Saturday, May 28, 2011

make your dream become reality

2 yang simbah cat
dream in the dream in the dream.. make it reality!


aku bawu khatam citer inception tu 6kali... kali yang ke4 bawu aku faham jalan cerita dia.

kali ke6 tu kiranya aku tengok dengan senyuman hahahahah.

serius komplek wei jalan cerita dia. naik pening aku nak imagine. tapi aku memang kagum ah ngan pengarah , penulis skrip n ngan sume-sume lah yang terlibat pembikinan filem inception tu.. pemikiran yang diluar imaginasi dan berfikir  diluar kotak. aku nak kritik gak tapi rasa macam tak cukup ilmu lagi nak sembang pasal ni..

so aku simpulkan aku suka filem-filem yang macam ni, membuatkan kita berfikir dan menjana pembangunan minda. otak kita ada beribu-ribu sel neuron, jangan hanya aktifkan neuron yang beratus-ratus jea, bangunkan kesemua sel-sel tersebut, tak mustahil kita akan menjadi bangsa dan negara yang maju dan dikagumi seantero dunia.

berkempen lak aku kan, dah macam duta yang HOT hahahaaha.

hensem kot! tapi my hero is superbuchuk

citer lain yang bagi aku sangat best ialah HEROES. aku ada kumpul sampai season 4. then external hard disk aku rosak. demn betol. sampai sekarang tak leh tengok balik citer-ceter tu. aku cukup malas nak download balik. aku suka amik dari member-memberaku yang hantu movie. muaaaaah..rindu my classmate..

aku paling anti ceter kartun... mesti ada yang marah-marah aku ni kan. lantak lah.. asalkan jangan saman dah. aku sengkek ni. hahahah. ceter kartun ni bila aku tengok aku jadi tak paham. tak taw la kenapa. otak aku ni spesies pelik sikit.

dan aku paling meluat tengok tv. BANYAK SANGAT IKLAN! citer dia tayang sejam tu sebenarnya jalan certa dia hanyalah setengah jam sahaja kalu ditolak iklan. bayangkan kita buang masa g layan iklan. tengok iklan makanan ringan, dalam iklan tu diorang makan sambil main skateboard. ada ke patot ajar anak-anak macam tu. budaya hiburan yang memusnahkan anak-anak bangsa. kita budaya timur. sopan la sikit!



ni dah tengah hari. perut dah bunyi. perut masuk angin, apa yang aku merepek tu harap jangan terasa, kalu nak terasa gak sila la kritik dengan cara baik. bagi la pandangan yang bernas. kay selamat makan semua!

Monday, May 23, 2011

kualiti produk dan perkhidmatan untuk pelanggan

6 yang simbah cat
berdepan dengan pelbagai manusia, menyebabkan kita perlu berhadapan dengan pelbagai ragam dan rencah perangai manusia.

berkomunikasi untuk mempengaruhi pemikiran pelanggan agar membeli sesuatu produk yang dicanangkan memerlukan modal air liur yang berkesan.

manusia mudah terpengaruh. bila terpengaruh dia akan tergoda. bila tergoda automatik dia akan membeli dengan harga yang menarik.

tetapi harus diingat, produk yang ditawarkan mestilah berkualiti dan baik barulah orang akan tergoda. itulah pulangan yang perlu diberikan kepada pelanggan.

andainya awek yang memakai telefon ada 3G dan tidak boleh MMS kepada pakwe, boleh tak dia baling fone tu ke dinding dan kembali ke kedai telefon untuk mintak repair secara FREE?

hahahaha..

Saturday, May 14, 2011

im getting better

5 yang simbah cat
when someone ask you about your age, you just answer :

"im not getting older, im getting better"

age just a number, the important thing is your knowledge that improve by time.



perghh hari ini lam sejarah aku buat entry cakap omputeh, 
pas kena brainwash ngn lecturer..keh3 .


sapa rasa grammar aku tak betoi sila la tegur.. 
then doa-doa la aku jadi teacher BI..hohoho terkejut org2 kampung aku nanti

Monday, May 9, 2011

lega weiii lega

8 yang simbah cat
fuh....fuhh..fuh...

legaaaaa.
bukan baqu lepaih g jamban, tapi baru lepas 1 beban..

semalam tidoq tak lena.
setiap sejam terjaga. dok tingat qheja tak siap. sume last minit

slide last minit, report last minit, buku log last minit.

semalam siapkan report sampai melugai(loya). qhasa nyawa tak lepaih. tersekat kat dada.

lepaih ja pesent, sembang-sembang ngan lecturer yang mai lawat tempat LI, (siap 'kipas' lagi jamu ayaq, jamu kek nak upkan markah angah hahaha - puan siti yang kata)

ALASAN TAK BIJAK : sume last minit, bila last minit gak kena outdoor sales. seminggu kat perlis mau naik hitam dah kulit muka.

kalu tak faham, apa yg dikata-katakan di atas usah malu bertanya, sebab ni entry sesat jalan, tak da pendahuluan teruih isi .. ngee..

Thursday, May 5, 2011

penat yang bahagia

9 yang simbah cat
guna kamera 33 sekupang je. jerawat kat dagu hilang tiba2..

adik kembar rain selalu komplain. nape la rain tak tunjuk muka dia. rain cakap la sebab muka dia comot.

hahaha

dia marah. sebab dia cakap rain dengki. lantak ang lah. nah adik, semoga ada yang mai minang ang pasni

hahaha

adik kembar rain yang tengah buat peace tu :P
dia gak selalu komplain makin dekat tarikh nak submit report, makin banyak keja-keja kat luar yang dia kena buat. naseb lah.

apa yang rasa sekarang, nak sangat-sangat tido. penat!

Monday, May 2, 2011

semanis senyumanmu ibu

12 yang simbah cat
saya tak romantik, saya tak pandai berkata-kata, kalah dalam menyusun bicara kata, hanya dipendam sebagai rahsia. dengan kekuatan dan keikhlasan hati yang ada, cerita ini ditujukan buat mak saya sendiri, puan noraini salleh. bukan untuk memenangi sebarang contest. cuma tanda sokongan buat saudari YAN.

terima kasih buat belalang bagi peluang untuk rain bercerita.

sebarang cacat cela dan kekurangan dalam cerita ini datang dari saya. CERITA BERMULA.....


kungg.. kting..ktung..

bunyi periuk berlaga sesama sendiri membuat putera katak dalam mimpi aku hilang ditelan gelap malam.

mata yang berpisat-pisat dek silau lampu handset ditangan aku membuatkan aku berkalih dan melihat jam digital menunjukkan angka 3 :45am.



kung..ktung.. bunyi lagi.

awalnya mak dah bangun.. detik hati aku. ni mesti tengah goreng cucur.



kedinginan fajar subuh ditambah dengan rintik hujan membuat aku semakin enak menkapankan diri sehingga paras leher dengan selimut yang semerbak bau. ah..bau itu juga yang aku suka.



fikiran aku melayang.... beberapa hari lepas.. namun jam masa yang sama..



"mak... awai mak bangun dah. tak sejuk ka?"



"laa, ang bangun buat apa. p la tidoq. awai lagi. tak pun p solat sunat ka ada baik gak.."



aku masih tercegat.



"mak buat banyak cucuq ni. nak tolong gak"



"tak payah. p la sana. sat g nak p keja plak. nanti ngantuk, penat nak bawak moto jauh-jauh, sakit pinggang nanti duk merungut plak. p sana nuh."

penuh dengan gaya menghalau agar aku tidak menolong mak.



aku telan liur. dada aku sebak. sebu. mata aku menggebu dengan air jernih yang pasti melimpah dari saat sekarang.



aku sebak bukan kerna dihalau, tapi mengenangkan kasih yang terselit disebalik wajah dan sikap mak. kasih mak yang tiada galang gantinya.

kasih sayang yang tak mungkin sama dengan seorang cinta kekasih kerana ibu adalah kekasih hati penyejuk sanubari yang setiap suka duka air mata ini tumpah, dialah yang menghapuskannya. ya, aku kuat hanya kerna seorang mak.



saat kecilnya aku, aku yang paling manja. kuat merajuk. suka dipujuk. tika belum punya adik, aku sentiasa menang bila berebut dengan abang-abang.

dalam manja, aku tidak berlebihan. sikap aku mudah menawan hati orang lain. mungkin petahnya bicara. keletahnya manja namun masih ada kematangan walaupun kebudak-budakan.



aku masih ingat bagaimana mak memeluk dan cium aku bertubi-tubi sambil nangis. itu yang aku ingat. puncanya kurang pasti. yang jelas mak cakap mak sayangkan aku. saat ayat ini ditaip, hampir menangis aku rasa.



walaupun sekarang kurang kedengaran ayat-ayat itu, mungkin dewasa barangkali, tapi sikap mak menyentuh hati kecil setiap saat aku bertentang mata melihat kelopak mata tuanya yang semakin menginjak usia. kasih sayang masih sama seperti dulu. kehangatan tangan mak terasa bila menyentuh dahi aku bila aku demam. tangan itulah yang menjelum kepala aku, tangan itulah yang memasakkan sup sayur panas kegemaran bila aku demam.



dan tangan inilah yang akan aku rindui andainya suatu saat sukar mendatang kelak. penah aku terfikir bagaimana akan aku teruskan hidup jika mak tiada.

terlalu sukar untuk aku bayang...
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template