Wednesday, October 12, 2011

part 3 | misteri 'lelaki' itu tamat

part 1 | Misteri Lelaki Itu
part 2 | Misteri Lelaki Itu

Namun setelah itu aku berasa tubuhku jauh lebih ringan. Sihat, segar, lega, tidak seperti biasanya. Fikiranku lapang. aku bangun dan berjalan ke tingkap untuk menghirup angin petang yang damai dan tenang.

"Abanggg!!!"

Tiba-tiba aku terdengar adik bongsu aku menjerit. Aku segera berpaling. Kulihat adik-adik dan mak abah berhamburan ke arah seseorang yang sedang tertiarap tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin, kulitnya membiru.

Siapa dia? Mengapa adik-adik dan mak abah memeluknya sambil menangis? Mereka menjerit dan meraung. Mak aku seolah-olah tidak mahu melepaskan orang yang terbujur tadi. Siapa dia? Siapa lelaki itu?

Lalu aku bergegas ke sofa. Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia.. dia.. dia mirip dengan aku! Bentuk badannya sama denganku. Ya Allah, apa yang sedang berlaku padaku ini???

Aku cuba menarik tangan mak, tapi tidak mampu. Aku cuba pula untuk merangkul adik-adikku, juga tidak berjaya. Aku berusaha lagi menyentuh bahu ayah, sia-sia semua perbuatanku.

"Abang di sini, mak! Abang di sini!"

Aku cuba memberitahu mak bahawa lelaki yang terbujur itu bukan aku, tapi mak tidak peduli. Mereka seolah tidak mendengar teriakanku. Seolah mereka tidak mendengar teriakanku. Seolah mereka tidak melihatku. Dan mereka terus-menerus menangis.

Aku sedar kini lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati! Aku telah meninggalkan mereka. Aku sudah berada di suatu alam lain. Tidak guna aku menangis dan berteriak lagi, mereka takkan mendengar suaraku.

Di saat itu aku terlalu sedih. Selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membalas jasa mereka. Tapi waktu telah berakhir. Aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Apa yang akan terjadi padaku selepas ini? Aku ketakutan apabila teringatkan belum bersolat! Aku takut, aku takuuutttt!!! Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkanlah dosakuuuuuu!!!

4 yang simbah cat:

Rain said...

moral
1. kematian tidak mengira usia...
2. jangan lengahkan solat di awal waktu

3. tajuk asal cerita ini ialah "aku sudah mati , kalau letak tajuk asal tak suspen la kan, tahu jalan cerita dia bagaimana..

maaf ye :D

Belalang hijau Perisik said...

oh, rain...
sangat bagus garapan kisah ini...
buat lagi cerita2 mcm nih...mungkin boleh d jadikan pedoman pada org lain :)

ghost said...

aku boleh saja hilang kata-kata kalau terus menghayati watak dia.

Rain said...

BELALANG | idea begitu jarang datang la bell. tq :)

GHOST WRITER | jarang sekali kamu hilang bicara.

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template