Wednesday, May 30, 2012

pertemuan cinta si hujan selepas kejatuhan

13 yang simbah cat
hari itu hujan. ya hujan menjadi kesayangan dan teman setia Anjelina Joyah. harinya bahagia. biasanya teman-teman Anjelina Joyah gemar tidur di kala hujan menjadi tetamu, tapi tidak bagi Anjelina Joyah. hujan rahmat yang perlu dinikmati. jarang dia tidur di kala hujan utamanya siang hari, tapi kalau malam memang enak sekali!

hentinya hujan dari kelebatan awan tidak menghentikan gendang pancaragam dari dalam perut Anjelina Joyah. maka berhiaslah secantik puteri salju walhal hanya untuk ke kafe terdekat dengan selipar Jepun yang sudah botak rambutnya.

dalam perjalanan menuju kafe menyelusuri pohon rendang kicauan burung Anjelina Joyah melangkah laju seperti mengejar kafe yang sedang berlari.

dsssuuuuppppuup!

ah seperti terhentak jantung Anjelina Joyah pabila dari kedudukan berdiri kini dia sedang berbaring di tangga jalan menuju kafe.

aduh topeng mana topeng wooii! gila malu Anjelina Joyah terjatuh seperti aksi stuntman Tum Kurus. serentak dengan itu Anjelina Joyah tidak mampu membangunkan diri dengan kadar spontan dan terpaksa dibantu oleh seorang gadis cina yang terkejut mendengar bunyi nangka kurus terjatuh golek sebentar tadi.

dalam kesakitan, keegoan yang sedikit masih perlu dipertahankan. 'thanks. I'm fine. thank you miss'. dengan langkah gagah dan ayu Anjelina Joyah meneruskan langkahan yang tempang ke kafe. lalu terdengar teguran dari dalam Avanza putih 'len kali pakai kasut dik! selipar licin hujan-hujan ni'.

terasa panas membahang telinga Anjelina Joyah. yelah disantap dengan ayat sentap gitu tanpa sudi menghulurkan pertolongan. hanya melihat Anjelina Joyah jatuh dari kejauhan. apa salahnya berlagak menjadi putera raja yang menyambut tuan puteri hampir tergelincir, ye tak? ala-ala tarian tango gitu.

peh berangan tak hengat.

setibanya di kafe, aaah! kenapa harus mamat ini yang perlu Anjelina Joyah hadap dahulu di muka pintu? jodohkah? *background music mohabbatain*

mahu sambungan? tidak. hentikan saja di sini.

Tuesday, May 29, 2012

inai dijari, wajah berseri, hari bahagia

17 yang simbah cat

aku sering menulis bila aku penuh emosi, fikiran celaru dan sedang kesedihan.
bila mana aku terlalu gembira aku hilang patah kata kerana 
perasaan dan bicara aku terpancar sudah pada wajah.

selamat pengantin baru, shahidar subri

jangan di tanya, bila giliran kamu Rain? argghh gigit nanti.



Thursday, May 24, 2012

syurga bahagia

11 yang simbah cat
melangkah ke satu fasa akan mendukung perubahan dalam diri, sikap dan cara berfikir sesuai dengan fasa yang dialami. jangan takut digelar berubah. sememangnya diri perlu berubah kerana jika tiada perubahan, tiada langkahan yang kamu buat.

selamat menempuh alam perkawinan teman. doa aku sentiasa mahu kamu bahagia dan tenang. selalu. itulah rezeki yang tak mampu kamu beli dengan nilai wang kecuali dengan mengharap pada Yang Maha Pemurah dan Penyayang.

aku pulang ke kampung hari ini kerana majlis kalian.

dan melepaskan rasa rindu aku pada keluarga yang tidak pernah menolak hadirnya aku walaupun kadang-kadang terleka sebentar dengan indah dunia. terima kasih sedarkan!

Tuesday, May 22, 2012

palsu bandar ini

9 yang simbah cat
bergurau ketawa bagai irama, selesai drama sosial itu aku mengembalikan diri ke kamar.

tiada lagi yang menemai. sepi. diam. sunyi.

pilu. masalah, kekusutan kembali menghimpit.

kejap cuma gembira itu.

seperti kepalsuan aku di dunia sini.

bawa aku pulang ke sana. tolong.

aku merintih. ibu!

Friday, May 18, 2012

dia dihempap batu dari gunung ujian

10 yang simbah cat
persoalan :
lama dia mendiam diri
sepi tiada berkata
ada sesuatu tidak terduga

aku bertanya kabar :
mendengar hembusan nafas darinya
sayu dan lemah
tidak seperti biasa

dia menjawab kabar :
ditimpa batu yang bergolek
dari gunung dugaan
sehingga aku merasa
tiada terdaya andai aku ditempatnya

penyelesaian :
aku panjat doa pada Yang Esa
Berkuasa ke atas segala sesuatu
memberi lapang pada siapa yang dikendaki
semoga insan itu dipilih olehNya
tiada lagi tempat aku mengharap kerana
manusia tercipta dari Yang Maha Pencipta
padaMu kusujud mengharap keredaanMu


Thursday, May 17, 2012

see the future family

5 yang simbah cat
its something to worry about when you enter the age that called as 'late' but you can't see the future who will take care of you.

till now, im still confuse to differentiate between 'suka' , 'sayang' and 'cinta'?
its a big question mark for me this week.

in english its the same thing called as 'LOVE'.

and the most important here is :
who will understand me if i could't understand myself?

Tuesday, May 15, 2012

gesekan biola lelaki tua

13 yang simbah cat
di tengah kesibukan kota manusia menyegerakan urusan masing-masing, telinga ini menangkap alunan damai dari gesekan biola. takjub sekali. gesekan biolanya berjaya memperlahankan masa dan gerakan manusia-manusia duniawi.

membuai jiwa. mengalun rasa agar hati dan fikiran memejamkan mata dan menghayati nota muzik yang digesek. seorang lelaki emas bersama biola menguasai suasana dan mendamaikan jiwa yang sibuk berkejaran.

aku hanya terpaku. terpaku dalam indahnya jiwa seni yang dimiliki dan mempengaruhi gerak laku aku.

sudah lama tidak merasai damai jiwa sejak tiba di kota.



Friday, May 11, 2012

usah kau ego di awan tinggi

22 yang simbah cat
episod Roller Coaster 

aku yakin aku suka mampu terbang di awan nan tinggi
aku yakin aku mampu jerit di langit dan ukir namamu di atas awan sana
aku yakin aku suka ketinggian
aku yakin aku suka cabaran

dan aku telah berjaya buktikan yang lafaz kata di atas adalah bohong!

adrenalin aku kemuncak hari ini. 11 mei 2012. sejarah tercipta. kenangan terukir. bersama teman aku mengorak langkah maju ke depan roller coaster dengan penuh keegoaan bagi mengota kata.

roda yang mula bergerak masih mampu membuat aku tersenyum sengeh bangga. dan...

aaaaaaaaaarghhhh!

gelap!
matikah aku?
innalilah jantung berhenti sesaat dua.


aaaaaaaaarghhhh!

dan kembali bernafas. alhamdullah.

"angah ok tak"

tiada reaksi

"angah ok tak"

hanya anggukan

"angah ok tak"

hanya langkah terhuyung hayang.

dan aku tumbang! -.-

hati aku berdoa ada putera yang datang memmbuat CPR.

sekian aktiviti yang aku habiskan pada hari ni. lots of fun!

Wednesday, May 9, 2012

karma : bulatan dalam cinta

12 yang simbah cat
watak-watak utama :
1. Gadis
2. Jejaka
3. Pencuri Hati
4. Badut Buncho

Gadis tidak pernah menyintai Jejaka. namun mereka serasi berkongsi cerita tentang kehidupan. berkongsi masalah yang melanda. tidak banyak yang Gadis dapat bantu Jejaka, tapi nasihat Gadis banyak merangsang kehidupan Jejaka.

Jejaka pernah koma kerana penyakit yang dihidapinya. seram sejuk Gadis bila mengetahui berita tersebut. hanya doa dan Yasin yang diniat tidak putus-putus buat Jejaka.

alhamdullah. hujan yang turun berakhir dengan kemunculan pelangi. gembiranya hanya Tuhan yang tahu. Gadis merupakan orang pertama yang dihubungi bagi memberitakan pulihnya Jejaka dari koma. suara Gadis yang dicari. ya, Jejaka terlalu mencintai dan merindui Gadis.

kehidupan memang drama. hati Gadis ada pada Pencuri. Setianya hanya pada Pencuri Hati. namun Jejaka semakin rapat dan setia memenangi hati Gadis dengan sikap romantis. paling menyentuh rasa Jejaka merakam lagu untuk didengari Gadis. bangun awal pagi Gadis dibuai dengan lagu sentimental Jejaka. jiwa halus mana tidak tersentuh? naluri mana tidak bergoyang?

drama semakin menghampiri klimaks. pertingkahan berkocak antara Gadis dan Pencuri Hati. Gadis yakin hatinya pada Pencuri. hanya dia. lafaz Pencuri pada Gadis masih diingati.

perjalanan yang dilalui semakin menghampiri kesudahan. Pencuri berselingkuh di belakang Gadis. cintanya pada Gadis hanya dilimpahi simpati . tiada lagu cinta yang mendidih seperti dulu. hati yang dicuri kembali pada Gadis semula. esakan Gadis usah dicerita. kewajipan yang seharusnya berlaku pada sesiapa.

gelap matanya meniti hari. jiwanya kusut. hati memberontak amarah. janji Pencuri jangan dipercaya lagi!

semakin mendung hari bila Jejaka juga mula menyepi. terasa berganda ditimpa hujan. guruh yang berdentum ketika hujan yang mencurah telah menyedarkan Gadis akan matlamat sebenarnya yang masih belum tercapai.

perjalanannya baru bermula. tabah dan sabar wahai Gadis. fizikal yang lemah bukan dalaman! dalaman harus kuat untuk menepis segala hitam yang mendekat.

Jejaka kembali setelah Gadis kembali senyum dalam hidup. kehidupan dan ujian sememangnya teratur dengan ketentuan Ilahi. tidak mungkin disangkal.

Jejaka cerita dia sudah tahu akan kecurangan Pencuri kerana meraka saling mengenali. Jejaka menyepi kerana berat bibirnya untuk mencerita hal sebenar. tidak sampai hati untuk melihat kesedihan Gadis yang bakal hiba jika tahu kebenaran.

tiada apa yang mampu berubah. hidup adalah kenyataan. hari tetap perlu di lalui. bumi bulat sebagaimana perjalanan hidup.

tidak disangka Pencuri kembali hadir. tangisnya meruah apabila menceritakan buah hatinya telah menjadi tunangan orang. pap! terasa karmanya hidup ini! kecurangan dibalas kecurangan.

bersambung kisah ... 

Sunday, May 6, 2012

gebunya rindu pada kampung

12 yang simbah cat
petang ahad yang sedikit sunyi berbanding minggu lepas - penuh dengan hubungan sosial dan pertemuan bual bicara bersama kawan-kawan.

ya, dunia aku di sini tiada siapa kecuali kawan-kawan. hidup di bandar aku cuma meriah dengan suara mereka yang sering ajak aku untuk bertemu. selebihnya sepi yang kadang-kala dikejutkan dengan gurauan manja si kera yang gemar panjat dinding dan mengusik aku. hehe. dia punya naluri agaknya dan ingin berkawan dengan aku?

berbaring di tilam yang empuk dilapisi batik yang sejuk cukup untuk membuat aku rindukan kampung. ya, sejauh mana pun aku melangkah pergi, situ juga ingatan aku tumpahkan.

diam sebentar.

air jernih sudah mahu gebu di tubir.



biasanya petang-petang begini aku bersiar di laman depan rumah dan menolong mak gunting rumput atau kadang kala ada di dapur melihat tekunnya mak membakar bengkang roti untuk dijual esok hari.

lagu sedih pula dalam playlist ni. sudah laa. aku dah tak boleh teruskan menulis. sudah basah pipi

Saturday, May 5, 2012

buta hitam

9 yang simbah cat
aku detect satu lagi kelemahan aku malam ini.

sukar membaca tulisan yang background belakangnya hitam.-.-'

sepertinya sedang  digulingkan dalam lohong hitam yang terjadi dalam Alice Wonderland yang terjatuh ke dalam lubang arnab. eh, betul ke tidak 'lubang arnab'?

kata mereka hitam itu jiwa. soul.

yang aku tahu Zoul hihi.


Thursday, May 3, 2012

Pesta Cerpen anjuran Warna Kaseh

11 yang simbah cat
jejari runcing Elia menaip laju di WordPad. emosinya dirasakan sedang kemuncak bersama ayat yang terjana di minda bakal dicoret ke lampiran putih. dia ingin mengabadikan kisahnya buat tatapan mereka yang membaca. dirasakan kisahnya unik. seunik dia yang sentiasa merasa cip otaknya berasal dari alien.

Elia sebenarnya ingin memasuki pertandingan cerpen anjuran Warna Kaseh. dirasakan otak aliennya bakal memberi kemenangan ketiga dari belakang. dia harus mencuba nasib!

kawan-kawan dijemput bagi memeriahkan pertandingan ini kerana hadiah yang disediakan amatlah lumayan! gempak! yang pasti bukan pakej umrah lah ye @_@



kalau agak-agak kurang jelas dengan penjelasan Elia, bolehlah bertanya khabar admin di Warna Kasih. serius Elia cakap, depa ni cun melecun. silalah amik kesempatan mengorat dan menang. tambah-tambah budak sabah tu. omeinya omeinya! hehe..



 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template