Thursday, March 31, 2011

hari-hari aku ke sini demi sayang

7 yang simbah cat
hari-hari aku ke sini

hari-hari aku merenung
hari-hari aku mencari

pastikan apa yang aku renung
pastikan apa yang aku cari
aku temui

aku hitung
apa salah aku semalam
apa salah aku hari ini
apa salah aku saat ini

aku ada ego
aku ada maruah
aku ada hati
aku ada perasaan
aku minta maaf

aku telan semua perit
terpaksa?
harus rela demi sayang

Wednesday, March 30, 2011

pedih dalam hujan

10 yang simbah cat
hujan lagi.
banjir lagi.

cuaca tidak menentu.

aku?

aku basah hujan lagi.
banjir lagi.

sakit lagi.

kali ni lebih dalam.
lebih luas.

rasa mahu ketawa dalam hujan.
namun tu bukan aku.
aku hanya boleh menangis dalam hujan.
sendu dalam hujan.
tiada siapa tahu.
dalam ribut.
dalam angin.
berdoa semua berlalu pergi.

hujan.hujan dan hujan.
pudar warna aku.
mendung. mendung dan mendung.
pelangi tiada lagi.
aku mahu menjauh.
agar sakit aku pulih.

aku sangat pedih.
aku sangat luka.

aku mencari kekuatan di sebalik awan kelabu.
semoga pelangi yang jauh bisa kembali.

Monday, March 28, 2011

pop kuiz pagi | mengenali kuih

14 yang simbah cat
samat pagi pelangi sume..muaaaaaaaaah... sihat n ceria?


bajet malas dah nak update arini. manyak kelija ooo..

tapi awal-awal pagi lagi rain dah kena pop kuiz dengan si cekodok boroi ni.

nak je sekeh-sekeh pale dia. kasi pening n pengsan kat office dia.
tercabar la kalu tak tahu jawab kan.

walaupun konpius-konpius ngan soalan kuiz tu,
rain try jawab gak.

bukan tak reti,
cuma..
kuih yang sama akan dipanggil dengan nama yang berbeza,
mengikut tempat.


setuju?

cekodok duk kampung pisang,
rain lak duk kampung buncho,

sah-sah nama resipi berbeza walaupun idea untuk membuat resipi tu sama.
tak gitu? he...


kampung rain paggil kuih ni pulut sekaya

kampung yang lain paggil seri muka


ni tepung talam.

sapa makan ni boleh dapat talam dua muka kot?
hehe...(gurau je)




cekodok kata ni kuih seri ayu.
rain tak puas hati sebab kampung rain paggil nama lain.

petang karang, rain balik check ngan mak mentua rain.





akhir kata, sekian sahaja dari rain,
terima kasih sudi belajar nama jenis-jenis kuih di kampung rain.

selamat bekerja dengan rajen dan ikhlas,
namo curi tulang,
kerana gaji yang diterima dibayar berdasarkan masa kita bekerja.

selamat belajar jugak untuk adik-adik sume.

selamat berwarna-warni :P

Sunday, March 27, 2011

makcik dapat dua orang anak. rain dapat dua orang adik.

16 yang simbah cat
assalamualaikum... 

pa habaq oqang kampung pelangi.. sihat noo.. 

ehhhhemmm hem (batok tua)..

haghini makcik nak habaq yang anak makcik si rain tu dia demam.. 
deman angau katanya.. he.. gatai nak kawen.

so (eceh ter speaking la pulak makcik hangini ni), makcik lah ganti dia.
boleh noo?

dia habaq kat makcik dia blogger tegar, 
tapi makcik tengok takdak la femes mana anak makcik ni 
sebab...
sampai la ni dia tak penah pun dapat BE 
yang selalu depa-depa yang lain dok dapat tu..

sebenaqnya makcik nak gitaw kat semua yang makcik,

masa hari kamis sampai hari sabtu (24-26 mac 2011) 
makcik join program anak angkat kat kampung makcik tu.

uihhhh..seqhonokkkk hampa taw dak...!

makcik amik anak angkat dua oqhang. 

nak bagi adik kecik kat si rain ni dah tak boleh, 
so makcik bagi la adik yang dah besaq panjang teruih kat dia. 
nah hang, amik.. layan adik hang elok-elok.
jangan duk tibai plak macam hang tibai belalang ngan padin... :P


rain tiada lam gambar. makcik pun tiada lam gambar. harap bersedey ye kalian.


pandai-pandai belaka..
depa ni, duk ngaji kat uitm merbok, kedah..

depa ni muda lagi... sapa berkenan boleh la isi borang,
kita berbesan nooo..

aktiviti sangat menarik sepanjang 3 hari 2 malam makcik bersama depa.
tapi makcik takleh ceqhita panjang-panjang pasai pa,

boss makcik dah bawak rotan tu...

makcik chaww lu...

ADOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOiii...
awat boss tibai rain kuat sangat! egrrhhh!
(kantoi curi tulang - boss) (demn - rain)

yang benar, 

Thursday, March 24, 2011

berpindah dan menyewa rumah

17 yang simbah cat

 rain nak pindah rumah

ke sebuah rumah yang lebih sunyi 
ke tempat yang jauh terpencil
untuk menyuara kata hati

kalu nampak halaman rumah rain 
macam header di bawah
tahniah kerana menenui saya




barangkali sekadar menyewa di rumah tersebut
sekali sekala rain menjenguk di sini
tetapi di sana lebih privacy
di sini bertemu teman semua yang menaip di hujung jari

terima kasih hadir membaca

Wednesday, March 23, 2011

rain..rain..rain..

16 yang simbah cat
samat petang sume.................

arini mendung kelabu berarak je..........

rata-rata tempat hujan je. omputih kata RAIN. sebut sekali lagi adik-adik.

R.A.I.N!!

jangan sebut banyak banyak kali nanti saya tersedak hehe...

hari ni nak speaking omputih sikit sempena result excellent SPM rain yang baru keluar tadi.
flying colors rain dapat. RED COLOR . huk huk huk.

nobody's perfect. everybody makes mistake...
person who never makes mistakes never makes discovery....
the most important things is you learn something from it.....

rain tak leh ulas panjang arini. esok leh?

ada keje sikit.

harapan rain, sume doakan supaya rain
tidak kebasahan hujan masa nak balik jap g..
he..............
semalam basah lencun. shekshi ngat hihihi. ketar oooo..

samat berhujan sume sempena musim hujan.

rain ..... rain... rain.....

Tuesday, March 22, 2011

kabus tetap membahayakan

16 yang simbah cat
samat pagii pelangi sume....

sejuk tol pagi ni..ketar-ketar parkinson.. adoi. dah macam orang tua.
dah la seminggu ni dah 3 kali tinggal henset kat rumah.

pagi tadi kabus tebal.... tebaaaaaaaaaaaaaaal sangat.

confuse rain ada kat kedah ke kat new castle, kelantan hahaha....

jarak had penglihatan cuma kira-kira 100meter .

rain agak-agak je jarak, sbb tak sempat ukur pagi tadi hee..


 rasa cam asap rumah terbakar. takut weiii..

tapi lam takut takut tu ada gak berani.

berani rempit wakakaka.

tolak dari rumah pun dah lewat,
jalan nak ke town alor setaq tu lenggang cikit time gini...
pe lagi 110 ler rain pecut...
tapi sekali sekala je gini. jangan beletiaq noo!

tapi den terkejut bila ada mamat moto beg oren leh potong rain..
tercabar lak ase.

uiih..

terlopong mulut rain. laju giler mamat ni pecut.
kejar awek kat airport ke? hati den monolog sorang-sorang...

rempit adalah hobi rain sejak akhir-akhir ni ..he..

jangan marah ye abang joe jumbie.
still ingat yang tersayang...

sambung yang sal kabus tu...

kadang-kadang ada bahaya dia gak bila kabus tebal sangat-sangat macam kes rain pagi tadi.

bahaya sangat.

bersusun moto kete slow je atas jalan tu.
tak leh nak potong. tak nampak apa-apa.

sekali pandang dah macam jerebu. terhad sangat penglihatan.


cermin topi dah basah berair macam titisan hujan.
muka rain lagi laa.. basah lencun.
menitik air masa stop kat trafik light.

sempat lagi pandang cermin.

sedey..


semalam baru beli krim. rain pakai ah pagi tadi, konon mau touch-up kasi kulit licin berkilat.
sekali dah hilang bila kena air kabus (embun).

niat salah kot. kan dah kena embun. kecantikan rain dah hilang.
huwaaaa..

now , rain kembali comot. namo make-up dah :'( wuwuuuuuu....

Monday, March 21, 2011

henset ku tertinggal jauh

24 yang simbah cat
salam tengah hari sume.....

dah lepas lunch...perut pun landing baik je kan..hati pun tenang je, suka hati kenyang ehihihihi..

alhamdullah..

tadi before tuwun lunch tu, rain cari henset tak jumpa,
maklum ler henset muroh cap biru bery, kecik ngat.
cari punya cari, bawu tingat ada bawah selimut kat rumah. (demn!)

kalu mak rain hantar message suh beli kicap time balik keje nanti mesti naya je..
kaw-kaw je kena..!

adeh :'( mak, mintak maap ler.... ... ceq tak salah!

lately ni asik lupa sal bawak henset. kalut sangat kot. tu la sapa suh bangun lewat!

kalu orang laen mesti henset tu benda utama sampai tak leh tinggal,
tak leh berpisah lah senang citer.

rain lak slumber cekodok je tinggal henset.

meh kita semak kenapa rain selalu tinggal hendset kat rumah :

1) nampak sangat la tak der orang nak message ang cik rain oiiii!

2) mu dok femes mano pun wei, tak dok oqe ingat ke mu.

3) enko tu dah tua..sedar sikit. asik pelupa je.
    ko amal petua minum semut ke semata-mata nak lupa kekasih lama?

4) agak-agak apa lagi alasan ea? ce citer ce citer....

rain nak sekeh belalang!

14 yang simbah cat
samat pagi pelangi-pelangi yang rain rindu...

amacam ceria tak pagi ni? seceria rain tak ngee..

semalam rain tido awal, letih amaaaat, bangun pagi tadi memang segar bugar macam bunga tahi ayam depan umah rain tu. serius ah.

ingat pagi ni nak story sal 1 kisah menarik ni, tapi ngah usha kat shoutbox tadi,

rain hangen giler ngan musuh ketat rain ni. dia bikin rain hot betoi

nak je luku pale dia sedas dua.
belalang!! nak kena sekeh ngn rain dah!...

sampai hati dia bahan rain,
mentang-mentang la rain boleh online siang-siang je,
malam-malam rain g hanimun ,
terpaksa la offline ngee..


berani dia perANGINkan rain..
sedey taw tak leh online malam-malam.
sekarang jugak nak g sekeh belalang!!! dush...dush..

Friday, March 18, 2011

janji setia seorang teruna

15 yang simbah cat
di dalam sebuah bas, sepasang kekasih duduk bersebelahan di tempat duduk yang paling belakang..

ini pertemuan pertama pasangan tersebut. masih dalam proses mengenal hati budi.
rasa malu-malu menjengah kedua-dua merpati sejoli..


teruna : awak... janji dengan saya ea awak setia taw.

kata si teruna kepada si dara namun mata si teruna membuang pandang ke luar tingkap bas.
si dara agak terasa dengan sikapnya lalu menegur.

si dara : awak, nak cakap sesuatu yang serius berkaitan hati perasaan ni kena la pandang muka, awak macam cakap dengan tingkap tu je?

si teruna malu ditegur sinis. dalam merah padam mukanya, dia berkata

si teruna : awak ... boleh tak awak setia ngan saya. janji ngan saya boleh?
mata si teruna tidak berkedip merenung mata si dara.

si dara : kita sama-sama setia ea. saya percayakan awak.

kedua-dua dara dan teruna sama-sama saling berpandangan dan senyum penuh makna. termeterai satu ikatan dan ikhlas terpancar dari wajah masing-masing.



dan malam yang tenang dan heningnya semalam,
si dara mengeluh sendirian kesepian,
apa adanya pada sebuah janji dan cinta yang belum pasti kesudahannya , sebelum termeterainya lafaz akad.

yang melafaz janji itu yang memungkiri janji. curang adalah madah cintanya.




janji pasangan yang bercinta kadang-kala adalah satu pembohongan
kerana hati bukan plastik yang tidak bisa berubah

Thursday, March 17, 2011

seni halimunan

14 yang simbah cat
samat petang sume pelangi buchuk!

rain yang buchuk sebenarnyer ehihihi... tadi panas terik, peluh abih rain nyer ke...T....ak. hahahaaha..

keje tengah-tengah panas mana tahan, rain kan datin, abis hangus .. dah la muka hanget dah. hihihi.

dah tak sempat nak update story arini, tapi rain nak share pasal seni yang diberi nama

s e n i halimunan.

macam-macam seni digunakan oleh manusia untuk tonjolkan kreativiti yang diorang miliki, seni halimunan ni sangat unik n perlu kesabaran yang sangat tinggi.

kalu rain, dah lama sentap-sentap buat benda alah ni..
ngee.. dah bocor rahsia rain kurang sabar. meh layan meh. rain mau balik umah da..

kalu kete terbabas ni, mau mati katak!


kedabooom!


perghhh terbaik yang ni


kalu bumbung tu runtuh, naseb lu la beb


arigatok aikk


elo.. i lai pin tao aaar..




he.. unik tak..

rain nak balik daaa..bye sayang sume

Wednesday, March 16, 2011

sob sob.. dia sudah berkahwen

15 yang simbah cat
tengah duk belek-belek utusan online taksat, rain terpandang muka boipren rain terpampang di dada akhbar .

terkejut berok rain. mengalahkan beruk kepunyaan belalang hijau.

boipren rain buat kali kedua dinobatkan sebagai olahgarawan!

rain tak der la terkejut mana sangat, sebab mengenangkan pengorbanan dia injured masa di Melbourne dulu dia masih kuat semangat untuk mengayuh basikal dan memenangi tempat ke-3.

tapi yang rain terkejut dia telah curang sama rain, dia sudah berkahwin ..woooowooooooo.

rain bajet dia single mingle lagi. umor sebaya rain.

sob sob sob..

sekaran rain sedey dia dah kahwen dengan orang yang dia sayang n cinta,
dia sudah kuciwakan hati rain.

tapi rain bangga sama 'bekas boipren rain', azizulhasni awang keranamu malaysia harum di mata dunia.

rain rupanya yang ketinggalan LRT.. isk isk.

rain tulis ni sebab tak nak pelangi-pelangi yang lain ketinggalan macam rain, so terjah sini meh.


rain curi gambar boipren rain kahwen, untuk kenang-kengan rain..huhuhuuu sooob...

Tuesday, March 15, 2011

bagaimana dengan kualiti solat kita?

19 yang simbah cat
 assalamualaikum ... pagi sume pelangi.

pagi ni mood agak serius. banyak insiden tak diingini berlaku petang semalam dengan pagi tadi.


nak share sangat-sangat di sini, tapi tak pe lah, biarlah simpan sebagai diari n pengalaman.
mungkin dapat dikongsi di sini pada hari lain.

hari ni mari kita sama-sama bertafakur dan muhasabah diri dengan perkara wajib yang kita selalu lakukan hari-hari.

S O L A T.

amalan yang wajib yang di pandang remeh oleh sesetengah orang malah orang yang beragama Islam sendiri. ada yang berani meninggalkan solat! konon kubur masing-masing. dangkal sangat pemikiran tu.


Auf r.a bercerita : "Saya bersama-sama nabi pada suatu hari. Selepas baginda bersugi dan berwuduk, baginda pun berdiri hendak mendirikan solat.

Saya pun turut bersama solat dengan baginda. Dalam rakaat pertama, baginda membaca surah  al-Baqarah. Baginda akan memohon rahmat Allah apabila baginda bersua dengan ayat-ayat mengenai nikmat dan pengurniaan Allah dan akan memohon keampunan semasa membaca ayat berkenaan dengan kemurkaan Allah. Rukuk dan sejudnya saya kira sama panjang dengan qiamnya.

Dalam ketiga-tiga rakaat yang berikut, Nabi membaca tiga surah selepas surah al-Baqarah. Tiap-tiap satu rakaat sama panjang dengan yang lain. "Bacaab Nabi s.a.w. yang ceritanya tersebut di atas berjumlah seperlima daripada seluruh al-Quran. Fikirkanlah tentang masa yang telah digunakan oleh Nabi bagi hanya satu solat sahaja.



kita macam mana?

solat empat rakaat cukup sekadar lima minit?

plus wuduk, plus doa?

dan sebahagian besar daripada masa lima minit itu dipenuhi dengan kelalaian dan bacaan-bacaan yang kita sendiri tak berapa nak faham maksudnya.



dan itulah cara dan gaya yang kita kekalkan sejak puluhan tahun tanpa ada hasrat nak improve kualiti solat kita.

Monday, March 14, 2011

hidup berkeluarga itu sangat membahagiakan

23 yang simbah cat
semalam rain tido dengan anak buah rain..

lima tahun usia dia.
comel ngat.

petah cakap.
mulut tak berenti pot pet.
nak nu. nak ni.
tanya nu. tanya ni.
last-last tengok dia diam je.
upernyer tido tak sedar diri dah.




tapi satu je ,

rain tak leh tido ada lampu. suke gelap-gelap. bawu syok lena hahaha. then bila bangun lambat salahkan jam tak bunyi! padahal tinge tu tak dengar bunyi.

yang anak buah rain ni lak dia takut gelap. so semalam dia ajak tido dalam bilik dia dengan sorang lagi adik bongsu rain , dengan memasang lampu tido tido.

rasa lain macam wei tido pasang lampu. tak nyenyak tido. setiap sejam je rain terjaga. terganggu mimpi indah ku bersama si dia tersayang hahaha.


rain paling tengok dak keci ni, wah, bukan main lena lagi ang ek.. syoknye dengkur. kroh kroh je bunyi. kiut taw muke budak-budak tido. padin bila ur turn? rain tak sabao nak makan free ni ekeke.

tengah-tengah malam ni datang feling keibuan la plak.

rain pikir bila mau ada anak ni?

comel tak anak caye nanti he..






berangan punyer berangan, rain terlena n bangun tu gelabah puyuh beb. sudah lewat!!!!!!!!!.. pagi-pagi dha kena marah ngan mak :'( sobb...

Sunday, March 13, 2011

jeritan kucing bercumbu

12 yang simbah cat
pagii pelangi sume...

semalam tidur nyenyak tak? kalu hujan lebat mesti best kan tarik cimut.

rain sakit pale semalam. tiba-tiba je. awal la rain bergelap.
then jiran kampung karaoke lak. aduh.

ingatkan wayang cina mana. sore macam chitinurhalijah! syukur la tak hujan lebat.

then kol 5 awal pagi tadi rain terkejut sekali lagi dari nyenyak tido.

 sebab dengar kucing teriak dengan sore gedik-gedik. tanda nak mengawan la tu.

sebagai orang yang belum kawen lam hati ni pikir macam-macam dah.
tapi rain senyum-senyum kambing n sambung tido je.

malas kaco rumah tangga kucing ni. species lain-lain kan. tapi nafsu tetap sume makhluk ada . ngee~

rain tingat .. penah baca 1 kisah ni.. jum sama-sama tambah ilmu..


Riwayatnya begini. Diriwayatkan dari Wahab bin Munabbah: Ketika Nabi Nuh a.s naik kedalam bahteranya untuk belayar, maka masuklah bersama setiap jenis makhluk yang berpasangan.

Kucing dan anjing juga dibawa bersama dengan pasangan masing-masing (jantan betina).

Nabi Nuh a.s melarang makhluk Allah itu melakukan persetubuhan agar tidak beranak-pinak, ditakuti ruang di dalam bahtera menjadi sempit. Tetapi anjing yang tidak sabar itu tidak mempedulikan larangan Nabi Nuh. Dan sang anjing pun melakukan persetubuhan.

Perlakuan ini telah disaksikan oleh sang kucing yang busy body. Sang kucing pun datang menghadap serta melaporkan perbuatan itu. Sang kucing pun menyaksikan perlakuan terlarang dilakukan di dalam bahtera.

Sang kucing sekali lagi menghadap Nabi Nuh a.s dan melaporkan apa yang telah dilihat. Nabi Nuh lalu mencerca perbuatan anjing itu, tetapi anjing menafikan perbuatannya. Kucing yang agak marah lalu berkata kepada Nabi Nuh a.s

"Wahai Nabiyullah, saya melihat sendiri dia telah berbuat demikian. Kalau Nabiyullah berdoa kepada Allah tentu akan diperlihatkan kepadamu ketika dia melakukan perbuatan itu."

Nabi Nuh a.s pun berdoa kepada Allah. Kemudian anjing melakukan lagi persetubuhan itu malah makin galak sehingga tidak mahu berpisah dengan bininya itu.

Kucing datang menghadap Nabi Nuh a.s lalu mengadukan hal itu. Nabi Nuh pun datang melihat pasangan itu sedang bersetubuhan. Anjing menjadi sangat malu lantas berdoa kepada Tuhan: "Wahai Tuhanku, singkaplah aib cela kucing ini diwaktu bersetubuh sebagaimana dia telah menyingkap keaiban kami."

Allah telah mengabulkan permintaan anjing itu. Dan akibatnya? Bila kucing bersetubuh maka dia berteriak dan menjerit menyebabkan makhluk lain mendengar dan mendapat tahu. Inilah akibatnya hingga ke hari ini.

Apakah iktibarnya untuk ditafakur dan dimenungkan?
Apakah simboliknya?
Apakah yang tersirat di baliknya?
Inilah balasan yang Allah timpakan kepada orang yang menyingkapkan malu dan aib orang lain.
Iktibarnya pada manusia?
Simboliknya pada manusia?

Demikian jeritan dan teriakan Sang kucing "bercumbu" di tengah malam ada sejarahnya.

Saturday, March 12, 2011

nikmat di musim hujan

15 yang simbah cat
hari tu kemarau. sekarang dah nak masuk musim tengkujuh. tapi la ni bukan leh kira, hujan panas dah tak tentu, bila- bila masa boleh mai.


bila masuk musim hujan, langit mendung cerah mendung cerah je.

nak keluar rumah dah mula planning.

nak balik rumah tak leh lewat-lewat petang.
besenyer memang hujan lebat.



pengalaman ciput rain masa naik moto lam keadaan hujan ni, memang pedih ah. kalu hujan je, kulit muka memang rasa sakit disiat hujan.

daya pecutan seorang penunggang memberi kesan. mata pun cepat merah je, air hujan masuk mata. mata masa ni makin sepet. tak leh bukak luas-luas. tangan basah. jalan licin. lopak banyak. memang la risiko dia tinggi.

rasa macam nampak kain kapan je depan mata ni. serius takot. nak-nak lak hujan lebat. langit kelam. rasa macam rempit malam-malam. uiiih, saya silau okey. tak leh naik moto malam-malam n cuaca gelap.

dalam banyak-banyak bunyi kan, rain paling suka bunyi hujan lebat yang timpa atap atau bumbung rumah. perghhhhhhhh... layaaaan



rain malas ulas sal orang yang kawen dah ni. diorang best ler... kan kan. ehihihi.


time gini tidur paling syiiiokkkkk!
tido lak atas tilam empuk.
selimut tebal.
bilik gelap sejuk-sejuk je.
pergh, sebijik macam puteri salji beradu der.
nak-nak mimpi putera katak datang kiss.
teros bangun.
tengok-tengok katak dok ada sebelah.
dia la panggil hujan bagi lebat hihihhi.


tingat dulu kecik-kecik rain sangat manja beb. 6 tahun jadi bongsu sebelum dapat dua orang adik. pagi-pagi nak g sekolah masa darjah satu tu, mandi air panas. uiiiiiiiiih.. best wooo. rasa nak mandi lagi. rumah ai tak de heater time tu, sekarang pon. jangan ah pelik.


sebut sal kecik-kecik ni nak plesbek ah balik time rain comel-comel kiut dulu ni.


time sekolah rendah, mak kejut pagi-pagi, suh g mandi. rain mudah bangun. tapi mamai lagi. muka bintang-bintang bulan lagi masa tu. ngantuk.


amik towel, masuk bilik air. tutup pintu. then senyap. rain duk diam je lam tu.


mak heran tak dengar bunyi air. pengsan ke apa anak aku sorang ni. tak mandi pon budak keci ni.


mak tolak pintu tak berkunci tu tengok anak dia yang kecik ni lena comel je atas mesin basuh tu. ngah peluk lutut atas tu. sebab lantai sejuk gilerrr kalu nak buat port tidur pun .. ahahaha jahanam mesin pas tu!


dear boss lovely,

baca la entri ni. esok kalu hujan lebat pagi-pagi, saya tak g keje ea. trauma ah kena simbah air lopak! demn ..

kesimpulannya nak tido kat rumah kalu hujan-hujan lebat.

bukan malas n tak dedikasi boss, cuma musim-musim hujan ni psico sikit ah ehihihihi..

aci tak boss.. cayunk boss taw.. leviuuuuu.

Friday, March 11, 2011

kampung itu mendamaikan. TENANG

8 yang simbah cat
salam jumaat buat pelangi sume...

hari ni dengan muka baik dan nerdnyer rain mai library ... library tu weiii!

bukan mai baca buku, mai ngajar. jadi tok guru. tua dah rain ni. sume paggil TOK. tapi tokki belum ada, sapa mau jadi tokki sila - sila .

semalam, mendung gila kot mood rain. maaf sangat-sangat. komen pun tak reply. tapi sayang sangat pelangi sume yang singgah. muah muah muah.

pas balik keje semalam, ai rempit laju-laju. tapi jalan jem bila khamis. terpaksa slow. janji selamat. tingat yang boss rain eksiden semalam. bumper dia rosak teruk. kalu bumper yang bergelar 'manusia' rosak camner?., mau nyer jalan itik terkedek-kedek macam goyang inul tu. mantop.

sambung citer rempit tadi, rain lalu jalan kampung, rain singgah layan perasaan  tepi jalan. indah sungguh kampuang ku. tak caye. jom lawan.

ni jalan ke kampug rain. sini la ai race haha. tak de sapa kacao laluan ai!

rain tak de idea arini ..sori guys. hepi olidays.. adik-adik yg cuti sekolah jum g gunung jerai...

Thursday, March 10, 2011

cloudy

6 yang simbah cat
petang mendung kelabu...

saya tak penah menulis untuk kecilkan hati sesiapa. 

saya tak penah penulis untuk menyombong dengan sesiapa.

saya tak penah menulis untuk bergaduh dengan sesiapa.


today is the bad day for me.
today is cloudy for me.
today is rainy.

crying is too bad - happy to accept it.

pagi rainbow cloudy yang panas dalam basah

10 yang simbah cat
jom menyanyi bersama rain, rain conduct. ^_^

1
2
3

bangun pagi-pagi
siram pokok bunga
pokok bunga cik rain dah segar bugar
tak payah la rajen sangat nak siram
sebab pagi ni hujan lagi!

hahahah amacam lirik lagu kat atas tu. sedap tak sore chitinurhalija rain ni?
cakit hati ai taw. pagi-pagi dah bikin rain hot. nak taw kenapa? jom plasbek.............

pagi tadi bangun celik mata, mengeliat kejap. tenyeh-tenyeh mata jap. tiba-tiba ...gulppp!
tak leh jadi ni. pagi-pagi pekena bank depan umah best ni.. perghhh lama!

tutup pintu bank kuat-kuat. lari masuk umah......

dah lambat! nak mandi ke tak? nak mandi kerbau ke mandi kambing? tak pikir lama, rain mandi macam bese. selama sabun shokubusuk tu jadi wangi.

naik atas bilik guna lif bertingkat-tingkat. 7 minit gosok baju n tudung. macam lipas kudung.

rain sempat lagi pikir. ai ni comot. kalu tak pakai cantik-cantik nanti rugie! lepas pikir, rain amik keputusan pakai simple je. lambat dah ni!

sambar mana patot, say babai n cium pe patot  dengan mak rain, vrooooooooooooooooooomm ..
LC rain membelah pagi yang sunyi di kampung yang sepi.

tiba-tiba langit bertukar kaler. air mata sapa ntah menitis dari atas turun ke helmet rain.

ya Tuhanku... cabaran kedua mendatang.

kulit muka gebu mulus rain ni dah sakit, kena tikaman hujan. turunkan cermin helmet, ai pecut.

perghhh cam minah rempit je. sume mamat moto bagi laluan. diorang dah takut tengok awek ganas ni pulas minyak. rasa jalan tu abah ai yang punyer je. hihihi bangga sat.

hujan yang turun bagaikan... nyanyi sikit.. :P

tu diaaaa..makin lebat menggila hujun tuwun. sore katak panggil hujan.

yang hangen sangat ni bila rain masuk pekan alor setar tu. uiii terbakar hati ni.

sume yang naik moto ni laki je. rain sorang je cewek. cewek lain naik kete kot.

mamat yang naik moto sume pakai baju kalis hujan. rain lak pakai sweater serap air hujan. perghhh .. sejuk terketar-ketar cam parkinson der.

tu tak per lagi. salah rain gak. tak beringat. tapi yang jadi masalahnyer jangan la lu g terjun lopak! air tu percik kena muka ai ni tahu tak?!! (demn)

urghhh.. ai dah la comot. ni dah bertambah comot. kang tak de yang nak ngorat, tak ke mak ai gak susah hati, tengok anak dia tak kawen-kawen (he...)... bengang ah..

yang kete lagi ah belagak.. mentang-mentang besar dari moto ai, leh je dengan bongkaknyer pecut laju-laju bagi ai mandi lopak. tahu la ai mandi kerbau pagi tadi. kot ye pon agak-agak la kan..

waaaa..! mak.. esok nak naik kete ferrari ah g keje hukhuk.

bila sampai tang kona round about tu, sume kete stop, i laggar trafik light. diorang stop sebab lampu merah bagi laluan penjalan kaki, tapi pagi-pagi mana ada orang lagi nak lalu, ai lepas geram , ai sorang je duk tengah-tengah jalan. ni kalu polis trafik baca, dia saman tak?

tapi kan, bila nak sampai dah opis hujan stop! rain tengok matahari merah je bercahaya menunjukkan kebahagiaan. eh? memang ujian untuk rainbow cloudy ah ni.

sampai opis, tengok cermin memang muka rain comot giler tapi maintain cun. camner tu? -.-

then dapat text message dari gtalk : nape moto angah basah?.. hujan ea tadi?

jangan ingatkan aku kepada pagi tadi!

Wednesday, March 9, 2011

outstation 6 jam

5 yang simbah cat
pagii pelangi untuk sume.. :D

pagi ni mau bikin comey..he. pe maknanyer tu? bikin comey tu buat-buat gediks. supaya orang tengok orang cakap. eii pehal dia ni gediks sangat ek? tak hingin aku nak buat menantu. hah tu la tujuan rain hohooo..

tapi lam hati diorang jeles sbb..jeng jeng..

sajer nak share citer yang semalam adik kembar rain g jalan-jalan masa keje. tapi bukan ponteng okey. g makan eskem ..hee ..


nah, bagi terliur sorang sikit. tengok ah. kalu nak tahu, dia ni adik kembar rain. rain tolong mik gamba untuk dia.

tapi nape muka cam rain? dah nama pun kembar kan.. muahehehe..

sebenarnya semalam rain outstation, keje luar daerah (ceh, cam jauh giler ayat ang ni?), rain g pendang. wat sales situ.

maka di perkampungan tu, ramailah pakcik-pakcik makcik-makcik datang serbu rain sebagai calon pilinraya pilihan diorang untuk jadi menantu alias isteri. disebabkan sume datang serbu macam rain ni chitinurhalija, maka rain pun tadah tangan konon untuk dipeluk, lama rain tunggu, siap sengeh-sengeh kerang lagi, rupa-rupanya diorang g peluk boss rain. err silap, g peluk borang  streamix. ceh hampeh! panas hati ai taw.. kecik yu..

disebabkan boss rain jeling-jeling manja, maka rain layan mertua-mertua rain dengan penuh adap kesopanan budi bahasa melayu. ni first time rain ikot g buat sales. pengalaman dia memang akan diceritakan kepada cucu rain je lah.. so cepat-cepatlah hantar borang jadi cucu rain wokey..

sebenarnya rain terpaksa mengaku yang rain tak reti stori moli ni. walaupun karangan rain dapat minus-minus, cikgu BM selalu cakap " minggu ni kita tampal karangan hafizah kat papan kenyataan sebagai yang paling teruk"

huwaaa... rain mau tuntut ilmu BM dari cikgu padin laaa!

arini im blur! ngah cari idea sal bisnes bisnes bisnes bisnes. duit duit duit.
tapi betolkah duit buat kita lalai? -.-

Tuesday, March 8, 2011

kesihatan rama-rama comot kebelakanan ini

5 yang simbah cat
 sudikah kekanda pujuk adinda : kata zumbie kampung baru dalam mood jiweng

satu malam hening sangat. di atas dahan, dua ekor rama-rama kembar sedang baring pada tilam yang bercorak pelangi sambil berbual. rama-rama cantik mendengar luahan rasa rama-rama comot.

rama-rama cantik - kenapa sejak akhir-akhir ni muka tak bersemangat langsung. monyot je ni?

rama-rama comot - entahlah Cak, aku rasa macam hidup aku ni comot je . dh la rupa aku pun tak ade.


rama-rama cantik - ce citer ce citer..(semalam baru download citer hantu kaklimah, dem ketinggalan!)

rama-rama comot - jangan ko ngajuk ayat tu. menci aku dengar taw. buat aku tingat dia je.

rama-rama cantik - yela-yela. citer ah pat.

rama-rama comot - aku rasa kan......................

rama-rama cantik - apa dia??! cepat ah cakap

rama-rama comot - aku nak kawen lagi satu.!

rama-rama cantik - hey! mazhab mana ko ikot ni Cot oi.. perempuan tak leh kawen ramai-ramai la.

rama-rama comot - aku ceraikanlah yang ada tu.. heiiii.. tu pun tak paham.


rama-rama cantik - ni lagi la bengap. ko kawen pun belum. cerai apa nyer!

rama-rama comot - eh eh, aku lom kawen ea? ooh lupa, tiga hari lepas tu bukan aku kawen, kakak kawan aku yang kawen! adeh.

rama-rama cantik - ko calon pun tak der, muka comot, yang ada ko juai mahaai lak.

rama-rama comot - aku comot tang muka je kay! tang bawah-bawah not bad taw!


rama-rama cantik - dah tunggu pe lagi, g ah kusus kawen dulu. yang tu pun tak lepas.

rama-rama comot - kiranya aku leh kawen la kan kan kan..

rama-rama cantik - ceh! ingatkan nak luah perasaan apa la. gaduh ngan boipren ke apa ke. miang tol akak aku ni!



Wednesday, March 2, 2011

menu gemok dari rainbow cloudy | misi buli balik

10 yang simbah cat
pagi semua yang skodeng.... (eh dah tengah hari)

harap-harap warna hari ni berseri-seri lah. semalam mendung je, rain sedey plus emo eno pun ada. sampai balik rumah terus tido. naseb baik la tak tido terus-menerus. kang, kenduri tahlil plak.

disebabkan semalam ramai yang cuba buli n bermain perasaan hati rain yang kecik ni, so hari ni rain mau jadi  BESAR plus GUMOK plus CHUBBY plus SIHAT untuk buli balik depa-depa tu. mentang-mentang la rain kurus, berani dia lawan. rain sound dia balik ( cam BERANI!) -.-

namao manyak cakap, jum usha cepat :



menu rainbowcloudy | jadi GUMOK yang MENYIHATKAN


breakfast - ( 3/4 keping roti @ roti 60 sen )

lunch - nasi + lauk yang seimbang (sayur + daging/ikan/ayam + buah)

petang/tea time - same as breakfast ( 3/4 keping roti @ roti 60 sen )

dinner - same as lunch ( nasi + lauk yang seimbang (sayur + daging/ikan/ayam + buah) )

supper - makan roti lagi!

yieeeeehaaaaaaaaaaaa.. aku dah gumok.. tengg tara teng teng..!

 creadit to them :
menu di atas dijamin tanpa was-was terbukti BERKESAN. kak dayah - my classmate sebagai bukti.dulu berat dia 45kg sekarang dah 56kg (betolkan kak dayah?).

tips ni dari coach razak - coach club archery UNISZA. coach ni memang sempoi ah. sembang 24 jam ngan dia pun belom tentu leh stop. ramah + mutu keunggulan terbaik!
sebenarnya untuk gemuk bukan bermakna perlu makan 25 jam, then makan yang berkolestrol banyak-banyak, tu gemuk yang mendatangkan penyakit. tak pasal-pasal obesiti plak.

ada lagi tips lain untuk gemuk secara sihat, tapi besok kay! kang banyak-banyak bagi sekali gus belum tentu apply, ye tak? jangan tipu rain laa.

...............................................................................
ni satu cabaran buat mereka-mereka yang kurus,
lepas sebulan kita timbang berat masing-masing n wat entry tengok sapa yang join ni berhasil naikkan berat badan? ada berani? hehehe... 
..............................................................................


rainbowcloudy berkata :

1) tadi rain sempat lah minum kopi sambil gosip ngan belalang kaka (giler bola), dengan penuh keberanian dia ugut mintak tips elakkan buncit perut.. 

ntah macam mana la si padin ni boleh lak kan g pasang tinge dengar rain n belalang diskus sal ni, tahu-tahu je padin lebih awal buat tips tu, bwu je 5 minit pas mgumpat padin hehe.
tak tahu la plak kalu perut dia yang buncip..upsssss... sori abang padin hensem.


2) so rain cadangkan belalang leh g ngorat tips elakkan perot buncit versi padinno.


3)sapa nak tips untuk kurus plak hah --> nah amik sini

tips gemok yang kedua ketiga rain sambung esok - petang-petang ni mood cloudy . sori

Tuesday, March 1, 2011

buli. B.U.L.I B.A.L.I.K

6 yang simbah cat

ni sebab aku kecik je, ko nak buli-buli aku.
kalu aku besar, dah lama aku buli balik macam filem buli balik tu.
tapi jangan salahkan afdlinshauki 

rindu girl fren lama

6 yang simbah cat
nape entah petang semalam godek-godek  gambar dalam folder file, mata aku tak lekang dari merenung gambar-gambar masa zaman kat kampus. lama aku renung. fikiran pun kembali ke masa silam. macam citer doremon. masa tu plak background music tiba-tiba tukar rentak jadi slow je frekuensi dia (fizik B minus minus). hormon pun dah tukar gelombang. tiba-tiba nak moody.

kan best kalu belajar je tapi xda exam. kan best kalu duit makin menimbun bila dibelanjakan. kan best kalu pertemuan berlaku tanpa perpisahan. kan best kalu aku gumok sikit. kan best kalu dot dot. kan best berangan sorang-sorang. tak de orang kacau. best kan kan.

rainbowcloudy adalah yang berbaju hijau belalang yang paling kanan sekali sebelah batang pokok nyioq

sebenarnya aku nak stori yang persahabatan ni tak boleh diukur dengan apa jenis pembaris pun. bila kita rapat dengan seseorang tak semestinya kita dapat menolong dia bila dia dalam keadaan terdesak memerlukan pertolongan kita. kemungkinan masa dan tika dia mohon pertolongan itu kita sendiri sememangnya ada urusan penting lain. tak ada niat untuk tinggalkan dia terpinga-pinga tanpa hulurkan bantuan. kita sendiri dalam kondisi terdesak. mohon sangat dia mengerti perasaan hati ini.

dan yang kurang rapat dengan kita tak semestinya dia tidak dapat menghulurkan bantuan tika kita terdesak memerlukan pertolongannya. kadang-kadang yang kurang rapat itu lebih mudah untuk diajak bicara dan lakukan sesuatu kerana tidak ada perasaan bersalah jika tersilap langkah mahupun bicara. kawan yang lebih rapat sebenarnya lebih mudah berkecil hati dan sensitif. rasa sayang lebih yang ada itu membuatkan perasaan cemburu dan berkecil hati lebih mudah merebak seperti virus-virus dan cecacing di dalam thumbdrive.

siapa yang tak punya hati? tapi mahu menjaga hati orang, adakah hati sendiri perlu dikorbankan. kedengaran seperti mementingkan diri sendiri, tapi bergantung atas situasi untuk berkorban kerana manusia punya akal untuk berikhtiar, orang lain tidak dapat membantu, terpaksalah kita menggunakan akal fikiran ciptaan terAgung dari Allah buat insan bergelar manusia. berdikari itu merupakan suatu ilmu. ilmu dari hasil berdikari itu menghasilkan formula sebuah pengalaman yang tak ternilai harganya. dari campuran pengalaman itulah kematangan terhasil dalam diri kita. kematangan itulah menjadi identiti dan jati diri seseorang. jangan salah sangka bahawa yang muda itu kurang matang. itu bukan jaminan.

semakin serius pulak pemikiran aku ni.

 dah cuba untuk tutup gigi, tapi tetap nak sengeh lebar-lebar

ada seseorang yang bermain di fikiran aku sekarang. aku mahu luahkan aku masih sayangkan dia. aku tidak mahu salah faham yang sikit itu manjadi punca kita tidak bersuara. tidak bertegur. betol kita tidak bermasam muka tapi kebisuan mencipta kekosongan waktu. aku harap waktu berjalan seperti mana berjalannya tawa riang dalam hati kita berdua. semoga ada lagi waktu untuk kita bersama.

aku rindu kenangan kita berdua.


rainbowcloudy berkata :

merah : walaupun dia tiada dalam gambar, tapi tanpa dia, kami tidak mungkin akan sampai ke tempat-tempat ini bersama-sama.

jingga : i miss u dear
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template