia selsema lagi petang itu.

9 yang simbah cat:

areteacar said...

nape ni zainab? =.="

Belalang Hijau said...

masih ada yang sudi bersamamu dalam tawa atau sedih...jgn berhenti berharap...senyumanlah... :)

James Buns said...

zainab apa yg tak kena?

maCy said...

danbo sgt comel! ;D

Rainbow said...

@areteacar- zainab emo neno la nino huhu

@belalang- terima kasih tidak terhingga di atas ayat2 'kasih' :)

@james buns- huhu ..personal, future.. just can said im fine now.. tengs for concern

@macy- just like u :) :)

tengs everibedi.....tengs 4 the support

Botak said...

ok., skrg dah boleh hasilkan novel..
hehehehehe... :P

zmah said...

Bila ramai org kita bosan dan serabut,bila seorang sunyi pulak.

RedBoys said...

eh. zainab. kenapa tidak dihabiskan. ku sudi utk membacanya hingga ke penghujungnya. huhu

Rainbow said...

@botak- cerpen pun rain tulis xlepas... huhuuu. merepek buleh hee

@zmah- manusia sentiasa x puas hati..bese la. ada je xkena.
tp kdgkala bila sunyi ni wat kita berfikir.. sumtimes its good

@RB- nages keharuan ..kekeliruan he.. tengs dik :D

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template