Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Thursday, June 20, 2013

em el em

8 yang simbah cat
setiap tindakan yang kita lakukan tidak semuanya benar pada mata orang walau pada akal kita ia benar. hanya mereka yang merasai dan melalui sendiri tahu menilai benar salah, baik buruk.

tersilap langkah dalam percaturan hidup bukan bermakna tamatnya perjalanan. perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. langkah pertama manakah yang sempurna tanpa pincang? hey kawan-kawan! ini dunia. tempat ujian. bukan syurga tempat ganjaran setelah berjaya dalam ujian.

aku berkesempatan bersama dengan satu komuniti hampir dua minggu sahaja. aku merasai apa yang tidak pernah aku rasai selama ini. aku melalui apa yang tidak pernah aku lalui selama ini. aku seronok sebenarnya bersama mereka kerana aku banyak belajar tentang masa depan, perancangan hidup, impian dan duduk bangunnya seseorang dari bawah sehingga ke atas. ya! hampir semuanya positif mengenai hidup.

sayangnya impian disedarkan dan langkah disekat dengan satu tamparan hebat oleh dua lagi sahabat aku yang sentiasa bersama susah senang dalam mengharungi madu hempedu bergelar pelajar master. mereka menyatakan apa aku buat, apa aku lakukan ini adalah tidak tepat masanya, tidak kena caranya, tidak betul kaedahnya. "Ini em el em (M.L.M)!" jerit seorang dari dua sahabat tersebut "Apa yang ko buat ni salah, Rain!" "Cermin diri dulu sebelum nak buat!" "Banyak masa ko korbankan untuk benda tu sampai abaikan tugasan"

hebatnya kuasa tapak tangan yang hinggap di pipi segebu preity zinta ini menyebabkan impian aku terus lari menyembunyi dengan langkah seribu. aku diseret. aku diheret. aku digenggam tidak dibebaskan agar aku tidak lagi ke komuniti itu. hubungan aku dan komuniti diputuskan dengan memisahkan telefon jauh dari aku. rampasan hak berlaku depan mata aku. tapi adakah aku akan label mereka berlaku kejam terhadap diri aku? mengapa mereka melakukan demikian? hilang akalkah mereka? bencikah mereka pada aku?

t.i.d.a.k!

mereka sayang akulah mereka peduli akan apa terjadi. tika itu aku merasai diri seperti adunan kek yang dibentuk oleh acuan. merasai seperti bola yang dibaling sesuka hati. tekanan hanya aku rasa. perasaaan itu hanya aku yang alami. jangan curahkan simpati kerana aku perlu bangkit bergaya dengan harga diri.

ya! master aku prioriti. pendidikan aku jati diri dan kejayaan aku maruah keluarga sendiri. maka aku korbankan aset yang dicari dengan dilindungi oleh dua sahabat ini agar orang komuniti tidak lagi mencari.

tidak pernah aku terfikir untuk menghilangkan diri tapi ini semua berlaku dengan drastik.

aku memilih sahabat bertiga dengan prioriti pada pendidikan. komuniti itu mungkin kelak aku kembali.... mungkin. mungkin. mungkin. namun hakikatnya komuniti itu mengajar aku keyakinan diri mendepani ujian dan tak usah goyah dengan halangan dan sekarang aku rindu akan mereka dan rindu akan orang di sana.

mungkinkah aku akan pergi lagi sekali?

Sunday, June 16, 2013

ayu sangat

6 yang simbah cat
teks tiada ekspresi yang dapat menggambarkan mimik muka tapi teks akan punya perasaan kalau menulis dari hati. jujurnya aku semakin berterus terang berbanding dulu. bila bercakap, bila berchat aku tak ada itonasi dan mengayat dengan "hehe" "huhu" "haha". untuk seorang perempuan, bila direct macam ni kadang-kala disalah erti dengan anggapan "eh garangnya minah ni". "bapak ah tegas". tegas tak tegas. aku masih wanita ayu kah kah kah.

Saturday, June 15, 2013

copyright

6 yang simbah cat
awal blogging memang aku punya semangat macam ombak besar yang mahu menelan pantai. aku menulis dengan gembira. menulis kerana mereka. sekarang dan kini aku tak peduli orang kerana aku menulis untuk aku. perubahan dari segi penulisan memang banyak merubah dari penulisan hiburan lebih kepada semakin peribadi. bila aku banyak menulis untuk menghibur banyak gambar aku letak. dulu tak fikir habis-habisan untuk meletak gambar sendiri. tak fikir panjang sebab akibat, dan kini aku rasa kesal. sebab utamanya aku tak mahu diketahui identiti. tak boleh salahkan pihak yang mengambil tapi salahkan yang memuat naik, yeah, salah aku. hampir kebanyakan entri lama aku hapus terus masuk dalam tong sampah.

jika dulu menulis untuk menggembirakan mereka, kini aku tulis untuk meluahkan rasa sedih aku. rasa gembira? aku tidak kongsi kerana kegembiraan tidak dapat aku gambar kerana senyuman itu tulus. kesedihan aku tulis agar satu tahap yang tepu aku private teus blog untuk diri sendiri.

Friday, September 14, 2012

jalanan

20 yang simbah cat

11:37pm

di kanan berliku
di kiri pucuk paku

jika di kanan aku lalu
di kiri pula aku tinggal begitu

susahnya di kanan aku yang tahu
di kiri pula dipandang sekilas lalu

baru pulang dari kelas penulisan akademik 1
pensyarah ajar bahasa yang betul dan tepat untuk ditulis dalam penulisan akademik,
tapi di sini saya aplikasi bahasa emotif dalam pantun, boleh kan?

moral pantun :
susah lebih baik dari senang, jika susah kamu akan menilai diri, jika senang kamu lupa diri!

Thursday, September 13, 2012

motivation and be creative

24 yang simbah cat
these are not advertisement. these are motivation to start the day with full energy like drink a milk with full cream :D

nak berbahasa arab tunggang langgang, just speak English. Thursday is English Day in my Villa wakaka


lets make something fun and creative for someone you love and care about. i will post this to my Mak at Kedah. (ceq rindu!)


i will not make this pillow but  i change it with making card but still using the same idea.


Tuesday, September 11, 2012

kemalasan di katil

30 yang simbah cat
aku lapar dan aku hanya guling di katil
aku rindu dan aku hanya sendu di katil
aku marah dan aku hanya sembam di katil
aku risau dan aku hanya menung di katil

lalu katil bersuara "bangunlah kau sebelum aku gulung, dan kapankan kau dengan cadar putih ini"

Monday, September 10, 2012

bumi ilmu ini dipijak memulakan pendakian

14 yang simbah cat
7.30am

keletihan dan kecuraman mendaki cerun bukit tidak menggoda mata untuk lelap. perubahan tempat tidur lebih menguasai suasana mata untuk terus celik merenung masa depan.

aku merenung kipas yang bising. lampu yang malap namun bilik tidak gelap.

satu demi satu ujian dihidangkan pada aku semalam. ujian-ujian lepas yang lebih perit membuatkan hati aku terus memujuk untuk terus bersabar, jangan melatah. pasti akan ketemu sesuatu yang baik di hujung nanti. pasti.

ya, pendakian dari kaki cerun hingga ke puncak aku bertemu seseorang yang menanti aku sebagai teman bilik. keramahannya. kehangatan layanan mesra dan riang menyuntik suatu vaksin agar aku terus bertabah di bumi ilmu.

sudah dicatitkan jadual aktiviti harian, mari mulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...

#anak mana tidak rindukan ibu. anak mana tidak menangis dalam diam mengenang kejauhan keluarga. ibu mana tidak risaukan anaknya.

#ukm sangat berbukit. azam menambah berat badan nampaknya berkubur lagi. heh!

Wednesday, September 5, 2012

anak-anak yang memahami

11 yang simbah cat
selama kat rumah aku memang manjakan sangat-sangat anak-anak aku. masa ni la nak bagi sepenuh perhatian dan kasih sayang kat depa ni.

adik sampai naik rimas tengok aku duk cium manja anak-anak aku sampai la dia ugut "siap la pas kak pizah balik sana nanti, kucing ni nak buang kat market"

hang tengok muka aku ni...... ada aku kesah?

hahaha, ok belajar 'ada aku kesah' tu dari boboiboy. so salahkan tv!

saya Kentoi. mama pijah selalu paksa saya makan biskut. pe kes!!
nama panjang saya Comei. nama manja plak Kenit. Abam Ais kata saya  macam pondan huhuk
biasanya aku jarang cerita apa-apa hal personal pada famili. masalah yang melibatkan hati dan perasaan memang aku tak kongsi. pernah satu hari aku dah tak tertahan dengan beban rasa, aku peluk kucing seerat mungkin dan luah apa yang aku rasa di hati. basah pipi dengan hujan yang turun tanpa petir dan guruh. 

anehnya masa aku pandang mata kucing dengan lenangan air hujan, dia seperti memahami lebih dari manusia memahami sesama manusia.


Tuesday, September 4, 2012

makanan di bawa pulang ke asrama

13 yang simbah cat

cuti raya sakan dah nak habis. bila nak balik ke asrama semula, bagasi perempuan biasanya lebih meriah kerana bekalan makanan yang turut dibawa pulang dari kampung halaman. sebagai contoh : AKU. hihi. sila jangan tanya aku sekolah asrama mana.

aku suka betul dengan menu makanan tiga dalam satu. mudah, jimat, kreatif dan inovasi. (perkataan inovasi tu sempena assignment yang tak sudah-sudah) selain tu budak asrama ni memang suka jimat cermat. tapi nampak tudung, blous cantik-cantik terus hilang jimat!

antara menu selepas hari raya yang AKU selalu bawa balik ke asrama :

1. sambal ikan bilis kering

hah lejen ni! aku siap dapat tempahan lagi. kawan yang order tu pesan "aku nak yang mak hang buat, bukan hang tau" majuk betul aku lepas tu!

sambal ikan bilis ni boleh makan dengan
- nasi (wajib)
- roti (aku hantu segala jenis roti)

*ikan bilis kering ni lebih tahan lama ada la dalam seminggu. kalau yang tak gemar kering sangat, bagi ada kuah sikit-sikit saja tapi mungkin bertahan 3-4 hari ja tanpa di panaskan. masa di terengganu dulu, aku akan beli nasi putih dan roti saja. kalau rajin sayur sikit. kemudian tak keluar ke kafe 3, 4 hari. aku pasan abang kafe macam rindu aku. percayalah penipuan aku ni.

2. sambal daging kerisik

idea asal menu ni tercipta dari aku. bila adik-adik suka aku mula la buat-buat rajin, selalu masuk dapur konon kakak yang baik dan bertanggungjawab. entah macam mana suatu hari yang hening aku malas sangat masak dan mak aku buat menu ni, lebih sedap dari aku maka sejak itulah aku mula manja-manja suh mak aku masak tiap kali nak bawa balik asrama. alasan terbaik "nak rasa air tangan mak!"

*yang ni aku makan masa hari pertama sampai asrama.lagi pun daging kerisik ni tak tahan lama sangat. alang-alang dah penat, makan terus sebelum kemas-kemas bilik. tak payah nak susah payah turun ke kafe.

3. nasi berbalut daun pisang

nasi bukan sebarang nasi. nasi berbalut daun pisang. kalau aku tunduk hadap ni, bila panggung kepala automatik ramai kawan-kawan senyum-senyum manja di samping aku.

*memang meningkat 100% selera bak hang.

4. kuih raya

ini wajib sempena raya. kalau kat rumah dah habis licin, akan buat semula. tak beli. biskut samprit, mazola, karas. kuih tradisi kedah ni. aku paling suka baulu. cicah baulu dengan air seperti nikmatnya aiskrim di kala tengah hari.

*kuih raya ni biasanya dicari bila tengah-tengah malam. dingin pagi layan kuih raya rasa macam duk perantauan seberang laut ooo. sayu huhuuu.

tu je kot. aku tak letak gambar, tak mahu ada yang kelaparan kerana fokus utama aku kat sini nak nyatakan air tangan ibu itu yang terbaik. tersedap. peluk cium mereka sementara kita masih mampu menatapi mereka jangan tunggu di saat kita meratapi mereka....


Monday, September 3, 2012

"tolong mandikan"

12 yang simbah cat
mengeliat ke kiri. alih ke kanan.

"aduh, awat panaih sangat nih"

tiada respon. hanya bingit tv bersuara.

"slownya kipas, bukak la kuat sikit"

tiada respon. hanya bingit tv bersuara.

"huuu.. panaihnya! ngantuk. malas la mandi. awal lagi"

tiada respon. hanya bingit tv bersuara.

"panaih! tapi nak baring lagi. sapa nak tolong mandikan"

respondan (bukan pondan): "hoiii. ingat orang mati ka nak tolong mandikan?"

grrr. respon yang tak dijangka.
Jenab terus bangun menyejukkan dirinya selama setengah jam di bilik air.
mandi, bertafakur, insaf.

#kalau cuaca panas selalu gini, bil air boleh merah ni!

Saturday, September 1, 2012

tikus dan ambulan

13 yang simbah cat

mood : kenang semula

tikus dan aku memang musuh ketat. yela, bukan binatang peliharaan kan. sah-sah la musuh. memang tak kan pernah hilang perasaan takut dan trauma aku macam mana kena gigit dengan tikus tahun lepas. bukan sekali dua, tapi hampir 5 kali. sampaikan aku ngigau dan berjadi manusia nomad di rumah sendiri. bertukar bilik tidur sampai aku menggigil dalam selimut. dah macam nampak hantu. lampu dipasang hingga ke subuh hari, bimbang tikus datang gigit. tikus kan gemar dalam gelap-gelap ni.

satu benda yang aku hairan sampai ke hari ni, tikus macam kejar aku. kalau tak datang menggigit jari kaki aku, dia menonjolkan dirinya dari jauh seperti memerhati. ah sudah! semacam mengorat la pulak. dah tak ada jejaka nak ngorat gamaknya, sampai binatang je yang ada nak pikat aku? =.= (belum masuk cerita kera lagi ni)

kadang-kadang terbawa-bawa hingga ke mimpi, mengigau jadinya. yang tak kena tak faham barangkali kengerian aku ni.

klimaks cerita tikus apabila aku diserang hypentensi dan dibawa naik ambulan ke wad kecemasan hospital sultanah bahiyah. masa tu aku dah bayang ajal menanti. terkenang segala dosa-dosa aku yang tak terampun. Allah, banyaknya aku leka dan lalai padaMU. tragedi tak berbau ini berlaku masa aku di Telekom Alor Setar. kecoh! agaknya aku masuk buletin TM.

aku ditahan sekejap cuma, sempat la juga aku kenyit mata pada paramedik laki yang kacak tolong aku. hihihi. percayalah. keluar je wad, aku tengok tak ramai yang bersimpati sangat, tapi yang ramai gelakkan aku ada la. adoiii. lawak sangat ke muka aku? jadi bahan beb. tapi bagus juga, aku pun bajet sihat supaya tak ada mulut nakal nak usik.

sekali sekala aku pergi lawat staf telekom. rindu. topik tikus tak kan luput di ingatan mereka! grrr..

#minggu ni last di kampung, akan balik semula ke bangi, nak pergi jenguk telekom ke tak?

Tuesday, August 28, 2012

zon selesa tegar untuk berubah

9 yang simbah cat
pernahkah anda bila dalam keadaan mood bekerja yang penuh semangat dan diberi tugasan yang pelbagai namun masih dapat disiapkan dalam masa yang diperuntukkan? penat seperti tidak terasa, lelah seperti menghilang. sebaik sahaja semua tugasan siap dan dibenarkan untuk berehat dengan berbaring selesa di sofa atau tilam empuk, tiba-tiba sahaja letih, penat, lelah, lenguh datang menjengah dan seperti mahu kerusi itu berubah menjadi Ogawa. mengurut dan memicit agar segala urat kendur selesa. SEBAIK sahaja dapat berbaring dan berhenti dari bekerja, badan mula malas dan tidak mahu menurut arahan andainya diberi tugasan lagi.

terbalikkan keadaan dan situasi di atas dengan melihat pada keadaan saya yang selesa beristirahat di Istana Sungai Limau, Kedah dengan menikmati santapan Diraja penuh beradap dan enak-enak sambil dihiburkan dengan liburan nyanyian dari sang Tivi. gulai ayam yang pekat, sambal petai yang enak, bihun sup utara yang memikat dan apa sahaja yang terpikat pasti hati setia tertawan tidak mahu kembali pada kekasih di Bangi.

kahkahkah kemain berdrama di tengah malam ditemani nyamuk bendang! aaah........! menghitung hari bersama keluarga di kampung. hidup tidak bisa selesa selalu. mahu berjaya tentu ada pengorbanan untuk dilalui. aku akan kembali ke Bangi! terusan dengan perpustakaan. (sembam muka ke meja, hidung terpenyek!)

apakah akan ada raya selepas ini yang ceria dan selapang raya tahun ini, 2012.

Thursday, August 16, 2012

nak juga ucap selamat hari raya 2012

11 yang simbah cat

akak-akak dan abang-abang yang ada terasa dengan adik Rain, saya pinta sejuta kemaafan. betul-betul minta maaf..

semoga Ramadan 2012 ini yang terbaik antara tahun-tahun yang telah kita tempuh. semoga raya disambut dengan penuh kemenangan oleh seluruh umat Islam. menang dalam memerangi nafsu.
gambar  yang asalnya diedit masa musim Ong Bak Rindu melanda Malaysia

ini je gambar yang ada dalam koleksi. yang lain dah hilang. photo editor paling canggih yang ada sekarang ialah Paint.

pecah gelas pecah cawan
lepas baca jangan meroyan
gambar sekadar hiburan 
sesama kita sebagai kawan-kawan

Friday, August 10, 2012

gotong tanpa royong

8 yang simbah cat

kicau burung berebut pasangan di bulan puasa ni membingitkan telinga sensitif aku. mata bundar dan muka ala heliza ini terus bangun dari katil separa empuk lalu menuju ke tingkap menguak pintu. angin menerobos masuk mencium pipi.segar. ciuman angin tidak menggoda naluri. cuma hawa pagi ini sedikit panas walaupun mentari suam-suam dengan jerebu yang semakin merebak.

hmm. menghirup udara sambil pejamkan mata dan melayangkan fikiran suatu yang indah aku kira. apa projek aku hari ni? mood baik pagi ni. sambil senyum simpul aku turuni tangga. menuju laman hadapan.

wah wah wah. enak pulak kucing aku dua ekor ni tidur meniarap. mereka selesa di pembaringan atas kerusi. tangan aku lekas mencapai penyapu. dihayun kiri kanan. disapu kanan kiri. siap menyapu lantai!

masih berfikir dan sambil senyum simpul. mood baik ni. aku ulangi kenyataan itu. lalu penyapu cakar dipegang dan daun-daun dikumpul ke tempat bakar sampah. sreett sreet kiri. sreet sreet kanan. siap dedaun bertemu di pembakaran.

tika inilah adik-adik aku muncul dan sepenuh kuasa veto yang ada aku agihkan tugas gotong royong secara paksa rela pada mereka. yang bongsu kena tanam benih durian. sambil aku senyum simpul membayangkan akan menuai hasil durian untuk generasi cucu aku kelak. kih kih kih. aku senyum dalam angan.

sorang lagi adik aku kerahkan cabut rumput-rumput. seronok pula jadi kakak bila tiada yang membantah. aku senyum simpul lagi sambil berangan cucu cicit aku kelak yang bahagia dengan neneknya ini. kih kih kih.

sambil melayan kucing-kucing aku mencapai pula cangkul untuk menebas. tiba-tiba adik aku bersuara " JOM BASUH MOTOR ABAH " . aku sekuat hati jawab " jom jom. "

dan kelihatannya selepas motor sedia di hadapan bilik air luar rumah, masing-masing berlagak meneruskan kerja. aku pura-pura sibuk pegang cangkul untuk tebas, yang bongsu bajet sibuk masukkan benih dalam plastik beg dan yang bising nak basuh motor tu diam dan meneruskan langkah ke dalam rumah.

motor itu tunggal dalam kekeringan. tidak dibasuh oleh adik beradik yang bising tadi. dan sebentar kemudian motor kering dinaiki semula oleh abah aku yang siap mandi untuk ke kedai. kami bertiga diam sepi.

aku semakin kukuh yang mood baik aku pagi ini hanya untuk gotong-royong halaman bukan membasuh. cesss!

Sunday, August 5, 2012

model kaki gunung jerai

10 yang simbah cat
sebagai model yang berjaya, haruslah ceria atau pun muka makan gambaq oqang kedah cakap. meh aku tunjuk model paling sedih pernah aku lihat.

remove pic

gambar yang diambil pada akhir tahun 70-an. berlatar belakangkan rimbunan hijau pokok di kaki Gunung Jerai. sumber gambar diambil fotografer annon. gambar ini diedit bagi melepaskan gian kerana laptopnya yang punah dimamah usia menyebabkan segala perisian turut lingkup. gambar ini diedit cuma menggunakan Microsoft Office Picture Manager.

model sedang merenung masa depan sambil teringat menu untuk berbuka.

sekian.

ini entri testing dan recycle bin.


#khabarnya model tersebut kini telah berusia lingkungan 60-an namun ajaibnya wajah awek-muda yang tidak-tua.

Tuesday, July 31, 2012

selamat hari lahir yang diingati

13 yang simbah cat
lama aku renung ruang putih berkotak 'new post' hanya demi mahu bicara hati difahami dia. mahu karang cerita aku tidak petah dan lancar untuk itu berbanding dia yang hebat dalam dunia tulisannya. 

dengan dia aku kelu. lidah tidak bertulang seperti dipotong pendek. hilang kata. hati becok monolog. bukan debar. tidak! bila temunya aku lagak biasa. cuma bila dia tiada aku keliru. keliru kerana kurangnya bicara antara kami kadang-kala.

kurang bicara pun banyak enaknya. kurang selisih faham namun itu kemungkinan bertukar ke salah faham. 

beza antara kami menjadi satu keistimewaan. persamaan antara kami menjadi satu titik laluan. kesabaran selalu menguji jika dalaman tiada kekuatan dan malam ini aku menanti detik lahirnya dia dua puluh dua tahun yang lepas.

selamat hari lahir yang diingati!

setibanya puasa tahun ini, dan ini pertama kalinya blog dijenguk setelah ditinggal dengan entri rama-rama.

pinta kemaafan, kurang bicara kadang-kala ada baiknya dari terlajak bicara. salam ramadan semua.





Sunday, July 22, 2012

puasa universiti #1 | ketam masak lemak

9 yang simbah cat
"mekkk!!! cepat mek! dah lewat ni weii" Izzah menjerit dari atas tangga luar bilik aku. memang suara dia menggegar perut aku.

aku tengah melantak lagi masa tu. tengah kekah ketam masak lemak. mahal tu. disebabkan aku beli pakai duit, aku nak ratah sampai licin. kalau beli pakai air liur, tarak hal.

"halamak, mek zah dah panggil." hati aku sempat membahan Izzah. kami akan berterawih di masjid UniSZA. naik bas ke masjid. berebut-rebut kadang-kadang. mahu tempat duduk dalam bas walaupun jarak tak ada la jauh sangat. masjid UniSZA sangat cantik secara personal bagi pandangan mata aku. harap ramai lagi yang setuju.

"sat sat! sabaq" aku membalas jeritan Izzah sambil kalut-kalut berus gigi dan basuh tangan. peh bau ketam!

aku capai telekung sambil lari-lari anak dengan Izzah. kejar bas.

"sorry wei. aku ratah ketam tak hengat terawih hihik" sengih-sengih aku minta maaf kat Izzah.

"hang memang!"

mujur la ada lagi bas. penat gak lari-lari gini pas berbuka. silap-silap isi ketam terkeluar terus dari rektum!

masa ni kebetulan dalam bas jumpa lagi dua tiga orang member kelas. Kak Iqa, Ejah, Maj, Kak Uda.. masa ni aku pun dah ingat-ingat lupa sapa lagi yang ada. tak pasti Alang ada ke tak?

dah jumpa geng kelas ni memang riuh la borak. gosip pasal makanan mesti masuk punya. aku terus teringat pasal ketam yang aku makan tadi. tengah sedap melantak, kena potong stim! masa tu roomate aku pun join gak setangan kekah ketam. sedap! aku sempat lagi tutup ketam masak memak tu dengan surat khabar.

sampai masjid. solat isyak berjemaah dan terawih. selesai terawih lapan rakaat gegas keluar untuk naik bas. ini memang senaman bulan puasa!

turun ja dari bas, suara ketam macam panggil-panggil nama aku. laju siot aku lari masuk bilik.

dan semuanya telah berada di pengakhiran.

arwah ketam telah selamat dikebumi cerna dalam perut roomate aku! satu pun tiada tinggal. dan aku pun ketawa berair mata mengenangkan rezeki ketam setakat magrib tadi cuma. 

roomate roomate. ketam tu rezeki hang rupanya! aku telan liur malam tu. kurma Yusof  Taiyoob sahaja pemanis hati. tsk tsk tsk.


#imbasan kenangan puasa dan terawih semasa di tahun empat semester satu di UniSZA 2010. semester akhir di universiti sebelum  kami sekelas menjalani latihan industri selama enam bulan.

#dedikasi khas untuk teman sekelas Batch 2 Sains Komputer Pembangunan Perisian UniSZA. rindu semua.

masjid UniSZA 
bukan koleksi simpanan aku.

Monday, July 16, 2012

doakan kesihatan

17 yang simbah cat
doa kesembuhan dan kesihatan saya makin baik.

rasa tak terdaya hari ke hari.

-hafizah-

Tuesday, June 26, 2012

lelah nafas

9 yang simbah cat
kah kah kah!
hampir-hampir lupa pasword blog.
tu baru 8 hari tak jenguk.
kecoh!

aku pun tak tahu apa fungsi kewujudan aku kat blog ni
macam tak memberi apa-apa manfaat
sekadar menjengah meluah rasa

tapi sekarang aku dah berhati besi
tiada rasa lagi
paling ketara aku sudah sukar menangis
dah habis kering agaknya kolam

dia tak peduli pun
aku berasa masam masin manis pahit
tawar sekali pun dia tetap tidak peduli
sehinggalah dia akan menemui pusara aku nanti

kini
aku punya rasa sedar
mereka yang mengidap asma
betapa merasa yang Izrail seperti hampir menarik nyawa
setiap kali lelah mereka meragut nafas
hampir terlantar aku kaku seperti itu
hampir hampir hampir
dan maut itu selalu disisi
tidak jauh menepi

Saturday, June 16, 2012

jerebu dan emergency

12 yang simbah cat
bila jerebu masuk hari kedua lebih teruk, mula rasa sesak dada. nafas pendek. dan automatik terkenang tahun lepas masuk emergency kejap. ya Allah keadaan tak terduga kadang-kadang kita boleh diambil nyawa. sangat takut.

tarikh hampir sama. cuma beza tahun :'(

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template