Sunday, June 30, 2013

peduli setelah pedasnya cili

saya seorang yang tidak kisah. seorang yang tidak mempeduli apa-apa keadaan. apa-apa berlaku saya seperti berada di planet namek dan orang sebelah dan keadaan keliling sahaja yang di bumi. yeah, kera yang menyumbang keadaan keliling.

bumi bujur telur (research). tidak sebulat bola tapi tetap ada naik dan turun putaran. bagaimana galaksi alam semesta yang sentiasa berputar pada paksi, tentu juga Allah cipta manusia berpaksi dan berpusing keadaannya tidak pada satu takhta kedudukan sahaja.

"sampai bila hang tak mau amik peduli perasaan orang lain?" soal bedah
"nanti aku sakit!" aku memberontak
"boleh diubati" nasihat bedah
"sakit cili pedasnya buat aku serik. kang buasir!" aku memberontak kali kedua
"hang jangan macam-macam" nasihat bedah kali kedua
"aku takut" aku meluah jujur
"berangan nak kaya. berangan nak berjaya. macam mana nak berdepan hidup sampai berjaya setakat pedas cili pun dah takut!" bedah cabar aku.

tak ada kejayaan datang berseorangan. nak berjaya dalam pelajaran kena bantuan guru, bantuan rakan-rakan, bincang berkumpulan, usaha, doa mak ayah dan apa seangkatan tentera dengannya.

jadi kalau kau tak amik peduli keadaan keliling, ombak besar datang pun kau tak sedar sebab ombak tak pernah datang dengan amaran.

tapi kalau kau peduli dengan keliling, kau peduli dengan kawan, beribu yang erat datang genggam bawak kau keluar dari bencana.

tapi ramai komplain tak faham bahasa aku tulis.

"arghhhh peduli hape aku!!!" aku menjerit dan berlari ke bintang
"eh perangai tak berubah pun??" bedah sudah geram
"kakakakah" aku telah menjadi tahi bintang setelah jatuh semula ke bumi.

#baca lah sampai faham. keliru, kongsi-kongsikan.



monolog kucing

"kalau aku tengok je ikan ni, aku sakit hati dan lapar.
jadi, aku kena tangkap juga 'anak ikan' ni walaupun dia comel dan jambuuuuuuuu!" 

your actions speak lauder than words! common

11 yang simbah cat:

ewanthology said...

pahit manis kehidupan mmg x boleh nk elak.

Asrul "iLham" Sany said...

asalkan diri sendiri gembira sudehhh... me for one doesn't give a shit about what people might think about me.

kecuali berkaitan dengan kerja-kerja le hehehe... tu kena give a shit :)

suri said...

jalani ia dengan tabah dan penuh senyum dan bangga diri,masa ini kita perlu kutip kesyukuran apa yang kita hadami..

jika tiada kita juga derita..

salam kenal dari suri :)

Lydia Miza said...

Derita suka duka semuanya jd mawar dalam
Hidup kita. Cantik tp berduri

NasQ said...

aduh...pening,,,,

dill said...

just do your best and let Allah do the rest :)

dill.

a.samad jaafar said...

assalamualaikum..
...Allah cipta manusia berpaksi dan berpusing keadaannya tidak pada satu takhta kedudukan sahaja...

frasa ini sy percaya dan takin..dan sy sedang dlm pusingan itu..pada sy..hidup adakalanya perlukan juru pandu..tapi bukan juru pandu yang hanya tahu menunjukkan jalan yg sy mahukan..sebaliknya juru pandu yang mampu memberikan pilihan2..

..t kasih atas komen yg jujur pada n3 sy.. mmg sy akui bahawa n3 loghat perak itu 'menyusahkan'..sesusah utk sy hasilkan.sebenarnya sy juga tersepit antara kemahuan rakan di dunia nyata dgn rakan2 di dunia maya..juga pada kemahuan diri.. apa2pun seribu penghargaan atas komen itu..

Shila said...

ko jenis tak ambik kisah pasal org lain ke rain..?

tehr said...

sepatutnya kita peduli dengan keperluan dan tanggungjawab kita

rusydi said...

benar. tak ada kejayaan datang berseorangan. semua ada yg membantu. berjaya dalam pelajaran kena bantuan guru, bantuan rakan-rakan, doa mak ayah dan doa

Rain said...

terima kasih semua, saya belajar sesuatu..

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template