Thursday, July 29, 2010

gigit strawberi boley buta oooo......

7 yang simbah cat
 S T O R  B.E.L.I

kusam dan kusin ialah budak kampung Sefening Lalat. satu hari depa naik qheta api untuk sertai rombongon meminang sekolah ke kuala lumpo.
memang hepi je depa ni sebab ni la first time dalam seumoq hidop depa dapat naik qheta api.

ondaway tu qheta api stop kat satu stesen ni, kusam n kusin ni pun turun untuk beli air dan makanan ringan.
tiba-tiba depa nampak ada nyonya jual buah strawberi.

" jum kita beli. kat kampung kita takdak buah strawberi ni " kata kusin

depa pun share duit beli 10 bijik strawberi. setengah jam kemudian ketapi bergerak semula menuju ke kuala lumpo. tetapi sebaik kusin menggigit buah strawberi tu, qheta api sedang memasuki terowong yang panjang. gelap gulita beb. terus kusin jerit.

kusin : kusam! kusam! hang dah makan strawberi tu?

kusam : dak lagi..... awatnya?

kusin : eloklah... baek hang jangan makan, aku baru ja gigit, teruih mata aku jadi buta!

 ni sedara kusin yang buta tu

Wednesday, July 14, 2010

pelangi 18 tahun ke atas sahaja

18 yang simbah cat
macam mana perasaan korang kalu dapat 4 flat?

T E R U J A??

dah tentu la kan. rasa macam nak lompat duk atas bumbung umah je.
syukur sangat dan rasa macam kebahagian tu ana yang punya kan.

tapi rainbow bukan dapat 4 flat. just dapat 4 pelik. hikhik  ^ ; ^

sekarang ni bukan citer pasal result tapi nak citer pasal

P E L A N G I!!!

betuah dan bahagia sungguh hari ni sebab dapat tengok dengan mata kepala sendiri

pelangi yang  C.A.N.T.I.K .  petang tadi. [ terubat kekekekecewaan atas beberapa perkara pagi tadi ]

masa tu baru lepas balik dari ATM. pinjam moto kak teha, my junior.
jauh giler nak pinjam moto pun kan. berbatu nak jalan dari apartmen ke blok dia.
perjalanan kaki terpaksa dipantaskan sebab cuaca mendung dah.

dengan cepat kilat kayuh moto sampai ATM then balik je terus hujan lebat.
syukur rainbow selamat di bawah bumbung kafe dah. ternampak lak junior ngah lepak, pe lagi join sekaki ah, nak balik tak buleh. hujan. sempat pulak tempah benjo satu. ni la makanan berkhasiat bukak pose nanti.
then sembang punyer sembang dengan si amin tu lalu geng junior perempuan kat depan. tegur.

'eh angah.. tengok ad pelangi'

rainbow kurang pendengaran. senyum je kat diorang. respon sederhana sebab segan.


"Angah! PELANGI TU kat luar! "

rainbow pecut terus g tengok kat  luar. amin pun maraton gak.

S U B H A N A L L A H..


cantik sangat. lebeh  cantik bila dapat tengok sendiri.

ni lah pelangi tu.
pelangi indah petang tadi ( 13 july 2010 - jam 6++ petang)
kejadian di depan kafe pak zul uniSZA
bersebelahan blok USM(ummu sulaim)


then rainbow pun kol lah yang tersayang kononnya nak gitaw dia. sore ni punyer lah excited. macam jumpa emas 10 guni lagaknya.

pas tu kol my frens yang kat kayeLL , ingat lagi dulu dia pun penah kol rainbow gak masa dia nampak pelangi.

mesti ramai pelik. mungkin lagi ramai yang senyum sinis. mereng ke budak rainbow ni. kenapa excited terlebih sangat. wayar tak cukup ke apa.

no lah. masing-masing ada benda yang diorang sangat-sangat obses. sangat-sangat teruja.
walaupun itu sekadar pelangi yang berwarna-warni, muncul selepas hujan dan menghilang selepas itu,
yang pasti ia penuh dengan 2002 makna yang tersirat.

kehadiran pelangi itu selalu ditunggu-tunggu.

Friday, July 2, 2010

preng.preng.. jatoh

2 yang simbah cat
GEDEBUKKK..! adoii.. bunyi suara hati buah nangka yang jatoh.

hah korang penah jatuh? jatuh longkang, jatuh gerek, jatuh tersepak jongkang emas.
eh ada ke orang sebertuah tu. mudah-mudahan suami rainbow lah orang tu ye. amin..

sakit kan bila jatuh? pergh.... siap beraduh-aduh lagi. tambah-tambah bila ramai yang tolong ketawa, kuasa infinite rasa sakit tuu.. nak je lempang!
jatuh memang sakit tapi ada gak jatuh yang tak sakit. syok je rasa.
JATUH CINTA! hah yang ni  comfom tak sakit beb.
ni lah jatuh yang paling best! kalu boleh nak je selalu jatuh kan. ^ ; ^

tapi hari ni bukan nak stori pasal jatuh cinta, no jiwang-jiwang today.
nanti korang gak leleh baca entri ni. bosan. muke seposen je. murah tol kan harga muka korang. upss ^ ; *
rainbow tak pandai olah bab cintun.
sebab kalu olah pun tak de respon. huhu. sedey ah.

ni nak citer sal real story seorang awek yang tak cun tapi dia lawa je. tu pun pas buh bedak sejuk.

satu hari senin yang cerah terang dengan cahaya matahari, awek ni g blaja moto. dia nak mik lesen beb. senang nak merempit kata hatinya.
hari pertama masa latihan praktikal tu dia pun dengan penuh bergayanya pilih lah satu moto ni.
dia start enjin moto.
preh.. preh. eh minyak tak de ke. heran. garu kepala yang bertudung saji.
preh preh lagi.. kemudian dengan sekuat hatinya, PRENG... PRENG..
hah hidup pun kau eh moto. ingatkan merajuk tadi.

maka awek ni pun buatlah seperti mana yang cikgu dia ajar. ber round-round lah awek ni pusing area tu.
hati dia berbisik syok gak eh naik moto kalu ada yang tersayang.
sambil dia berangan-angan nanti tiap-tiap petang leh dia pusing-pusing ngan husband dia. peluk. hihi.
hati dia ketawa perasan plus berangan. sempat lagi anak setan hasut dia.

alkisah masa tengah berangan tu, awek ni bersama moto nya sampai di satu simpang dan selekoh tajam.
ntah apa dosanye pagi tadi maka secara tiba-tiba dia terpulas minyak dan moto dia hilang arah tujuan.
destinasi moto tersebut akhirnya berhenti di dalam parit.
awek tu seperti baru sedar dari pitam. dia masih tercengan-cengang dengan apa yang berlaku.
laa.. aku jatuh moto rupenye. bisik nurani hati dia.
dia tak panik. tak sakit. tapi ketawa terbahak-bahak kat situ bila dia tengok side mirror kanan patah.
hak hak hak.. aku jatuh moto. lawak tol lah.
rugi tol tak sempat rakam wat kenangan kat cucu nanti.


sebenarnya dia sendiri hairan kenapa akal dia memberi respon seaneh itu. buleh lak dia ketawa.
jawapan itu terjawab sebab ada sorang mamat ni terperasan yang awek ni jatuh moto. 
tapi mamat tak berapa macho ni terpaksa tengok je dari jauh. dia turut tercengang.
mungkin hati dia berbisik 'ada gak eh orang jatuh moto kat tempat blaja moto'.
dia terus panggil cikgu untuk datang tolong awek ni.
berkali-kali gak dia menjerit baru cikgu perasan yang awek perasan tadi dah jatuh parit.
menggelabah cikgu berlari datang kat awek tu. awek tu ketawa lagi tengok cikgu dia kelam-kabut.

"buleh bangun tak ni? patah pa?"

"xdak pa aih. sikit je ni. saya okay je"

"dah.. p rehat"

cikgu tu angkat moto awek tu then dia start moto bawak ke pondok rehat.
awek tu folow ke pondok rehat sambil menyumpah-nyumpah mamat yang tengok tadi. mangkuk tol!

cikgu tu takot awek tu patah kaki. dia suh awek tu jalan-jalan. perjalanan awek tu sempurna je. okay syukur.
cikgu bagi arahan semua aktiviti latihan diberhentikan dan buleh balik.
kawan-kawan awek ni pun datang serbu. tanya keadaan awek. maka riuh rendah lah suasana bila awek tak cun jatuh parit. tapi ada je wat muka kasihan.
awek ni cool je.  - . -

sampai je kat rumah, pesal kaki sakit ni. awek ni terus cari minyak gamat. sebab lebam-lebam n luka calar pada kaki n lengan. memang tak sakit tapi pedih!
mak dia perasan terus tegur.

"buat pa minyak gamat. aih takkan jatuh moto kot"

"'saja ja sapu, mak"

"hahahaha. kak pizah jatoh moto" . sore adik awek ketawa jahat. hantu betol!

"mana ada. ni lenguh je la. penat!"

dan sampai ke hari ni, hanya dua orang je tahu kisah 'bangga' ni. dan kini korang. keep secret kay.
famili awek  tak tahu langsung. dia tak cakap sebab utamanya takut nanti dah tak buleh merempit tiap-tiap petang!

tapi ada hikmahnya disebalik kejadian yang cukup menyayat hati tu, awek ni semakin confident naik moto dan paling penting dia semakin rajen merempit
sampai zombie merajuk gara-gara menduakan cinta zombie dan cinta merempit hahaha.

Tuesday, June 22, 2010

cinta tidak buta

3 yang simbah cat
***Allah menyukai dan menyayangi hamba-hambaNya yang bersabar. maka kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mengakhiri pembacaan pada entri kali ini.***    ^ ; *

benarkah cinta itu buta?
orang kata cinta itu buta. tapi saya bangkang yang arif. cinta itu sebenarnya tak buta.
okay, sila nyatakan hujah anda wahai pendakwa raya yang belum kaya.
hujah saya yang pertama ialah terang-terang tanpa lilin bahawa cinta itu tidak ada pancaindera mata.
hujah yang kedua pula, andai kata cinta itu buta mengapa cinta buleh datang dan pergi pada seseorang tanpa dipaksa.
aneh bukan yang cinta itu bergerak tanpa mata mahu pun contact lense bagi yang merasa cinta itu rabun atau pun si pecinta yang rabun.

pecinta yang buta
yang buta itu sebenarnya orang yang bercinta atau bahasa saintifik fizik si pecinta itu sendiri.
dia buta kerana cinta membawa dirinya ke arah kemusnahan. kehancuran. kegagalan mengawal hawa nafsu.
cinta membutakan si dara sehingga sanggup membelakangi keluarga dan mengikut si teruna menaiki tongkang bocor menuju metropolitan Lombok.
si dara bertambah-tambah buta apabila sanggup hidup miskin merana jiwa raga di tanah seberang yang kemungkinan
dilanda tsunami mahupun gempa bumi pada bila-bila masa tanpa mengira keadaan sama ada tengah berbulan madu mahu pun berbulan hempedu.
bukan mengajak untuk mementingkan material,
tetapi masalahnya mengikut seorang warga asing yang belum terjamin masa depan dan memperjudikan nasib yang entah untung entah malang bakal tiba.
di mata saya hanya malang yang bersinar untuk dirinya. kalu tidak bersinar semestinya gerhana matahari sepanjang masa.

dan lebih menyedihkan bila si dara sanggup menderhaka pada ibu dan ayah sendiri. berdosa besar hukumnya! suami boleh dicari ganti tapi ibu yang melahirkan kita bagaimana?
bolehkah ibu lahirkan anak yang serupa dua kali atau lebih? mereka sahaja satu-satunya di dunia. mengertilah wahai anak!
hey haiwan pun tidak menderhaka tahu!
penah lihat kucing mengikut harimau dan melarikan diri bersama jauh ke zimbabwe menyaksikan piala dunia yang semakin hangat sekarang?? tidak pernah kan.

suatu ketika dulu saya pernah membaca sebuah kisah cinta yang benar antara dara malaysia dan teruna pakistan. mereka berkahwin atas dasar cinta.
semasa di malaysia si teruna memang pijak lipas pun tak mampus dan manis sungguh kata-kata menawan hati mentua si teruna.
mentua mempercayai keikhlasan teruna memperisterikan dara lalu memberikan keizinan teruna membawa anak gadis tersayang ke pakistan dan menginap sementara waktu di sana sebelum pulang ke malaysia kembali.

perjalanan menuju ke perkampungan teruna yang masih membahang asmaradananya ternyata begitu mencabar dan jauh dari ceruk dunia. kawasan yang terlalu terpencil dan miskin.
kebarangkalian adalah kosong untuk mendapat signal sekiranya dia membawa beruk band mahu pun pun handset sony ericsson untuk berhubung dengan rakan-rakan blog atau facebook pada ketika itu.
perjalanan yang dilalui pun sudah terlalu sukar apatah lagi mahu menjalani kehidupan bertahun-tahun di sana.
semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepada hamba-hambaNya yang dikasihi.

setiba sahaja di rumah yang sama saiznya dengan reban ternakan ayam di malaysia, dara yang berwajah manis semakin sugul tetapi mengenangkan cintanya yang melangit seperti lagu sampai syurga,
terpaksa memaksa hati menerima kenyataan kehidupan yang bakal dilaluinya beberapa saat lagi.
dengan tanah berdebu yang menusuk rongga hidung ternyata tidak seindah sesuci dalam debu nyanyian saleem, dengan beratapkan nipah dan dinding rumah berasal usulkan tanah liat,
dara melangkah dengan kaki yang berat sepikul menuju ke dalam rumah yang kepadatan ahli rumahnya seperti sarung guni beras.
bayangkan reban yang dihuni lebih sepuluh orang dari saiz m sehinggalah xxxL!
oksigen pun takut dan melarikan diri kerana kentut pun tak lepas dan terpaksa berlemas dalam rumah mentua si dara.

dari saat itu bermulalah kisah hidup dan derita si dara. bukan dara lagi kerana sudah isteri orang.
hari ke hari si isteri disuruh bekerja demi menyara ahli keluarga suami yang ramai. kemiskinan yang melanda menyebabkan dia dipaksa bekerja dengan lebih kuat.
wang yang diperoleh digunakan untuk kegunaan seharian mereka. hasil titik peluh isteri hanya dibalas dengan capati yang tidak serupa capati tetapi lebih kepada merpati.
kerana roti gandum yang diuli di atas batu giling yang sedikit berhabuk dan goreng pula atas tempat bara api yang kotor. memang boleh dapat jangkitan paru-paru berhabuk.
sudah derita dan lelah yang ditanggung belum usai, layanan daripada suami yang teruk tapi bila suami meminta terpaksa diberi juga mengenangkan cinta yang semakin hari semakin menips dan jarang. 
ketika mengandung pun isteri dipaksa bekerja juga sebagai alasan untuk keperluan dan persiapan anak yang bakal lahir.
isteri memberikan alasan dan memujuk suami yang dia mahu pulang ke malaysia dan melahirkan anak sulung  mereka di sana.
sang suami bijak memberi dalih dan pujuk rayu yang mencairkan hati isteri.
walaupun merajuk namun terpaksa dicekalkan jua hati. isteri terasa hati kerana janji suami untuk berada sementara waktu di kampungnya di pakistan hanya tipu helah semata-mata.
kerana bulan berganti bulan dan kini merangkak ke usia menghampiri dua tahun dia masih menetap di kampung suaminya.
pasport sebagai aset penting perjalanan pakistan-malaysia disembunyi oleh mentua kerana mentua bimbang isteri melarikan diri.
isteri tidak tahan dengan seksaan dari mentua dan paksaan suami menyebabkan isteri tekad untuk melarikan diri kerana tahu dirinya hanya dipergunakan demi kepentingan keluarga itu semata-mata dan dilayan seperti kain buruk yang hapak.

dia menyesal berkahwin dengan warga asing yang mementingkan diri sendiri.
dulu dia sanggup membutakan mata hatinya demi cinta sesaat yang hadir dan terus menerus membutakan mata untuk menilai kejujuran dan keikhlasan teruna memperisterikannya.
kini dia kesal dengan jalan hidup kisah silamnya. semoga dijadikan iktibar buat dara malaysia yang sedang bersiap-siap untuk mengikut teruna ke lombok menaiki tongkang malam ini.
ataupun melarikan diri ke mana sahaja untuk berkahwin tanpa pikir panjang dan sanggup mengenepikan keluarga.

itu sedikit rentetan realiti kisah hidup yang saya selitkan untuk dikongsi bersama.
pencinta yang membutakan mata untuk menagih cinta dan kasih. cinta itu suci dan tidak bersalah sedikit pun.
manusia yang menyalahgunakan cinta demi kepentingan wang ringgit, harga diri demi dunia fana semata-mata.

cinta nafsu yang bernafsu 'binatang'
saya masih mahu mempertahankan bahawa cinta tidak buta mahu pun rabun yang arif. pencinta yang buta kerana hawa nafsu. manusia bernafsu tetapi manusia juga berakal.
mengapa harus meletakkan nafsu di depan akal. biar akal manusia yang darjatnya paling tinggi itu diletak di atas dan memandu nafsu ke arah kebaikan.
kes buang bayi seperti satu trend yang hangat di malaysia pada ketika ini. sehangat goreng pisang mak limah.
begitulah hangatnya bayi-bayi comel yang tiada dosa sebesar kuman pun dibuang sesuka hati walaupun mereka yang membuang bayi tersebut tidak memiliki hati langsung!
bayi-bayi ini tiba-tiba glamor dan masuk berita utama di dada-dada akhbar. kalau hendak mempopularkan bayi-bayi ni sekali pun, bukan ini caranya,
masuklah pertandingan pampers dry ke menang hadiah utama! barulah bermaruah.
ini tidak, buang bayi dalam tong sampah, longkang, tepi sungai. manusia ke haiwan ni?!
kalu haiwan sekalipun tak penah ada sejarah lagi lembu buang anak tepi sungai!! jahil dan gila ke manusia ni?!
mereka ni terlalu jahil dari orang gila yang hilang akal sampai bayi dan sampah pun mereka tak tahu beza. bodoh betol manusia akhir zaman ni!

maknanya sekarang ni kempen 'budi bahasa budaya kita' gagal sama sekali!

cuba manusia yang membuat perbuatan iblis itu bayangkan yang semasa mereka lahir dahulu mereka ditempatkan di longkang dan tempat buang sampah!
ini semua bahana cinta berlandaskan nafsu serakah yang membuak-buak macam lahar gunung berapi. mereka terlalu mementingkan budaya seronok - hedonisme.
berzina dah satu hal berdosa. ditambah pulak dosa buang bayi. iblis kuasa sepuluh sungguh yang berbisik pada mereka ini!

siapa yang harus dipersalahkan? mahu menuding jari pada yang bersalah?
cermin diri dahulu. lihat diri yang sedang menuding itu. 3 jari sedang menuju pada diri penuding. manakala ibu jari menggengam kemas 3 jari tersebut.
ini masalah kita semua. mengapa?
kerana musibah yang diturunkan Allah nanti tidak menimpa seorang mahu pun satu kaum sahaja, tetapi semua kaum dan semua manusia.

fikirkanlah bersama penyelesaian kepada masalah umat kita pada akhir zaman ini.

Saturday, June 12, 2010

kehilangan lagi

18 yang simbah cat

semua orang pasti pernah merasai kehilangan. hilang barang, hilang anak-anak dalam, hilang pendrive 5 kali turut-turut macam rainbow huhu. [disyaki zombie curi].
hilang orang tersayang, hilang orang tercinta dan hilang orang yang terindu. erk ada ke? ni semua buat kita jadi hilang.
HILANG AKAL!!

sebagai manusia yang omnivor dan nomal yang ada hati mestilah kita berperasaan sedey, pilu dan ngilu. betol kan.
tapi kambing sedey gak. cmne tu?
kambing tu spesies herbivor. lantak dia lah. kambing sedey sebab dia takut hujan. dia takut pada sang pelangi yang lebih berseri dan berwarna warni dari dia. kambing kan hitam hihi. dia jeles.
orang yang segan nak mandi n suka bangun tengah hari pun tergolong spesies kambing jugak dan dia  kurang deria perasaan sedey.
ni fakta biologi profesor klon.

bila kita sedey akan sesuatu kehilangan tersebut ia akan mengundang satu perasaan kecewa yang amat sangat.
rasa terluka. dilukai. melukai.  walau pun sebenarnya hati dia tak ditoreh ngan pisau toreh getah pun.
tapi perbuatan dan kata-kata seorang insan itu mampu merobek dan mengundang suatu episod duka nestapa.

drama sebabak episod air mata akan berlaku dan pada fasa ini hormon sedey akan dirembes semahu-mahunya. bersama air embun yang mengalir dari kolam derita matanya akan dirembeskan juga sisa-sisa hingusan dari hidung. ini bukan selsema demam atau pun resdung. ini penderitaan jiwa nama diberi.

bagaimana mahu mengakhiri kisah duka ini....?

kita nantikan episod seterusnya..................................................


buy-buy kawan-kawan.. T__T


 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template