you wanna wait for a perfect person, you ain't for nobody. useless. we are different. why? to complete the puzzle. just accept the different, fill in the blank, and you will see the happy ending. but nothing is easy. ready for challenging times!
complete the puzzle and bingo!
Showing posts with label renungan. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013
Friday, June 21, 2013
bebanan yang selayaknya
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.
(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami ke atas kaum yang kafir."
(al Baqarah: 286)

label
renungan
Monday, June 17, 2013
jatuh dan bangkit!
mereka yang berjaya semuanya pernah jatuh dan luka. walaupun jatuh, mereka tidak duduk di tempat jatuh dengan lama kerana itu tidak mengubah apa-apa melainkan mereka jatuh dan cepat-cepat bangun semula dan mereka semakin mengerti bagaimana untuk berhati-hati agar tidak jatuh lagi pada perjalanan menuju kejayaan seterusnya.
jadi, jangan jatuh lama-lama, bangun ubati luka dan teruskan hidup.
ayuh!
label
renungan
Thursday, October 18, 2012
putaran roda hidup
hidup seperti gerakan roda
roda bermakna apabila bergerak
bila berhenti tandanya bocor
bila berhenti tandanya tidak diguna
hidup perlu gerakan
gerakan membawa perubahan
dari perubahan mereka belajar
dari pelajaran mereka hidup
jangan mengejar, tapi bergerak.
kejar meletihkan, bergerak membawa diri sampai tujuan tanpa kepenatan.

Sunday, September 23, 2012
kesibukan dunia
aku lihat dada langit. kelam. hitam... lalu tertutup mata aku. maka gelaplah isi dunia yang membawa bersama keletihan dari kesiangan. selamat malam. moga esok masih bernafas untuk meneruskan kehidupan.
penutup : " jika dosa itu berbau, nescaya aku tidak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesan orang kerana dosa-dosaku. "

Saturday, September 8, 2012
kampung : realiti lelaki tua ; fantasi pemuda
dalam kehujanan yang mengasyikkan mata, selimut diperhatikan penuh kemanjaan. mata terus beralih ke jendela sebelum tilam terus menggoda.
sayup mata memerhati seorang lelaki tua berjalan separa gagah meniti batas sawah. cangkul dipikul ke bahu. dalam kehujanan dia menunduk bongkok tidak peduli apa pun yang menghalang. luarnya tua, dalamannya gagah perkasa. semangat kentalnya seperti perajurit di medan askar. berjuang demi hidup.
anak muda di pembaringan, lelaki tua di hujanan.
seorang di alam mimpi, seorang merentasi realiti.
seorang panjangnya fantasi, seorang mencari rezeki.
seorang mempertahankan kemerdekaan, seorang yang pernah berjuang mencapai kemerdekaan.
bezanya pengertian senang bila hidup di zaman susah.
kentalnya semangat dan kudrat lelaki tua.
kuatnya dengkuran pemuda menganyam ketupat mimpi, bangun cuma mahu sesuap nasi dari lelaki tua yang keluar mencari rezeki.

Friday, August 31, 2012
see your relationship with Allah
wanna say something but i have no right idea. years before, i love math because its simple, just problem solving. no need to read a lots. understand the concept and solve the problem that always repeat the same question.
now, today, i feel like the problem will kill me. i cant breath smoothly. and i think solve the math is hard than reading a book without thinking.
yeah, my problem now, i cant think!
just now, i open my twitter and i see the text " when u in stress, flashback and see your relationship with Allah "
astaghfirullah al azim.

Friday, July 6, 2012
tentukan matlamat harian
benda semulajadi semacam punya aura yang membangkitkan semangat bukan?
ion-ion positif lebih banyak tersebar
jumaat yang barakah
senaraikan apa yang akan dilakukan hari ini
penuhi matlamat tersebut
semoga hari kita lebih terisi dengan kerja yang baik
:)
#seperti hilang madah kata pula. salam jumaat sahabat :)
label
renungan
Wednesday, July 4, 2012
sebelum nafas terhenti
ada yang merajuk?
maaf.
:)
saya hanya mahu lihat kamu senyum sebelum saya pergi.
punya fesbuk, tuwiter, gugelplus tapi saya rasa kosong
lalu saya ke sini
melihat warna-warni dunia dan keindahannya sebelum menutup tirai mata
di sinun yang dinyatakan itu saya tetap sendirian
namun saya bahagia
terisi kekosongan dengan indahnya warna
sibuknya dunia.
rasa mahu menenangkan diri.
sakit itu ujian. bertabah sebelum dijemput.
al-Fatihah buat arwah seperjuangan kita saudari lieyna

Thursday, June 14, 2012
Sunday, June 10, 2012
saya berpendapat
saya berpendapat
lelaki berkulit sedikit gelap lebih maskulin
saya berpendapat
saya perlu kesabaran tinggi dalam berhubungan
saya berpendapat
mereka yang hadir di sini sangat penyayang
saya berpendapat
saya perlu makan banyak
agar bisa bekerja keras menghasilkan pendapatan
bukan sekadar bercakap tentang pendapat
yang tiada kesudahan

semalam telan ubat cacing, selepas 6 jam saya berdoa agar anak-anak ini selamat disemadikan.
terima kasih sudi menetap dalam perut mama. muaahahhaha
label
renungan
Sunday, March 25, 2012
ada maruah dan integriti pada nama
dahulu kiranya aku lebih mengikut. apa kehendak mereka turuti.
hati yang bentuknya pepejal namun sifatnya umpama cecair yang berubah-rubah perasaan apatah lagi masa yang tidak punya jirim dan sifat.
tegas, garang aku tidak mahu lagi disakiti. ah perit menelan janji orang. jangan kamu sesekali guna nama orang tanpa izin.

Saturday, March 24, 2012
aku tenang dalam zikir alam
merdunya siulan burung yang bebas terbang itu merupakan zikir. alam yang tenang hijau dalam rumpunnya itu turut berzikir. zikir kepaadaNya memberi ketenangan. ingin aku bermesra denganmu duhai alam. aku mahu ketenangan. aku mahu sentiasa mendekatiNya kerana jiwaku terasa lapang dan tenang. hanya kepadaMu aku merasa itu semua.
label
renungan
Monday, October 31, 2011
tudunglah makanan itu
apa perasaan kamu jika sedang lapar kemudian ternampak makanan yang mengecurkan liur sehingga mata tak berkedip. teringin sekali mahu mencuit dengan jari dan menjilat bukan?
tapi sayangnya hanya mampu menahan nafsu makan sebab itu gambar semata-mata.
haha.
sangat bengang bukan?
ya aku merasainya sebab aku pun geram sekali dengan mereka yang sekadar menjemput aku untuk MELIHAT. (sebenarnya aku yang terlihat). tapi mereka juga yang menayang bukan?
disebabkan makanan itu sedap, ramai yang melihat kerana sangat memikat hati lalu memerangkap beberapa mata untuk memandang, menghidu dan menyentuh.
makin lama terbiar makin terdedah makanan yang enak itu sehingga mengundang jejaka kacak seperti LALAT untuk datang menyedut dan menghisap.
apa kamu akan benarkan makanan sebegitu enak diragut oleh lalat kerana kamu sendiri yang rela mendedahkan makanan itu?
aku pun loya untuk melihat.
TUTPLAH MAKANAN KAMU DENGAN TUDUNG AGAR TIDAK DIHINGGAPI LALAT HIJAU YANG GATAL. TUDUNG SAJI PUN BISA.
tempah dengan aku okey :)
kamu faham bicara ini?
*aku pening lalat. ayat memalukan je. dah la pas raya ni nak exam SPM :P

last mamam nasi goreng USA masa aku duk oversea dulu. heh (nipu je kejo)

Tuesday, August 2, 2011
hakikat : wanita lebih banyak bercakap
label : serius weeii
selalunya kita lihat wanita lebih banyak bercakap
berbanding lelaki.
bercakap tanpa henti.
tiada noktah apatah lagi
koma dan titik bertindih.
sambil tengok TV sempat lagi memberi komen dan mengambil alih tempat sebagai 'pengarah tak bertauliah'.
baru sahaja balik dari kerja boleh pulak menceceh dengan kawan baik yang satu ofis.
bergayut dan bergosip sampai berbuih air liur.
ini kerana wanita cenderung bercakap untuk melepaskan beban masalahnya kepada orang lain,
bukan mahu mencari penyelesaian mahu pun rumusan terhadap masalah itu.
hakikatnya memang begitu otak wanita bekerja sehinggakan jika ada lelaki yang suka bercakap dan bergosip, orang akan segera menegur dan melabel 'hey hang ni macam perempuanlah'.
jadi wanita tidak mampu menyimpan maklumat, satu-satunya ruang mengenepikan masalah adalah dengan cara bercakap tentang masalah tersebut.
banyak bercakap ini punya kelebihannya tersendiri. wanita selalunya menggunakan peluang bercakap untuk membina hubungan dan berkenalan.
sambil memasak pun boleh menyanyi lagu jiwang, tentu sekali ada kelebihannya.
paling jelas, wanita berupaya melakukan banyak perkara dalam satu masa. membasuh, memasak dna menonton TV mampu dilakukan serentak!
buktinya aku sendiri. hihi.
tapi agak semputlah berbanding memasak sambil bergosip!
sumber dan idea asal : KUCING JANTAN - Si Belang (UTUSAN)
selalunya kita lihat wanita lebih banyak bercakap
berbanding lelaki.
bercakap tanpa henti.
tiada noktah apatah lagi
koma dan titik bertindih.
sambil tengok TV sempat lagi memberi komen dan mengambil alih tempat sebagai 'pengarah tak bertauliah'.
baru sahaja balik dari kerja boleh pulak menceceh dengan kawan baik yang satu ofis.
bergayut dan bergosip sampai berbuih air liur.
ini kerana wanita cenderung bercakap untuk melepaskan beban masalahnya kepada orang lain,
bukan mahu mencari penyelesaian mahu pun rumusan terhadap masalah itu.
hakikatnya memang begitu otak wanita bekerja sehinggakan jika ada lelaki yang suka bercakap dan bergosip, orang akan segera menegur dan melabel 'hey hang ni macam perempuanlah'.
menurut pakar, otak wanita tidak dapat menyimpan maklumat secara khusus contohnya,
apa yang difikirkan di pagi hari akan terus berlegar-legar dalam fikirannya dan perlu diluahkan.
otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan.
berbanding otak lelaki mampu mengenepikan dan pada masa sama menyimpan maklumat.
mereka masih boleh relaks walaupun sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan.
masalah boleh disimpan untuk difikirkan pada waktu lain.
jadi wanita tidak mampu menyimpan maklumat, satu-satunya ruang mengenepikan masalah adalah dengan cara bercakap tentang masalah tersebut.
KELEBIHAN
sambil memasak pun boleh menyanyi lagu jiwang, tentu sekali ada kelebihannya.
paling jelas, wanita berupaya melakukan banyak perkara dalam satu masa. membasuh, memasak dna menonton TV mampu dilakukan serentak!
buktinya aku sendiri. hihi.
tapi agak semputlah berbanding memasak sambil bergosip!
sempena bulan ramadan yang penuh barakah ni,
kurangkanlah bercakap benda yang kurang perlu,
tidak kira wanita mahupun lelaki.
berzikir, bertadarus al-quran jauh lebih baik.
kutip bekalan dikesempatan kita masih bernyawa ni,
ajal maut kita tiada yang tahu bila akan sampai...
yang kekal adalah akhirat.
jangan lalai dengan kesenangan sementara di dunia ..
sumber dan idea asal : KUCING JANTAN - Si Belang (UTUSAN)
label
renungan
Thursday, April 7, 2011
jarum masa tidak berhenti berdetik
selamat pagi semua pacar-pacar yang rain sayang...
awek-awek sekalian , semoga dirimu terasa begitu berharga ^ _ ^
lebih kurang 50 jam yang lepas rain membawa diri ke dunia zombie
yang penuh dengan kegelapan dengan menaiki mesin masa.
setelah meredah beratus perjalan dengan seribu kesabaran,
rain jumpa ni , yang membuat rain tersedar dari lamunan panjang,
benar..
apa pun yang berlaku,
yang hidup, perlu berhidup untuk meneruskan kehidupan.
kematian itu pasti.
selepas kematian, ada satu kehidupan yang kekal.
di sana ramai yang terkapai-kapai
kerana belum sempat membawa bekalan yang mencukupi
***
andai aku bisa mengundurkan masa,
aku mahu bersabar.
bersabar dan bersabar dalam apa jua yang diharungi.
selepas satu tempo,
kesabaran tu memberi satu kepuasan yang teramat luas ertinya.
cukuplah.....
cukuplah bermenung sampai di sini...
tunggu apa lagi tu yunk? ayuh komen n sambung buat keje he...

masa tidak pernah mempedulikan sesiapa jua
siang berganti malam
dan malam pula akan berganti siang
begitulah peredaran dunia di bumi Allah ini.
kesedihan, kegembiraan, kematian, apa jua
yang manusia di muka bumi ini alami tidak akan menghentikan
pergerakan jarum jam walau sedetik jua.
benar..
apa pun yang berlaku,
yang hidup, perlu berhidup untuk meneruskan kehidupan.
kematian itu pasti.
selepas kematian, ada satu kehidupan yang kekal.
di sana ramai yang terkapai-kapai
kerana belum sempat membawa bekalan yang mencukupi
***
andai aku bisa mengundurkan masa,
aku mahu bersabar.
bersabar dan bersabar dalam apa jua yang diharungi.
selepas satu tempo,
kesabaran tu memberi satu kepuasan yang teramat luas ertinya.
cukuplah.....
cukuplah bermenung sampai di sini...
tunggu apa lagi tu yunk? ayuh komen n sambung buat keje he...
label
renungan
Tuesday, March 15, 2011
bagaimana dengan kualiti solat kita?
assalamualaikum ... pagi sume pelangi.
pagi ni mood agak serius. banyak insiden tak diingini berlaku petang semalam dengan pagi tadi.
nak share sangat-sangat di sini, tapi tak pe lah, biarlah simpan sebagai diari n pengalaman.
mungkin dapat dikongsi di sini pada hari lain.
hari ni mari kita sama-sama bertafakur dan muhasabah diri dengan perkara wajib yang kita selalu lakukan hari-hari.
S O L A T.
amalan yang wajib yang di pandang remeh oleh sesetengah orang malah orang yang beragama Islam sendiri. ada yang berani meninggalkan solat! konon kubur masing-masing. dangkal sangat pemikiran tu.
kita macam mana?
solat empat rakaat cukup sekadar lima minit?
plus wuduk, plus doa?
dan sebahagian besar daripada masa lima minit itu dipenuhi dengan kelalaian dan bacaan-bacaan yang kita sendiri tak berapa nak faham maksudnya.
dan itulah cara dan gaya yang kita kekalkan sejak puluhan tahun tanpa ada hasrat nak improve kualiti solat kita.

Auf r.a bercerita : "Saya bersama-sama nabi pada suatu hari. Selepas baginda bersugi dan berwuduk, baginda pun berdiri hendak mendirikan solat.
Saya pun turut bersama solat dengan baginda. Dalam rakaat pertama, baginda membaca surah al-Baqarah. Baginda akan memohon rahmat Allah apabila baginda bersua dengan ayat-ayat mengenai nikmat dan pengurniaan Allah dan akan memohon keampunan semasa membaca ayat berkenaan dengan kemurkaan Allah. Rukuk dan sejudnya saya kira sama panjang dengan qiamnya.
Dalam ketiga-tiga rakaat yang berikut, Nabi membaca tiga surah selepas surah al-Baqarah. Tiap-tiap satu rakaat sama panjang dengan yang lain. "Bacaab Nabi s.a.w. yang ceritanya tersebut di atas berjumlah seperlima daripada seluruh al-Quran. Fikirkanlah tentang masa yang telah digunakan oleh Nabi bagi hanya satu solat sahaja.
kita macam mana?
solat empat rakaat cukup sekadar lima minit?
plus wuduk, plus doa?
dan sebahagian besar daripada masa lima minit itu dipenuhi dengan kelalaian dan bacaan-bacaan yang kita sendiri tak berapa nak faham maksudnya.
dan itulah cara dan gaya yang kita kekalkan sejak puluhan tahun tanpa ada hasrat nak improve kualiti solat kita.
label
renungan
Sunday, March 13, 2011
jeritan kucing bercumbu
pagii pelangi sume...
semalam tidur nyenyak tak? kalu hujan lebat mesti best kan tarik cimut.
rain sakit pale semalam. tiba-tiba je. awal la rain bergelap.
then jiran kampung karaoke lak. aduh.
ingatkan wayang cina mana. sore macam chitinurhalijah! syukur la tak hujan lebat.
then kol 5 awal pagi tadi rain terkejut sekali lagi dari nyenyak tido.
sebagai orang yang belum kawen lam hati ni pikir macam-macam dah.
tapi rain senyum-senyum kambing n sambung tido je.
malas kaco rumah tangga kucing ni. species lain-lain kan. tapi nafsu tetap sume makhluk ada . ngee~
rain tingat .. penah baca 1 kisah ni.. jum sama-sama tambah ilmu..
Apakah simboliknya?
Apakah yang tersirat di baliknya?
Inilah balasan yang Allah timpakan kepada orang yang menyingkapkan malu dan aib orang lain.
Iktibarnya pada manusia?
Simboliknya pada manusia?
Demikian jeritan dan teriakan Sang kucing "bercumbu" di tengah malam ada sejarahnya.

sebab dengar kucing teriak dengan sore gedik-gedik. tanda nak mengawan la tu.
sebagai orang yang belum kawen lam hati ni pikir macam-macam dah.
tapi rain senyum-senyum kambing n sambung tido je.
malas kaco rumah tangga kucing ni. species lain-lain kan. tapi nafsu tetap sume makhluk ada . ngee~
rain tingat .. penah baca 1 kisah ni.. jum sama-sama tambah ilmu..
Riwayatnya begini. Diriwayatkan dari Wahab bin Munabbah: Ketika Nabi Nuh a.s naik kedalam bahteranya untuk belayar, maka masuklah bersama setiap jenis makhluk yang berpasangan.Apakah iktibarnya untuk ditafakur dan dimenungkan?
Kucing dan anjing juga dibawa bersama dengan pasangan masing-masing (jantan betina).
Nabi Nuh a.s melarang makhluk Allah itu melakukan persetubuhan agar tidak beranak-pinak, ditakuti ruang di dalam bahtera menjadi sempit. Tetapi anjing yang tidak sabar itu tidak mempedulikan larangan Nabi Nuh. Dan sang anjing pun melakukan persetubuhan.
Perlakuan ini telah disaksikan oleh sang kucing yang busy body. Sang kucing pun datang menghadap serta melaporkan perbuatan itu. Sang kucing pun menyaksikan perlakuan terlarang dilakukan di dalam bahtera.
Sang kucing sekali lagi menghadap Nabi Nuh a.s dan melaporkan apa yang telah dilihat. Nabi Nuh lalu mencerca perbuatan anjing itu, tetapi anjing menafikan perbuatannya. Kucing yang agak marah lalu berkata kepada Nabi Nuh a.s
"Wahai Nabiyullah, saya melihat sendiri dia telah berbuat demikian. Kalau Nabiyullah berdoa kepada Allah tentu akan diperlihatkan kepadamu ketika dia melakukan perbuatan itu."
Nabi Nuh a.s pun berdoa kepada Allah. Kemudian anjing melakukan lagi persetubuhan itu malah makin galak sehingga tidak mahu berpisah dengan bininya itu.
Kucing datang menghadap Nabi Nuh a.s lalu mengadukan hal itu. Nabi Nuh pun datang melihat pasangan itu sedang bersetubuhan. Anjing menjadi sangat malu lantas berdoa kepada Tuhan: "Wahai Tuhanku, singkaplah aib cela kucing ini diwaktu bersetubuh sebagaimana dia telah menyingkap keaiban kami."
Allah telah mengabulkan permintaan anjing itu. Dan akibatnya? Bila kucing bersetubuh maka dia berteriak dan menjerit menyebabkan makhluk lain mendengar dan mendapat tahu. Inilah akibatnya hingga ke hari ini.
Apakah simboliknya?
Apakah yang tersirat di baliknya?
Inilah balasan yang Allah timpakan kepada orang yang menyingkapkan malu dan aib orang lain.
Iktibarnya pada manusia?
Simboliknya pada manusia?
Demikian jeritan dan teriakan Sang kucing "bercumbu" di tengah malam ada sejarahnya.
label
renungan
Friday, October 22, 2010
laman sosial : cari jodoh, kawan, musuh
b l o g, f a c e b o o k, t w i t t e r .
tu antara laman sosial yang ter femes buat masa ni. tempat cari kawan, tempat jumpa kawan, tempat temu jodoh, tak kurang juga tempat untuk jumpa musuh.
contoh dalam blog,
bagi situasi pertama,
beritney berblogwalking dari satu blog ke blog yang lain dengan penuh ramah tamah dan mesra alamnya, maka ramai lah kacak-kacak datang terjah balik ke blog beliau. borak punya borak, ngorat n ngayat sikit sampai shoutbox tu macam milik depa ja. maka berpautlah hati kedua insan tersebut. kalu jodoh panjang, kawen la kot si cantik dan si kacak tu kan.
bagi situasi kedua,
beritney menjadikan ketagihan berblogwalking ni sebagai satu azimat untuk dia bangun awal pagi. kenapa macam tu? kononnya wifi masa ni superb laju. ramai budak pompuan kat kampus time ni tido kuak lentang lagi. budak laki lak tido secara terjun papan anjal. maka beritney pun gigih berblogwalking sambil tersengih-sengih baca entry blogger otai-otai. kalu dia bangun study agak-agak leh dapat anugerah dekan tak? tup-tup plak di cop 'budak wikipedia', pergh memang mantap ah kan.
bagi situasi ketiga,
beritney buat entry dan entry dia kononnya menarik ah walaupun bahasa macam budak ponteng sekolah. lintang pukang tatabahasa alasannya sebab dia suka matematik. sebab tu buku hutang sokmo dia bukak.
tapi sayang buah kepayang, tak ada sapa pun yang datang komen entry beliau itu. makin hangen lah beliau dan runtuhlah reban ayam makcik cleaner yang terkena taufan beritney. akibatnya dia bermasam muka sepanjang hari dan tak pasal-pasal marah-marah dekat kucing kafe yang tengah mengawan depan mata beritney. adoh!
contoh dalam facebook,
bagi situasi pertama,
beradpit rasa sangat lapar dan kebulur. dia plak kekeringan idea nak hapdate status tapi dia rasa gedik sangat, maka dia dengan bangganya hapdate status di facebook dengan status "ngah lapa ni huhu". macam wat annouce lak dia lapa. lepas dan makan, sidai lak perot kat atas sofa, dia hapdate lagi status dengan title "kekenyangan. makan ayam cop tadi... ermm dapnyerr". aku yang kebulur ni terliur taw x!! aku marah sebab aku ngah lapar gak ni time update entry ni. huhu[dah jadi cam beradpit daaa]
bagi situasi kedua,
beradpit tulis status pasal ketidakpuasan hati dia pada seseorang. datang lak si ayu jelita kacak sume komen berkaitan status. kalu pada yang sama, orang yang dikutuk terbaca, mau ngamuk sakan. terasa diperli. orang yang kena memang akan sakit hati. situasi ni selalu terjadi bukan sekarang tapi dari dulu lagi. tempat social networking dijadikan tempat untuk melepaskan apa yang terbuku di dada. yep betol, aku pun ada wat benda yang sama tapi kena la tapis ayat dan pikir dulu perasaan orang lain. kalu tersinggung, kan dan tak bertegur sapa, dapat pulak musuh.
lebih-lebih lagi dalam facebook, kadang-kadang banyak benda mengarut-ngarut dan merepek. tapi kita stil layan facebook. sebab apa? .. sebab kerepek itu sedap!
contoh dalam twitter,
sori ah walaupun aku student computer, tapi aku buta twitter. cuma aku nak ulas kes yang sama macam facebook, twitter juga antara tempat erat silaturrahim dan juga tempat menabur fitnah dan bergosip. ingat kes tiz dengan fasha? sume tu bermula di sini. sosial networking web.
berhati-hatilah semasa memandu kereta bila berblogwalking , facebook walking dan twitter tweet.

Subscribe to:
Posts (Atom)