Tuesday, July 31, 2012

selamat hari lahir yang diingati

13 yang simbah cat
lama aku renung ruang putih berkotak 'new post' hanya demi mahu bicara hati difahami dia. mahu karang cerita aku tidak petah dan lancar untuk itu berbanding dia yang hebat dalam dunia tulisannya. 

dengan dia aku kelu. lidah tidak bertulang seperti dipotong pendek. hilang kata. hati becok monolog. bukan debar. tidak! bila temunya aku lagak biasa. cuma bila dia tiada aku keliru. keliru kerana kurangnya bicara antara kami kadang-kala.

kurang bicara pun banyak enaknya. kurang selisih faham namun itu kemungkinan bertukar ke salah faham. 

beza antara kami menjadi satu keistimewaan. persamaan antara kami menjadi satu titik laluan. kesabaran selalu menguji jika dalaman tiada kekuatan dan malam ini aku menanti detik lahirnya dia dua puluh dua tahun yang lepas.

selamat hari lahir yang diingati!

setibanya puasa tahun ini, dan ini pertama kalinya blog dijenguk setelah ditinggal dengan entri rama-rama.

pinta kemaafan, kurang bicara kadang-kala ada baiknya dari terlajak bicara. salam ramadan semua.





Monday, July 23, 2012

rama-rama

10 yang simbah cat
bila aku sudah punya sayap
dibekalkan kekuatan untuk terbang
datangnya ia
hampiri aku
seru ia padaku
kembali pulang
kembali

berpaling aku
memandang ia
fikir
tangan ia tidak lepas menggamit

aku tak bisa terbang jauh
lalu kuturutnya
bahagia seketika

ia pula mula kembali pada sifat asal
tidak peduli
aku mahu terbang kembali 
aku hanya rama-rama

ia cuma mahu liburan
tidak
bukan liburan dosa aku mahu

Sunday, July 22, 2012

puasa universiti #1 | ketam masak lemak

9 yang simbah cat
"mekkk!!! cepat mek! dah lewat ni weii" Izzah menjerit dari atas tangga luar bilik aku. memang suara dia menggegar perut aku.

aku tengah melantak lagi masa tu. tengah kekah ketam masak lemak. mahal tu. disebabkan aku beli pakai duit, aku nak ratah sampai licin. kalau beli pakai air liur, tarak hal.

"halamak, mek zah dah panggil." hati aku sempat membahan Izzah. kami akan berterawih di masjid UniSZA. naik bas ke masjid. berebut-rebut kadang-kadang. mahu tempat duduk dalam bas walaupun jarak tak ada la jauh sangat. masjid UniSZA sangat cantik secara personal bagi pandangan mata aku. harap ramai lagi yang setuju.

"sat sat! sabaq" aku membalas jeritan Izzah sambil kalut-kalut berus gigi dan basuh tangan. peh bau ketam!

aku capai telekung sambil lari-lari anak dengan Izzah. kejar bas.

"sorry wei. aku ratah ketam tak hengat terawih hihik" sengih-sengih aku minta maaf kat Izzah.

"hang memang!"

mujur la ada lagi bas. penat gak lari-lari gini pas berbuka. silap-silap isi ketam terkeluar terus dari rektum!

masa ni kebetulan dalam bas jumpa lagi dua tiga orang member kelas. Kak Iqa, Ejah, Maj, Kak Uda.. masa ni aku pun dah ingat-ingat lupa sapa lagi yang ada. tak pasti Alang ada ke tak?

dah jumpa geng kelas ni memang riuh la borak. gosip pasal makanan mesti masuk punya. aku terus teringat pasal ketam yang aku makan tadi. tengah sedap melantak, kena potong stim! masa tu roomate aku pun join gak setangan kekah ketam. sedap! aku sempat lagi tutup ketam masak memak tu dengan surat khabar.

sampai masjid. solat isyak berjemaah dan terawih. selesai terawih lapan rakaat gegas keluar untuk naik bas. ini memang senaman bulan puasa!

turun ja dari bas, suara ketam macam panggil-panggil nama aku. laju siot aku lari masuk bilik.

dan semuanya telah berada di pengakhiran.

arwah ketam telah selamat dikebumi cerna dalam perut roomate aku! satu pun tiada tinggal. dan aku pun ketawa berair mata mengenangkan rezeki ketam setakat magrib tadi cuma. 

roomate roomate. ketam tu rezeki hang rupanya! aku telan liur malam tu. kurma Yusof  Taiyoob sahaja pemanis hati. tsk tsk tsk.


#imbasan kenangan puasa dan terawih semasa di tahun empat semester satu di UniSZA 2010. semester akhir di universiti sebelum  kami sekelas menjalani latihan industri selama enam bulan.

#dedikasi khas untuk teman sekelas Batch 2 Sains Komputer Pembangunan Perisian UniSZA. rindu semua.

masjid UniSZA 
bukan koleksi simpanan aku.

Monday, July 16, 2012

doakan kesihatan

17 yang simbah cat
doa kesembuhan dan kesihatan saya makin baik.

rasa tak terdaya hari ke hari.

-hafizah-

Friday, July 13, 2012

kecewa abe roy #3

13 yang simbah cat
di bawah pohon kelapa itu aku bersandar melepaskan lelah. terlalu meletihkan jika masalah hati melanda. seperti seluruh kudrat digunakan untuk memerah perasaan kesumat.

si gadis pujaan aku yang berjanji untuk sehidup semati kini telah mati dahulu dalam hubungan. mematikan hatinya buat aku. aku terlalu sayangkan dia. sayang yang terlalu hingga membutakan mata gadis untuk menilai . dia menilai aku dari pandangan mata bukan pandangan hati. keterlaluan emosi perempuan ini. pertemuan 5 jam mengakhiri segalanya.

"hoii abe, bakpo mu tenung aku lamo-lamo gittu. mu ingat aku gewe mu ko? mabuk cinto nguh la mu ni! aku tampor gak kang."

"aku sedih la Maria. dia tinggal aku. dia ..diaa...." mengalir jua air mata jantan aku mengenangkan dia.

"mu rilex sudah ah. esok pagi dia kelik ah ke mu."

"camne ko yakin, Maria?" tanya aku sungguh-sungguh sambil kesat lelehan air mata.

"dia g kerja kan. mu susoh hati wat naper?"

"demmit! aku lupa siot."



# selalu komunikasi untuk elak perselisihan faham dan jangan emosi keterlaluan. iblis sentiasa berusaha menghanyutkan anak-anak Adam.


Wednesday, July 11, 2012

pinta perhatian

15 yang simbah cat
semua mahu perhatian
berunsur kasih beratom sayang
agar menyelinap ke sanubari

semua mahu perhatian
pertanyaan khabar berita
dari yang tersayang

semua mahu perhatian
agar hati sedikit tenang
merasa ada yang peduli

semua mahu perhatian
menghilang rasa sunyi hari
agar bisa senyum mendengar suara kamu

semua mahu perhatian
tapi aku cuma mahu kamu perhati aku!

semua orang mahu kasih sayang
agar dunia penuh cinta bukan benci berapi

salam kasih sayang
semoga angin menyampai kalam rindu
nun jauh di kampung

rindu yang dekat, rindu lagi yang jauh di kampung.



ramadan datang, aku terasa ada di oversea hihihi :D


Friday, July 6, 2012

tentukan matlamat harian

10 yang simbah cat


benda semulajadi semacam punya aura yang membangkitkan semangat bukan?
ion-ion positif lebih banyak tersebar
jumaat yang barakah
senaraikan apa yang akan dilakukan hari ini
penuhi matlamat tersebut
semoga hari kita lebih terisi dengan kerja yang baik
:)

#seperti hilang madah kata pula. salam jumaat sahabat :)

Wednesday, July 4, 2012

sebelum nafas terhenti

11 yang simbah cat
ada yang merajuk?

maaf.

:)

saya hanya mahu lihat kamu senyum sebelum saya pergi.

punya fesbuk, tuwiter, gugelplus tapi saya rasa kosong
lalu saya ke sini
melihat warna-warni dunia dan keindahannya sebelum menutup tirai mata
di sinun yang dinyatakan itu saya tetap sendirian
namun saya bahagia
terisi kekosongan dengan indahnya warna

sibuknya dunia.
rasa mahu menenangkan diri.

sakit itu ujian. bertabah sebelum dijemput.

al-Fatihah buat arwah seperjuangan kita saudari lieyna


 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template