Friday, October 29, 2010

hidung aku tinggi? mancung kot

10 yang simbah cat
semakin aku ramah dengan seseorang semakin aku di cop sombong.

kenapa?

sebab bila sekali aku sibuk, aku tak layan message atau apa-apa saja yang aku rasa leh ganggu konseterasi aku.
tapi sibuk takkan sampai 27 jam kan? menghadap projek assignment sume sampai lebam panda kat mata? mustahil sampai tahap gitu kan?

so masa yang lapang sikit tu, aku guna untuk bertegur sapa kawan-kawan. tak kira lah dengan kawan aku si maya karin tu atau kawan-kawan di alam maya.
selalunya aku jalan-jalan kat blog lah. mangsa pertama yang aku kacau selalunya paklang then mak, zaer and sapa-sapa kat link blog aku tu. dari situ aku jalan-jalan makin jauh sampai aku sesat tak ingat jalan balik. last-last keje terbelangkalai.

masa ni la aku taubat ngan ingat balik azam
tahi itik aku tu - T A K - N A K - M A I N - B L O G -  N - F A C E B O O K

hampeh. aku penipu! tipu diri sendiri lak tu. sebab aku tahu dah aku ni tak mampu tahan godaan. g o d a a n   i n t e r n e t   l a j u.

tu kelemahan aku. tapi kekuatan aku ialah menahan godaan laki-laki hensem haha..

dari dulu sampai sekarang aku heran orang cakap aku ni sombong. aku rasa muka aku ni dah cukup baik n nerd dah.[hidung tinggi tol].   ( " ,)

aku rasa aku tak sombong. cuma dia terasa hati sebab aku tak tegur dia macam biasa. akibatnya aku dilabel sombong bila aku dah kurang tegur n beramah mesra dengan dia. normal. benda ni selalu jadi. aku selalu kena. aku dah lali. cakaplah. aiman dah tak kisah. yang penting aiman dapat menjaga hati orang yang paling penting n paling aiman sayang. eh, rainbow laa.

rainbow tak sombong. tak ada satu nilai pun yang boleh dibanggakan dalam diri rainbow. bakat pun tak ada dalam apa-apa bidang, tak ada gunanya rainbow sombong. sombong boleh menyekat pemikiran dan anjakan paradigma seseorang ke arah suatu yang lebih baik.

sama-samalah kita saling hormat antara satu sama dua yang lain.

rainbow mohon maaf di sini. minggu ni banyak yang rainbow tak puas hati, so maafkan patik ye tuanku.


"sombong ek angah sekarang"

"angah dah tak tegur aiman sekarang.. sombong ek"

"amboi rain, jalan dah tak pandang muka cloudy dah"

"rainbow, wah sombong! xtegur pun"

"kak pizah.. uih jalan xpandang cni pun"

"angah sombong! tak tegur akak dah sekarang"



nah tu dia! antara ayat-ayat sombong kawan-kawan aku cakap n tuju pada aku. sori ah, nick name aku banyak sangat. dalam kampus orang paggil aku angah. lam blog orang paggil rainbow. tapi bila lepas je hujan .. semua akan cakap benda yang sama " tadi kitorang jumpa rainbow. ko suke la tu ek"

mestilah aku hepi.  R A I N B O W tu kan aku. terlalu addict ngan pelangi. sapa-sapa yang jumpa pelangi sila tag aku kat facebook. aku belanja rendang daging hangit sepecial dari RANBOW CLOUDY . he

terima kasih baca dengan khusyuk aku nyer ketidakpuasan hati.

Friday, October 22, 2010

laman sosial : cari jodoh, kawan, musuh

18 yang simbah cat
b l o g,  f a c e b o o k, t w i t t e r .

tu antara laman sosial yang ter femes buat masa ni. tempat cari kawan, tempat jumpa kawan, tempat temu jodoh, tak kurang juga tempat untuk jumpa musuh.



contoh dalam blog,


bagi situasi pertama,
beritney berblogwalking dari satu blog ke blog yang lain dengan penuh ramah tamah dan mesra alamnya, maka ramai lah kacak-kacak datang terjah balik ke blog beliau. borak punya borak, ngorat n ngayat sikit sampai shoutbox tu macam milik depa ja. maka berpautlah hati kedua insan tersebut. kalu jodoh panjang, kawen la kot si cantik dan si kacak tu kan.

bagi situasi kedua,
beritney menjadikan ketagihan berblogwalking ni sebagai satu azimat untuk dia bangun awal pagi. kenapa macam tu? kononnya wifi masa ni superb laju. ramai budak pompuan kat kampus time ni tido kuak lentang lagi. budak laki lak tido secara terjun papan anjal. maka beritney pun gigih berblogwalking sambil tersengih-sengih baca entry blogger otai-otai. kalu dia bangun study agak-agak leh dapat anugerah dekan tak? tup-tup plak di cop 'budak wikipedia',  pergh memang mantap ah kan.

bagi situasi ketiga,
beritney buat entry dan entry dia kononnya menarik ah walaupun bahasa macam budak ponteng sekolah. lintang pukang tatabahasa alasannya sebab dia suka matematik. sebab tu buku hutang sokmo dia bukak.
tapi sayang buah kepayang, tak ada sapa pun yang datang komen entry beliau itu. makin hangen lah beliau dan runtuhlah reban ayam makcik cleaner yang terkena taufan beritney. akibatnya dia bermasam muka sepanjang hari dan tak pasal-pasal marah-marah dekat kucing kafe yang tengah mengawan depan mata beritney. adoh!



contoh dalam facebook,


bagi situasi pertama,
beradpit rasa sangat lapar dan kebulur. dia plak kekeringan idea nak hapdate status tapi dia rasa gedik sangat, maka dia dengan bangganya hapdate status di facebook dengan status "ngah lapa ni huhu". macam wat annouce lak dia lapa. lepas dan makan, sidai lak perot kat atas sofa, dia hapdate lagi status dengan title "kekenyangan. makan ayam cop tadi... ermm dapnyerr". aku yang kebulur ni terliur taw x!! aku marah sebab aku ngah lapar gak ni time update entry ni. huhu[dah jadi cam beradpit daaa]

bagi situasi kedua,
beradpit tulis status pasal ketidakpuasan hati dia pada seseorang. datang lak si ayu jelita kacak sume komen berkaitan status. kalu pada yang sama, orang yang dikutuk terbaca, mau ngamuk sakan. terasa diperli. orang yang kena memang akan sakit hati. situasi ni selalu terjadi bukan sekarang tapi dari dulu lagi. tempat social networking dijadikan tempat untuk melepaskan apa yang terbuku di dada. yep betol, aku pun ada wat benda yang sama tapi kena la tapis ayat dan pikir dulu perasaan orang lain. kalu tersinggung, kan dan tak bertegur sapa, dapat pulak musuh.
lebih-lebih lagi dalam facebook, kadang-kadang banyak benda mengarut-ngarut dan merepek. tapi kita stil layan facebook. sebab apa? .. sebab kerepek itu sedap!


contoh dalam twitter,


sori ah walaupun aku student computer, tapi aku buta twitter. cuma aku nak ulas kes yang sama macam facebook, twitter juga antara tempat erat silaturrahim dan juga tempat menabur fitnah dan bergosip. ingat kes tiz dengan fasha? sume tu bermula di sini. sosial networking web.

berhati-hatilah semasa memandu kereta bila berblogwalking , facebook walking dan twitter tweet.





Monday, October 11, 2010

komunikasi: bercakap dengan dinding batu

20 yang simbah cat
bercakap di telefon merupakan salah satu komunikasi berelektronik yang menggunakan konsep gelombang.
cuma perbezaannya tidak berada di lokasi yang sama dengan si makhluk yang mendengar tersebut.

konsep berkomunikasi di telefon sama dengan konsep berbual secara berhadapan atau bahasa saintifiknya secara bersemuka.
komunikasi memerlukan konsep dua hala. kalau satu hala maka akan jadi konsep bercakap dengan batu-batu dinding bercat putih.

alkisahnya..

komunikasi satu hala :

siaran tidak langsung yang sempat dirakam.
jenab berborak ..

jenab : ko dah makan?
beritney : dah
jenab : makan apa?
beritney : nasi
jenab : lauk pe?
beritney : ikan

hoi! aku bencilah perbualan gini. bayangkan perasaan jenab yang rasa macam dia cakap dengan robocop je. tak de perasaan langsung si beritney tu!
kalu ko tak nak cakap, cakap lah ko sibuk. tak payah layan.
kalu ko datang bulan pun gitaulah ko tengah segugut.
takdelah aku nak makan hati dengan ayat bulan ko tu.

kalau message dalam telefon pun sama jugak. pantang betol dengan makhluk-makhluk yang suka balas message satu patah je.

text : ngah stdy ke?
reply : x

tolonglah. tak reply message sekurang-kurangnya tidak menyakitkan hati sebab mungkin kita bajet dia sibuk atau buat-buat sibuk duk menyibuk sana sini.

cubalah masa berborak tu beramah mesra sikit, tanya macam-macam pasal diri dia. ajak dia berborak. si penanya tu pun jangan tanya soalan remeh sangat.

komunikasi dua hala :


perbualan jenab yang mesra alam

jenab : ko dah makan belum. aku nak g kafe ni. jum join.
beritney : aku ngah lapar ni. tak mandi lagi. tunggu aku sat. kol 12.00 kita g kafe

ni antara contoh komunikasi dua hala yang tidak menyinggung mana-mana makhluk sebab terlebih mesra alam.

ada yang membantah dengan cara komunikasi aku ni?
terpulanglah. kalau tak suka aku jangan message aku, jangan call aku.

bagi aku komunikasi ni mengeratkan silaturrahim. memupuk kasih sayang dan rasa saling menghormoti antara dua pihak. kalau ko nak tak nak je jawab call, nak tak nak je reply mesagge, jangan jawab call, jangan reply message sebab ko akan tambah dosa bila orang di sebelah sana sakit hati dan maki hamun ko. kalau dia penyabar macam aku, tak pe la kot. tapi kalu dia pemarah macam aku, dia pun akan badmood dan datang bulan TIBA-TIBA!

so, watch out your mouth when answer the call and watch your text writing when send to others. if not, someone will hava heart break.

/* jangan tertipu dengan ayat macam singan nak telan unta tu. aku marah pun. bengang sikit je*/
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template