Sunday, November 2, 2014

Kehidupan Sekarang

2 yang simbah cat
Assalamualaikum dunia maya ciptaan manusia berilhamkan Ilahi. 

Lama benar tidak jengah ke sini. Kini kembali menjengah sebelum dijemput Ilahi. Syukur Alhamdullah masih bernafas dengan penuh senyum kerana diberi satu langkah baru melalui alam perkahwinan yang aku kira melengkapi fitrah manusia yang menenangkan hati. Bersyukur tak terkira bergelar isteri ketika study, rezeki yang Allah hulur ketika mencari. Tidak pernah terlintas hajat namun susun atur perancangan Allah Maha Hebat. Ya, banyak hikmah dari perancanganNya dan harus aku akui segalanya tepat dengan situasi. 

Tidak banyak isi untuk dinyata di sini cuma mana salah silap pada rakan maya yang ada dan pernah tersinggung dengan aku, ampun maaf aku pinta. Moga tiada marah disimpan di hati. 


Hafizah Noor Ismail









Friday, April 25, 2014

Suamiku Perdana Menteri

4 yang simbah cat
Encik Suami berkata "Suami ni macam Perdana Menteri, kena pastikan keperluan dan kebajikan isterinya (rakyat) terjamin baru boleh utamakan diri sendiri"

Aku yang ketika itu hendak mengambil eye linear sebatang terus ambil 10 batang sambil memeluk suami dan mengalirkan hingus dan air mata embun berbutir-butir.

***

Rain: Perkara paling berat untuk dipikul adalah amanah. Kalau anda terlepas tanggung-dan-jawab semasa di dunia, maka menjawablah anda di akhirat. Tiada lagi pelepasan dan kebebasan!

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template