Monday, January 7, 2013

doa hati

aku bukan teman yang baik
ingat akan kamu tapi tidak mengirim kabar berita

aku bukan kekasih yang baik
rindu akan kamu tapi tidak hulur bicara hati

aku bukan kakak yang baik
tidak menunjuk prihatin tapi sekadar hadiah dan menyuruh kamu belajar

aku bukan adik yang baik
mahu berbual rapat tapi hanya diam bila berkumpul ramai

hanya aku mahu jadi anak yang baik walaupun aku tidak pernah suarakan perasaan pada kedua ibu ayah, namun doa aku panjat agar Allah mendengar terus dari hati aku yang tiada pernah seorang insan dunia memahami.

0.41am
7 jan 2013

3 yang simbah cat:

NasQ said...

aku budak baik...sekian...

~Sal Ismail~ said...

xpe..janji kita tau kita siapa~ =)

tehr said...

tahniah kerana menjadi anak, teman, adik, kakak yang baik

kebaikan selalunya bersembunyi di awal perjalanan

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template