buat padin, ni dengan penuh kasih sayang taw rainbow buat header blog ko khas sempena raya.
rainbow doa siang dan malam taw nak menang contest ni hihi.
padin, ko semat ah [bodek secara depan-depan]
jom layan
Sambil minum kopi di padinno kopitiam, terkenang pula nostalgia raya pabila telinga nipis capangku ini menangkap butir suara kanak-kanak Ribina yang sedang bermain keriangan di bawah pohon Ru.
Mereka berlari berkejaran bak filem Hindustan lakonan Sah Ru Khon dan Rainbow Chawla. Tangan kanan dan kiri mereka menggenggam bunga api.
Tawa dan riang ria mereka segera menggamit memori jangka panjangku pada kenangan lampau.
Tika usia aku era hingusan, akulah yang paling sibuk mengalahkan mak aku tiap kali Raya Puasa menjelang sehingga mak aku telah mencop aku sebagai p e n y i b u k.
Tapi aku masih bersyukur di situ kerana belum dicop sebagai p e n g a c a u kerana kudrat aku belum dewasa untuk mengacau dodol.
Walaupun aku sedar tika itu aku kecik dan tidak sebesar ragam abang-abang aku, tapi aku bersuara besar untuk mengarahkan mereka bangun awal-awal pagi.
Jeritan fizikal aku mampu menggegarkan gegendang telinga mereka daripada ulik mimpi di siang hari.
Dan selepas itu, jeritan dan tangisan aku pula yang kedengaran kerana dicubit dan dipiat kerana mengganggu mimpi-mimpi kering mereka itu.
Selepas sesi pujuk-memujuk oleh mak aku, aku pun telah kembali normal dan aktif bergerak untuk bekerja sebagai penyibuk.
Bermula dari ruang tamu, langsir-langsir lama disalin pakaian baru. Langsir bercorak R A I N B O W dijadikan pilihan kerana tema raya pada tahun tersebut ialah Satu Malaysia.
Maka meriahlah ruang tamu rumah aku pada tahun tersebut tanpa kehilangan satu pun warna. Tugas aku yang menyibuk ini hanyalah melihat sama ada senget atau tidak langsir yang dipasang.
ITU SAHAJA.
Setelah langsir siap dipasang, aku beralih ke bahagian dapur.
Ni bahagian feberet aku.. euuuww..
sebab aku tukang rasa. Kecik-kecik aku puasa yang-yong, pantang lepa, seluk periuk. hihi. Moto puasa aku zaman kanak-kanak.
Kuih mak aku buat memang sedap. Sehingga menjilat piring.
Masa aku tengah berjalan sambil menjilat piring yang dibawa, tiba-tiba aku terlanggar tiang...
Dummmm kebabOOm.!!! Demm[upps puasa]..
Bunyi kepala aku berlanggar. Ala-ala bom sebab momentum yang tinggi bersamaan dengan geseran kuat serta teori fizik lain yang aku kelentong
telah menyebabkan piring juga bertebaran ke lantai dan berkecai-kecai seperti hati yang dilamun kekecewaan asmara.
Serentak dengan bunyi itu juga aku tersentak kerana bunyi piring itu sebenarnya piring kopi P A D I N yang pecah bagai.
Dia yang terlanggar sorang awek kurang cun tapi sangat cantik dan ayu.
Padin kekalutan dan menggelabah dengan perasaannya.
Aku hanya mampu melihat kerana telefon aku telah berdering dan aku telah menyahut panggilan telefon mak aku.
"Fizah, hang balik umah nanti belikan mak kuih taw, kerepek ka orait gak. Raya tahun ni kita buat kuih siput ja, yang lain-lain kuih telunjuk ja.
Mak tak dan nak buat, banyak nak siapkan tempahan baju ni. Balik awai cikit noo, nak suh hang buat kuih konfleks, adik hang nak makan"
aku : " hantu..! siap la budak-budak ni nanti! dah la paw duit aku suh beli baju raya. ingat aku bos kat bank ke! "