Sunday, July 22, 2012

puasa universiti #1 | ketam masak lemak

"mekkk!!! cepat mek! dah lewat ni weii" Izzah menjerit dari atas tangga luar bilik aku. memang suara dia menggegar perut aku.

aku tengah melantak lagi masa tu. tengah kekah ketam masak lemak. mahal tu. disebabkan aku beli pakai duit, aku nak ratah sampai licin. kalau beli pakai air liur, tarak hal.

"halamak, mek zah dah panggil." hati aku sempat membahan Izzah. kami akan berterawih di masjid UniSZA. naik bas ke masjid. berebut-rebut kadang-kadang. mahu tempat duduk dalam bas walaupun jarak tak ada la jauh sangat. masjid UniSZA sangat cantik secara personal bagi pandangan mata aku. harap ramai lagi yang setuju.

"sat sat! sabaq" aku membalas jeritan Izzah sambil kalut-kalut berus gigi dan basuh tangan. peh bau ketam!

aku capai telekung sambil lari-lari anak dengan Izzah. kejar bas.

"sorry wei. aku ratah ketam tak hengat terawih hihik" sengih-sengih aku minta maaf kat Izzah.

"hang memang!"

mujur la ada lagi bas. penat gak lari-lari gini pas berbuka. silap-silap isi ketam terkeluar terus dari rektum!

masa ni kebetulan dalam bas jumpa lagi dua tiga orang member kelas. Kak Iqa, Ejah, Maj, Kak Uda.. masa ni aku pun dah ingat-ingat lupa sapa lagi yang ada. tak pasti Alang ada ke tak?

dah jumpa geng kelas ni memang riuh la borak. gosip pasal makanan mesti masuk punya. aku terus teringat pasal ketam yang aku makan tadi. tengah sedap melantak, kena potong stim! masa tu roomate aku pun join gak setangan kekah ketam. sedap! aku sempat lagi tutup ketam masak memak tu dengan surat khabar.

sampai masjid. solat isyak berjemaah dan terawih. selesai terawih lapan rakaat gegas keluar untuk naik bas. ini memang senaman bulan puasa!

turun ja dari bas, suara ketam macam panggil-panggil nama aku. laju siot aku lari masuk bilik.

dan semuanya telah berada di pengakhiran.

arwah ketam telah selamat dikebumi cerna dalam perut roomate aku! satu pun tiada tinggal. dan aku pun ketawa berair mata mengenangkan rezeki ketam setakat magrib tadi cuma. 

roomate roomate. ketam tu rezeki hang rupanya! aku telan liur malam tu. kurma Yusof  Taiyoob sahaja pemanis hati. tsk tsk tsk.


#imbasan kenangan puasa dan terawih semasa di tahun empat semester satu di UniSZA 2010. semester akhir di universiti sebelum  kami sekelas menjalani latihan industri selama enam bulan.

#dedikasi khas untuk teman sekelas Batch 2 Sains Komputer Pembangunan Perisian UniSZA. rindu semua.

masjid UniSZA 
bukan koleksi simpanan aku.

9 yang simbah cat:

dill said...

beberape kali solat kat sini. nyaman ;)

dill.

Asrul "iLham" Sany said...

Kena chop letak tulis nama r pasni hahahaha

Rain said...

dill - :) alhamdullah. nyaman di sapa angin.

selekoh jalan depan masjid tu bahaya sangat. ada student pernah meninggal. menyayat hati.

ais - " ketam tum kurus " haha

a.samad jaafar said...

saya tak reti makan ketam..gitu jgk udang.. kalau room mate tu mcm saya, tentu selamat ,kan?

a.samad jaafar said...

eh..lupa nak tanya... Rain dh sihat ye..? alhamdulillah..

Sop said...

kenangan terindah tu..
kesian teringat kempunan Rain pada ketam tu ek.. :)

Selamat berpuasa Rain

NasQ said...

haha... ada terjatuh ke tak lepas tu akibat kempunan? tak pun pi la jumpa batu betlah batu bertangkup...

tehr said...

aku, kalau isteri tak tolong buka kulit ketam tu, tak makan la aku

aku tak suka makan ketam sebab payah benar nak makan
haha

mama aini said...

ehem..bila gigi mama patah sbb gigit ketam..terus tak masak ketam..hikk2x..rasanya dah 6 bulanlah..

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template