Thursday, January 6, 2011

Anugerah Juara Lagu - video promo

3 yang simbah cat
assalamualaikum semua... sebuah senyuman dihulurkan buat semua :) 

tapi kebiasaannya rain akan sengeh :D he..... ^___^

pagi ni semangat sikit dari kebiasaan. bangun awal dari semalam he.. tengah siap-siap nak g keje tu terpandang kat TV3 TAYANG MHI. tengok ally iskandar dengan abby tengah pomo AJL. best kot layan tengok keletah diorang dua ni. ceria jadinya.

then ada video pomo pasal AJL. best wei. jom layan. rain tak buleh nak pot pet panjang. tu boss sudaaaa mari..!



ajl 2011 - host promo 1




ajl 2011 - host promo 2




ajl 2011 - host promo 3

Sunday, January 2, 2011

mereka ada tika senyum tawa menghias bibir...

9 yang simbah cat


     petang tu zainab rasa sangat sunyi. walaupun dia rasa semua orang ada di sekelilingnya tapi kesunyiaan tetap mencengkam jiwanya.

dia bingung dengan masalah yang melanda dirinya sejak akhir-akhir ini. dia tiada tempat untuk mengadu. dia tiada tempat untuk bergantung nasib. mereka di sekelilingnya amat dekat tapi terasa jauhnya berkilo bait.

    kawan-kawan datang dan pergi. masalah datang dan pergi. tapi maut yang datang hanya sekali namun tidak akan mengembali nyawa yang diambil. jasad yang ditinggalkan hanya untuk ditatap sebelum dikapan.

zainab terkenangkan arwah kakaknya. zainab terkenangkan emak dan ayahnya di kampung. zainab terkenangkan orang yang dia sayang tapi dia merasakan mereka hanya ada ketika dia bergelak tawa. mereka lesap sebaik nestapa menghinggap diri. mereka seperti embun pagi yang hilang ditelan terik mentari.

    zainab menapak di pesisir pantai itu. tapak-tapak kaki yang ditinggalkan hilang dipukul ombak pantai. angin petang itu mengingatkannya pada nostalgia lama.

zainab hanya memendam rasa. kolam matanya menitiskan air jernih. pandangannya makin kabur. dia sudah tidak nampak keyboard untuk meneruskan penulisan entry sehingga ke penghujung cerita, dia berhenti.


air matanya disapu



terdengan esakan kecil dalam sepi petang



tidak perlu untuk zainab menghabiskan penulisannya. biarlah rahsia. dia hanya memendam rasa. zainab hanya mengelap hingus yang mengalir. hidungnya berair. dia selsema lagi petang itu.

Friday, December 3, 2010

tenangnya selepas pergi BANK

10 yang simbah cat
penah tak dalam sehari tu rasa serba tak kena je..?

rasa nak marah je sapa-sapa yang lalu depan then nak sound dia cukup-cukup.
ni lepas geram tanpa rasa diri anda bersalah sikit pun.

then rasa nak mengamuk je tanpa sebab yang munasabah.
tiba-tiba nak lempar sume barang-barang sulit yang ada atas meja.

penah lagi tak rasa tak puas hati walaupun satu bilik dah selongkar tapi tapi benda yang nak dimarah tak jumpa?

penah tak rasa ada benda mulas-mulas sampai muka korang berkerut-kerut tahan..?

hari ni cik rainbow dah jumpa satu jawapan yang paling baik untuk kesemua persoalan di atas..


pergilah berak!!!!! weiiii...


penyahtinjaan itu penting untuk hilangkan keserabutan minda anda.
selepas membuang pasti aman damai sekali..

tak percaya sila lah buat kah kah kah.. believe it or not!!!!!!!!


Monday, November 1, 2010

mimpi aku yang kering

12 yang simbah cat
aku selalu sangat M I M P I. asal aku tido je wajib aku mimpi. asal mimpi je memang muka aku lah lam tu.

tapi setakat ni mimpi-mimpi aku sumenye kering kay. tak tercemar. xder khayalan pelik-pelik. aku start dah tulis benda tak senonoh. adik-adik belum dewasa tu sila tutup mata sat noo.

boleh dikatakan mimpi dan rainbow tu adalah satu hubungan yang sangat erat dan halal. hubungan suci.

-----------------------------------------------------------------------------------
mimpi membuatkan otak aktif dan bekerja semasa kita tidur rehat

aku pernah tanya izzah(link) :-

rainbow : mek! awat aku selalu sangat mimpi hah? tido je memang wajib mimpi.
mek izzah : tu makna nya otak hang aktif. berjalan time tidoq.

rainbow :
oooo. [giler luas mulut aku lopong]. maksud ang aku pandai ah ni?
mek izzah : ermmm tak jugak.

pukkk! aku ketuk pale izzah. berani dia cakap aku ni tak pandai.


-------------------------------------------------------------------------------------

mimpi membuatkan tidur seseorang kurang nyenyak
bila free, ngah syok duk lepak-lepak ngan kak ika(link) sume, aku tanya lagi pasal mimpi.

rainbow : nape eh angah selalu mimpi?
kak ika : orang kata bila kita mimpi ni, tido kita tak nyenyak. sebab otak kita bekerja.

rainbow : oooooooooo [berganda mulut aku lopong dari sebelum ni]... patot ah angah selalu letih ja kan. asik nk tido je keje. patot la malas. isk3 [geleng2-geleng]

-------------------------------------------------------------------------
tidak semua orang mengalami mimpi

sedap je borak-borak ngan alang, aku terkeluar lagi topik sal mimpi.

rainbow : aku selalu mimpi wei. ang tak mimpi ke?
alang : ang taw dak, aku nak mimpi pun susah. kalu aku tido tu memang tido je la. tenang n hitam je. last aku mimpi tahun lepas kot.

rainbow :
................. [??%%]


--------------------------------------------------------------------------------


mimpi juga memberi petanda dalam kehidupan seharian

paling best pasal mimpi yang aku penah alami ni ialah aku dapat tahu soalan gempur PMR. gempur PMR tujuan dia untuk prepare kitorang jawab PMR.
malam before paper esok tu, aku mimpi aku ngah jawab soalan paper BI. muka gaya aku sume lam mimpi sebijik time aku ngah jawab exam tu masa realiti. tapi syangnyer muka aku lam mimpi tu muka aku blurrrr!!. muka tak reti jawab. ah sengal. soalan exam aku nampak. tapi nape la aku tak ingat, kalu tak, leh pagi tu study soalan tu. @#^&*^ erghhh!

then result PMR memang aku cuak giler nak g amik. ketar wei. malam tu aku mimpi dapat 7e. aduh. nages ah. aku tak nak amik kelas sastera masa form four nanti. niat aku nak g maktab. syukur. realiti sebaliknya. amiiin.


--------------------------------------------------------------------------

maksud sesuatu mimpi boleh ditafsir

kecik-kecik dulu aku selalu mimpi hantu. orang-orang muda kata sebab tido tak basuh kaki. bila bangun pagi, aku tengok kaki aku ni ada kesan lebam-lebam. orang-orang muda kata tu sebab "hantu tokak" - bahasa kampungnya digigit hantu. aku pun percaya laa.

pastu satu lagi kepercayaan orang-orang muda ni kalu mimpi dipatuk ular akan ada orang masuk minang.

masa aku darjah empat dulu, sifat kerajenan nak g teraweh tu membuak-buak bak lahar. konon ah ni. aku g dengan member sebelah rumah aku. kayuh gerek cabuk je. krek krek krek. tergedek-gedek aku ngan member aku ni. disebabkan aku budak-budak lagi dan otak masa ni sesuci mutiara, solat teraweh penuh sampai 23 rakaat. masa ni tak tahu lagi boleh buat takat lapan rakaat je sunat.  pikir-pikir balik nape la teraweh yang bulan puasa hari tu aku dah tak mampu wat sebanyak masa zaman kecik-kecik dulu dah. dosa banyak sangat dah kot. beratkan hati kita untuk khusyuk buat ibadah. hmmm.

sambung balik sinetron tadi, pas solat teraweh kat surau rumah aku tu, aku ngan member aku ni pun pe lagi teros g terkam moreh nasi kandar. perghhh memang marvellous ah! pastu terkedek-kedek lagi kayuh gerek balik umah. kitorang bawa tourch light letak lam raga gerek. member aku ni dah sampai umah dia, rumah aku lak kena langkah dua bendang bawu sampai. jalan masa tu gelap. cerah sebab ada bulan penuh je. kayuh punyer kayuh tup-tup aku terkejut sebab aku nampak benda panjang warna kuning batik-batik gitu. tersirap darah aku. ULARRRRRRRRRRRRRRR! cam pelisit aku kayuh nak sampai rumah aku. takot sangat. naseb la aku leh control gerek cabuk ni, kalu tak cium ular lah malam tu.

malam tu jugak aku mimpi ular besar. serius besar giler. dia lilit badan aku. aku lemas. takot tu wajib dah! mak aku teros je amik kayu pukul umar ular tu, amik lempar lam semak.

esoknyer, aku g rumah member aku tu citer kat member aku. satu family dia dengar stori aku nih. gempak weh!

rainbow : weh, ang taw dak semalam masa aku balik tu aku jumpa ulaq kat jalan. malam tu gak aku mimpi mak aku katok(pukul) ulaq tu.

ida : hahhahahah cian weh, yang mak ang p pukui bakal menantu tu buat pa. ha hah ha ha aaaaah ha [sambil tahan perot]

rainbow : tu bukan menantu mak aku la, tu jin ang taw dak!! [bengang giler kena gelak ngan ida.. teros blaaah]



sejak aritu aku asik duk tepi tingkap tengok-tengok luar, takot kalu ada rombongan ramai-ramai mai umah aku. syukur aku belum bertunang lagi sampai ke arini. fuuuuh. dan sejak aritu jugak aku dah tak g surau. takot ular nyer pasal.


------------------------------------------------------------------------------

tapi bagi aku la kan mimpi ni best bila kita dapat apa yang kita hajati atau angan-angan kan, tapi tak dapat di alam realiti. contoh la kan. contoh je taw, ni bukan aku.

ko syok giler ah kat budak kelas ko, tapi takkan dapat di alam realiti sebab kesombongan masing-masing, tapi lam mimpi ko leh pulak jumpa n borak-borak ngan dia. perghh magic kan angan-angan pada sebuah mimpi ni.

so aku pulak nak mimpi masa aku tido malam nanti aku dapat duit sejuta untuk bayar duit ptptn. balance tu buat kawen kah kah kah. berangan la wei. projek ko tak siap lagi neh!!


puk.. teros terjaga dari mimpi!! - ah khayalan semata-mata. boleh lagi aku tulis entri panjang berjela time ngah sibuk ni.

Friday, October 29, 2010

hidung aku tinggi? mancung kot

10 yang simbah cat
semakin aku ramah dengan seseorang semakin aku di cop sombong.

kenapa?

sebab bila sekali aku sibuk, aku tak layan message atau apa-apa saja yang aku rasa leh ganggu konseterasi aku.
tapi sibuk takkan sampai 27 jam kan? menghadap projek assignment sume sampai lebam panda kat mata? mustahil sampai tahap gitu kan?

so masa yang lapang sikit tu, aku guna untuk bertegur sapa kawan-kawan. tak kira lah dengan kawan aku si maya karin tu atau kawan-kawan di alam maya.
selalunya aku jalan-jalan kat blog lah. mangsa pertama yang aku kacau selalunya paklang then mak, zaer and sapa-sapa kat link blog aku tu. dari situ aku jalan-jalan makin jauh sampai aku sesat tak ingat jalan balik. last-last keje terbelangkalai.

masa ni la aku taubat ngan ingat balik azam
tahi itik aku tu - T A K - N A K - M A I N - B L O G -  N - F A C E B O O K

hampeh. aku penipu! tipu diri sendiri lak tu. sebab aku tahu dah aku ni tak mampu tahan godaan. g o d a a n   i n t e r n e t   l a j u.

tu kelemahan aku. tapi kekuatan aku ialah menahan godaan laki-laki hensem haha..

dari dulu sampai sekarang aku heran orang cakap aku ni sombong. aku rasa muka aku ni dah cukup baik n nerd dah.[hidung tinggi tol].   ( " ,)

aku rasa aku tak sombong. cuma dia terasa hati sebab aku tak tegur dia macam biasa. akibatnya aku dilabel sombong bila aku dah kurang tegur n beramah mesra dengan dia. normal. benda ni selalu jadi. aku selalu kena. aku dah lali. cakaplah. aiman dah tak kisah. yang penting aiman dapat menjaga hati orang yang paling penting n paling aiman sayang. eh, rainbow laa.

rainbow tak sombong. tak ada satu nilai pun yang boleh dibanggakan dalam diri rainbow. bakat pun tak ada dalam apa-apa bidang, tak ada gunanya rainbow sombong. sombong boleh menyekat pemikiran dan anjakan paradigma seseorang ke arah suatu yang lebih baik.

sama-samalah kita saling hormat antara satu sama dua yang lain.

rainbow mohon maaf di sini. minggu ni banyak yang rainbow tak puas hati, so maafkan patik ye tuanku.


"sombong ek angah sekarang"

"angah dah tak tegur aiman sekarang.. sombong ek"

"amboi rain, jalan dah tak pandang muka cloudy dah"

"rainbow, wah sombong! xtegur pun"

"kak pizah.. uih jalan xpandang cni pun"

"angah sombong! tak tegur akak dah sekarang"



nah tu dia! antara ayat-ayat sombong kawan-kawan aku cakap n tuju pada aku. sori ah, nick name aku banyak sangat. dalam kampus orang paggil aku angah. lam blog orang paggil rainbow. tapi bila lepas je hujan .. semua akan cakap benda yang sama " tadi kitorang jumpa rainbow. ko suke la tu ek"

mestilah aku hepi.  R A I N B O W tu kan aku. terlalu addict ngan pelangi. sapa-sapa yang jumpa pelangi sila tag aku kat facebook. aku belanja rendang daging hangit sepecial dari RANBOW CLOUDY . he

terima kasih baca dengan khusyuk aku nyer ketidakpuasan hati.

Friday, October 22, 2010

laman sosial : cari jodoh, kawan, musuh

18 yang simbah cat
b l o g,  f a c e b o o k, t w i t t e r .

tu antara laman sosial yang ter femes buat masa ni. tempat cari kawan, tempat jumpa kawan, tempat temu jodoh, tak kurang juga tempat untuk jumpa musuh.



contoh dalam blog,


bagi situasi pertama,
beritney berblogwalking dari satu blog ke blog yang lain dengan penuh ramah tamah dan mesra alamnya, maka ramai lah kacak-kacak datang terjah balik ke blog beliau. borak punya borak, ngorat n ngayat sikit sampai shoutbox tu macam milik depa ja. maka berpautlah hati kedua insan tersebut. kalu jodoh panjang, kawen la kot si cantik dan si kacak tu kan.

bagi situasi kedua,
beritney menjadikan ketagihan berblogwalking ni sebagai satu azimat untuk dia bangun awal pagi. kenapa macam tu? kononnya wifi masa ni superb laju. ramai budak pompuan kat kampus time ni tido kuak lentang lagi. budak laki lak tido secara terjun papan anjal. maka beritney pun gigih berblogwalking sambil tersengih-sengih baca entry blogger otai-otai. kalu dia bangun study agak-agak leh dapat anugerah dekan tak? tup-tup plak di cop 'budak wikipedia',  pergh memang mantap ah kan.

bagi situasi ketiga,
beritney buat entry dan entry dia kononnya menarik ah walaupun bahasa macam budak ponteng sekolah. lintang pukang tatabahasa alasannya sebab dia suka matematik. sebab tu buku hutang sokmo dia bukak.
tapi sayang buah kepayang, tak ada sapa pun yang datang komen entry beliau itu. makin hangen lah beliau dan runtuhlah reban ayam makcik cleaner yang terkena taufan beritney. akibatnya dia bermasam muka sepanjang hari dan tak pasal-pasal marah-marah dekat kucing kafe yang tengah mengawan depan mata beritney. adoh!



contoh dalam facebook,


bagi situasi pertama,
beradpit rasa sangat lapar dan kebulur. dia plak kekeringan idea nak hapdate status tapi dia rasa gedik sangat, maka dia dengan bangganya hapdate status di facebook dengan status "ngah lapa ni huhu". macam wat annouce lak dia lapa. lepas dan makan, sidai lak perot kat atas sofa, dia hapdate lagi status dengan title "kekenyangan. makan ayam cop tadi... ermm dapnyerr". aku yang kebulur ni terliur taw x!! aku marah sebab aku ngah lapar gak ni time update entry ni. huhu[dah jadi cam beradpit daaa]

bagi situasi kedua,
beradpit tulis status pasal ketidakpuasan hati dia pada seseorang. datang lak si ayu jelita kacak sume komen berkaitan status. kalu pada yang sama, orang yang dikutuk terbaca, mau ngamuk sakan. terasa diperli. orang yang kena memang akan sakit hati. situasi ni selalu terjadi bukan sekarang tapi dari dulu lagi. tempat social networking dijadikan tempat untuk melepaskan apa yang terbuku di dada. yep betol, aku pun ada wat benda yang sama tapi kena la tapis ayat dan pikir dulu perasaan orang lain. kalu tersinggung, kan dan tak bertegur sapa, dapat pulak musuh.
lebih-lebih lagi dalam facebook, kadang-kadang banyak benda mengarut-ngarut dan merepek. tapi kita stil layan facebook. sebab apa? .. sebab kerepek itu sedap!


contoh dalam twitter,


sori ah walaupun aku student computer, tapi aku buta twitter. cuma aku nak ulas kes yang sama macam facebook, twitter juga antara tempat erat silaturrahim dan juga tempat menabur fitnah dan bergosip. ingat kes tiz dengan fasha? sume tu bermula di sini. sosial networking web.

berhati-hatilah semasa memandu kereta bila berblogwalking , facebook walking dan twitter tweet.





Monday, October 11, 2010

komunikasi: bercakap dengan dinding batu

20 yang simbah cat
bercakap di telefon merupakan salah satu komunikasi berelektronik yang menggunakan konsep gelombang.
cuma perbezaannya tidak berada di lokasi yang sama dengan si makhluk yang mendengar tersebut.

konsep berkomunikasi di telefon sama dengan konsep berbual secara berhadapan atau bahasa saintifiknya secara bersemuka.
komunikasi memerlukan konsep dua hala. kalau satu hala maka akan jadi konsep bercakap dengan batu-batu dinding bercat putih.

alkisahnya..

komunikasi satu hala :

siaran tidak langsung yang sempat dirakam.
jenab berborak ..

jenab : ko dah makan?
beritney : dah
jenab : makan apa?
beritney : nasi
jenab : lauk pe?
beritney : ikan

hoi! aku bencilah perbualan gini. bayangkan perasaan jenab yang rasa macam dia cakap dengan robocop je. tak de perasaan langsung si beritney tu!
kalu ko tak nak cakap, cakap lah ko sibuk. tak payah layan.
kalu ko datang bulan pun gitaulah ko tengah segugut.
takdelah aku nak makan hati dengan ayat bulan ko tu.

kalau message dalam telefon pun sama jugak. pantang betol dengan makhluk-makhluk yang suka balas message satu patah je.

text : ngah stdy ke?
reply : x

tolonglah. tak reply message sekurang-kurangnya tidak menyakitkan hati sebab mungkin kita bajet dia sibuk atau buat-buat sibuk duk menyibuk sana sini.

cubalah masa berborak tu beramah mesra sikit, tanya macam-macam pasal diri dia. ajak dia berborak. si penanya tu pun jangan tanya soalan remeh sangat.

komunikasi dua hala :


perbualan jenab yang mesra alam

jenab : ko dah makan belum. aku nak g kafe ni. jum join.
beritney : aku ngah lapar ni. tak mandi lagi. tunggu aku sat. kol 12.00 kita g kafe

ni antara contoh komunikasi dua hala yang tidak menyinggung mana-mana makhluk sebab terlebih mesra alam.

ada yang membantah dengan cara komunikasi aku ni?
terpulanglah. kalau tak suka aku jangan message aku, jangan call aku.

bagi aku komunikasi ni mengeratkan silaturrahim. memupuk kasih sayang dan rasa saling menghormoti antara dua pihak. kalau ko nak tak nak je jawab call, nak tak nak je reply mesagge, jangan jawab call, jangan reply message sebab ko akan tambah dosa bila orang di sebelah sana sakit hati dan maki hamun ko. kalau dia penyabar macam aku, tak pe la kot. tapi kalu dia pemarah macam aku, dia pun akan badmood dan datang bulan TIBA-TIBA!

so, watch out your mouth when answer the call and watch your text writing when send to others. if not, someone will hava heart break.

/* jangan tertipu dengan ayat macam singan nak telan unta tu. aku marah pun. bengang sikit je*/
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template