Friday, June 14, 2013

penilaian manusia

buah yang tidak elok sentiasa dibuang terus tanpa siapa pun melihat isinya terlebih dahulu. tanpa fikir, tanpa selidik ia ibarat dipulau, dihalau. namun pernahkan sesiapa memikirkan mengapa dan apakah punca menyebabkan terjadinya busuk, tidak elok dan berulat? ya, jarang. jarang yang mencari punca kepada proses penyebab buah itu menjadi busuk dan tidak elok. mereka lebih menilai luaran. menilai apa yang dilihat. mata ditipu akan faktor luaran. begitulah manusia. melihat fizikal. tidak melihat luaran. mengapa? kerana mata adalah luar. tapi mata hati adalah dalam. jadi, sedikit cuma yang mengguna mata hati untuk menilai manusia lain. itulah terhadnya manusia. itulah limitasinya manusia. Yang Maha Agung adalah Penciptanya yang Mengetahui segala seinci perkara tanpa terlepas dari pengetahuan dan pandangan Allah. maka, apakah manusia berhak menilai manusia? cernakan minda anda.



2 yang simbah cat:

NasQ said...

selagi bernama manusia, pelbagai penilaian boleh dibuat...

Cikya said...

bukan nak jadi penghukum, nak nilai manusia ditambah cerca.

cuma kita akan sentiasa ada satu 'first impression' yang selamanya kekal.

dan luahan rasa. kritikan membina?

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template