Tuesday, June 28, 2011

kembali tenang. dan K E M B A L I DI SINI

7 yang simbah cat
jenab kembali bersuka ria.
hidupnya kembali tenang.
tapi berpanjangankah ketenangan itu? mungkin sementara.

jenab tenang untuk meneruskan hobinya yang suka tidur malam. (tidak seperti zombie yang suka berjaga malam) tapi tidurnya kali ini tidak seperti dulu.

dia tidur dalam kecerahan cahaya lampu kalimantang. masih tenang walaupun tidak setenang dulu.
putera tidak lagi mengganggu. hilang entah ke mana. mungkin mangsanya bukan jenab lagi.

yang menggangu jenab kali ini ialah doktor. doktor yang sering memberi suntikan berbisa kepada pesakit.
silap-silap dapat penyakit dengki. eh penyakit denggi.

ya, doktor nyamuk suka pada darah jenab. katanya jenab cantik persis mahsuri.
tapi mahsuri pun dia tak pernah lihat, memang tebal benar penipuan doktor kali ini.

jenab tidak mempedulikan doktor, bila kipas ligat berpusing, pasti doktor nyamuk menghilang.
maka jenab akan kembali tenang.

sebenarnya jenab mahu memberitahu yang jenab sudah menghabiskan hampir setengah tahun umurnya tahun ini dengan latihan industri. segalanya telah berakhir dengan sempurna dan baik semalam. jenab sayangkan mereka-mereka di tempat dia berpraktikal.

dan sekarang akan kembali blogging demi hobi cipisan ini!

Friday, June 24, 2011

oh putera. matilah dikau malam ini!

9 yang simbah cat
jenab keliru.. tido malamnya sudah tidak nyenyak.. terbayangkan-bayangkan putera. dia takut untuk tidur. takutkan kedatangan malam.

dulu dia seorang yang agak berani. berani dalam kegelapan. katanya indah tidur dalam gelap. nyenyak.
masanya pula banyak dihabiskan untuk bermimpi. asalkan namanya tidur, dia pasti mengalami mimpi. setakat ni mimpinya tiada kebasahan.

bermula suatu saat itu....

kehadiran putera mengejutkan seluruh jantung si jenab. bukan saja jenab, malah 1 famili jenab terkejut dan terganggu tidur malam apabila jenab kerap meracau dan terjerit tak tentu arah. bukan mengigau, tapi realiti yang putera menggigit jari jenab.

bukan sekali dua, masuk semalam, sudah 4 kali jenab digigit putera. itu bukan gigitan cinta biasa. itu gigitan maut. gigitan yang boleh membuatkan jenab diserang Leptospirosis. itu yang mahu dijauhi. dia tidak mahu lakinya bergelar duda.

jenab geram. putera keterlaluan. apakah dosanya. adakah kerana cinta tidak berbalas, putera menggigit jenab. esok jenab mahu beroperasi membunuh putera.

berpesta la engkau sebelum aku berpesta!

jenab berharap esok adalah hari bahagia buatnya. semoga putera tikus mati dalam perlarian!

Sunday, June 19, 2011

peluang bernafas

7 yang simbah cat
sepanjang dua minggu lalu..

terdetik dalam fikiran aku, bagaimana rasanya diri bila saat malaikat maut menjemput.
ya, tiada jawapan untuk soalan itu.

ingin sekali aku tahu tanda-tanda orang yang akan meninggal. benarkah kelakuan mereka ganjil dari kebiasaan. sebelum tidur sering aku berfikir adakah mata aku akan melihat kembali dunia atau aku akan melihat dunia yang satu lagi.

bersediakah 'amalan-amalan' aku untuk menjawab segala pertanyaan mungkar nakir. sehari demi sehari mulut, tingkah laku melakukan dosa-dosa kecil secara sedar atau tidak sedar.


khamis 16 jun 2011..

takdir yang tidak aku sangka sekali, aku dihantar oleh ambulans ke wad kecemasan hospital sultanah bahiyah. seperti mimpi ngeri.
semasa sesak nafas itu, aku ingin sekali ada seseorang yang menampar pipi aku dan mengejutkan aku dari mimpi yang tak ingin aku lalui.

jujur, aku rasa nyawa aku sudah separuh melayang.
tangan, kaki semua sudah kejang. sejuk. tangan tak berdarah. biru. nafas tersekat-sekat.
aku dengar orang sekeliling suruh aku mengucap, ingat Allah banyak-banyak. riuh suasana pejabat masa tu. aku tak nampak keliling.
mata pejam rapat.

aku rasa tubuh melayang diangkat orang. dalam ambulans aku mula tersedar bila diberi topeng pernafasan. doctor muda tu kata oksigen lebih dalam darah. katanya aku bernafas terlalu laju.
itu aku setuju mungkin sebab terlalu takut n trauma, tapi aku tak boleh terima bila dia cakap aku stress.


lebih kurang gini la muka tak cun aku masa tu..


" adik pikir gapo dik " . soalan ni memang buat aku tersentap. aku bukak mata tengok doc tu. hensem. muda. tapi aku panas hati betol dengan ayat tadi.
nak sangat aku jerit yang aku sesak nafas bukan sebab stress, ni sume sebab TIKUS la!!! pagi tadi tikus gigit aku la. dah TIGA kali taw tikus gigit aku. aku agak tu tikus jelmaan yang cuba ngorat aku!!
perghh sempat lagi aku perasan, tapi kata-kata tu terluah dalam hati je.

lewat petang sebelum pukul 7, aku dah agak stabil, doc kasi aku balik.

aku bersyukur sangat Allah terima doa hambaNya ini agar diberi peluang untuk meneruskan hidup dan peluang untuk menambah amal sebelum DIA betul-betul mengambil nyawa aku ini.

Wednesday, June 1, 2011

tikus gatal

9 yang simbah cat
semalam sedap-sedap rain lena, tiba-tiba rasa kaki kena godek-godek. gatal-gatal. macam kena gigit.
rasa cam citer t w i l i g h la plak. tengah-tengah malam ada 'benda' gigit.

naik seram bulu roma. bilik dah la gelap.(auuuw rumentik bangat!)

rain dengar bunyi cit cit    c i k T. hantu punya tikus!

berani lu gigit kaki gua! lu belum kenal sapa gua. gua ialah gua musang hahahaha..

demn u tikus. disebabkan tu, rain takot n tak tido sampai ke pagi.
ni ngantok gal.. sebab tu update blog muahahaha


pssstt..kalu rain bella, ada edward tak sudi gigit ai?
ah..zumbie
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template