Sunday, January 16, 2011

hanimun sorang-sorang

Spongebob Yell sangat ceria orangnya. dia suka buat orang ketawa dan pandai menawan hati orang. dia disayangi ramai kerana gigi arnabnya yang comel dan kelakar.

Spongebob Yell suka ambil dan buang angin di tepi pantai yang berwarna-warni. di situ lah tempat untuk dia melepaskan segala perasaan dan isi hatinya kepada kawannya yang bernama Patrick Pin yang hitam manis manggis.
mereka serasi bersama. saling mengusik dan bergurau senda. hidup mereka saling melengkapi. Spongebob Yell tidak dapat tidur jika dalam sehari  tidak bertemu atau bertegur sapa dengan Patrick Pin. Patrick Pin pula akan mengigau meleleh air liur kembang semangkuk jika tidak berSMS dengan Spongebob Pin.

Kalau bergaduh pun Patrick Pin akan memujuk Spongebob Pin sebab katanya itu adalah hobi terbaru selepas hobi suka berenang kuak lentang di bilik. memujuk Spongebob Pin tidaklah susah tapi tahap kesukaran akan meninggi jika hormon 'bukan monopaus' datang.

Patrick Pin walaupun nampak bodoh-bodoh alang, tapi tahap kebijaksanaannya tidak boleh dipertikaikan. Patrick Pin dapat tawaran sambung belajar ijazah bahasa Jawa di Utiub. Patrick Pin kata ini penting sayang, demi anak-anak kembar dan masa depan kita. sekiranya kita merantau sehingga ke lautan indonesia sekalipun, kita tidak akan ditangkap kerana boleh menyamar jadi orang endon seperti Ashraf Siclair yang kepekatan endonnya sama seperti kepekatan gas ammonia yang dilepaskan di dalam lif.

Spongebob Yell yang tidak berapa cerdik itu kembali kesepian kerana terpaksa berpisah jauh dengab Patrick Pin yang comel, gebu dan manja. pakej lengkap untuk didekati golongan gay yang makin berleluasa di kayell. Spongebob Yell berdoa hari-hari yang hatinya kuat, tabah dan teguh kepada perjanjian yang dibina. untuk mengurangkan kejelesan Spongebob Yell terhadap gadis-gadis gedik, makanya mata Patrick Pin diikat sebelah seperti lanun bagi mengurangkan ketampanan dan kebuaya daratan yang dimilik oleh seorang bernama Patrick Pin.

Dikejauhan ini, Spongebob Yell terasa dirinya begitu sunyi, sepi. jauh dari Patrick Pin, jauh dari famili, jauh dari kawan-kawan lama. dia sudah hilang tempat mengadu karana kesibukan Patrick Pin. namun hatinya tetap kuat walaupun hujan setempat yang turun dari awan kelabu matanya sendiri tika dia sendirian mengenangkan mereka yang jauh di lautan seberang. sikap bos tempat praktikal Spogebob Yell yang terlalu baik sehingga memualkan mengurangkan sedikit kerinduaan Spongebob Yell kerana komitmen kepada tugasan yang diberi tanpa gaji.

Spongebob Yell masih merenung bintang-bintang di langit tika tulisan ini diwarna dengan keyboard hitam. Patrick Yell demam kerana tidak biasa dengan suhu laut shah alam. mata Spongebob Yell menjeling sebentar ke telefon strongberry miliknya. semakin sunyi bunyi message mahupun call. tambah-tambah Patrick Yell deman sekarang ini. Spongebob Yell hanya menanti bunyi message. tapi kedengarannya bunyi lain...prRRooooootttt.. dia malu sendiri.

sedapnya gue hanimun sowang-sorang kat bali.. majuk sama lu.
la ni wa nak posing cam fasha sanda pun boleh!

2 yang simbah cat:

Belalang Hijau said...

wah, nmpknya rain dah dpt identiti sendiri dalam menulis entry...gud2...hee

Rainbow said...

belalang- nyanyi cikit lagu kumencari hehe.. nak kod gitar skali ;P

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template