Thursday, February 16, 2012

layang-layang putus

ku dongak ke langit
mencari warna
hambar
tiada lagi yang indah

kamu mencintai pelangi cuma
yang khayalan

setelah pelangi itu pergi
dan
bila mana aku menjadi aku
kamu menghilang dari sisi
dunia kita tidak lagi bersatu

kini
aku dongak lagi ke atas
dan ada warna yang berseri
bukan lagi pelangi
tapi layang-layang yang berwarna-warni

tiba-tiba ribut menghembus
menggoncang ikatan layang-layang dan tali
memutuskan penyatuan
layang-layang dan tali

perginya entah ke mana
tinggallah dada langit itu kosong
gelap
menhujani hari-hari malap

yang dipinta selalunya tidak sama seperti yang terjadi

8 yang simbah cat:

Liyana Zahim said...

Tunduklah juga ke bumi yg berumput dan bertanah.. Ia lebih nyata dipijak dgn kaki kita.. Dan plh penting ia memberi rezeki di mana2..

Encik Bell said...

mungkin layang-layang itu boleh d gantikan dengan kapal terbang kontrol kerana ia lebih stabil apabila dimainkan ketika angin kuat XD

a.samad jaafar said...

menarik..!

alangkah mudahnya hidup jika setiap mahu kita itu pasti dimiliki..namun, yakinkah kita pasti bahagia??

mama aini said...

ehem ..puitisnya rain ni..dalam maknanya tu (layang2 putus)..!! hu2x..

~Sal Ismail~ said...

"yang dipinta selalunya tidak sama seperti yang terjadi"

perancangan Allah itu yg terbaik, itu pasti~ =)

huda jamil said...

tak semua apa yang kita impikan jadi kenyataan kan. bersyukurlah dgn segala nikmat yang diberikan :)

tehr said...

Yang terjadi itu sebenarnya yg terbaik untuk diri kita
Terima ia dengan rasa syukur

NasQ said...

huhu... makna yang mendalam...

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template